Seperti yang telah disuarakan Encik Jun pagi tadi, Jihyun berada di padang dan lengkap berpakaian sukan. Walaupun wajahnya dibuat seblur yang mungkin, niatnya di hati tetap menyumpah ranah Encik Jun yang sedang tersengih-sengih sambil membelai kumisnya.
"Bagus. Kamu on time jadi, saya akan ringankan beban kamu."
Jihyun tersenyum. Nasib baiklah dendanya diringankan.
"Sebelum kita memulakan penderaan secara fizikal dan mental..."
Encik Jun nak dera aku ke? Tak mau! Aku tak rela didera oleh lelaki berperut boroi enam lapisan ini, bisik hati Jihyun. Malangnya, siapalah yang mendengar luahan hati Jihyun melainkan author sendiri.
"Kita akan menyanyikan lagu kebangsaan Korea untuk menunjukkan betapa sayangnya kita dengan negara yang tercinta."
Lagu kebangsaan Korea terputar dengan sendirinya dan serta-merta tubuh Jihyun yang lemah berdiri tegak.
(Teringat pula dalam Rookie King yang mula-mula sebelum rancangan start, BTS nyanyi lagu kebangsaan Korea XD)
Setelah menyanyi dengan penuh bersemangat dan patriotik, Jihyun menjatuhkan tangannya yang mendabik di dada kerana cinta yang terlalu mendalam terhadap negara tempat dia berpijak.
"Hah, itulah semangat yang saya mahu. Baiklah, kita akan mulakan misi kita. Platun-platun sekalian, berbaris di hadapan saya sekarang!"
Arahan telah diberikan oleh Encik Jun. Jihyun melilau melihat sekeliling. Mana pulak platun-platun yang dimaksudkan?
Apabila Jihyun memandang ke hadapan, mulutnya terlopong. Platun-platun tersebut telah pun berbaris di hadapan mereka berdua.
"Inilah platun-platun yang bersedia menerima khidmat daripada Tuan Jeneral kita, Choi Ji Hyun," kata Encik Jun.
Jihyun: Mangkuk punya author.
Author: Aku pulak yang di salahkan?
"Nah, ni span! Dan ni air sabun. Bersihkan semua kereta ni sebelum balik. Kalau tak bersih, esok akan ada platun-platun lain yang menyusul. Ingat tu?"
"Tapi..."
"Sorry... I can't hear you???"
Aye aye Captain!
"Auwwwww!!!!! Who lives in a pineapple under the sea?"
Spongebob Squarepants!
"Absorbant and yellow and porous is he!"
Spongebob Squarepants!
Jihyun & Author: -_-
(Pasal cik author tak tahu sangat lirik lagu tu, cik author tanya Pak Cik Google. Mujur Pak Cik Google tahu. Moral of the story, timba ilmu dari Pak Cik Google)
"If nautical nonsense..."
"Ok, terima kasih kerana sertai uji bakat ini. Sila cuba lagi." – Jihyun.
"Kurang ajar ya kamu? Hah, basuhlah semua kereta ni sorang-sorang. Bye!" Encik Jun pun meninggalkan Jihyun keseorangan di padang sekolah.
Jihyun mengeluh lalu memerhati kelima-lima buah kereta yang terletak elok di atas padang. Siapa punya kerjalah ni? Kerja aku jugak!
Jihyun mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek. Segera dia mendail nombor seseorang dan setelah panggilannya bersahut, Jihyun terus melontarkan peluru tanpa memberi peluang kepada si pemanggil berdialog. Alang-alang author tak bagi skrip kat dia.
"Omma! Encik Jun dera Jihyun! Ada ke patut dia suruh Jihyun basuh semua kereta ni."
"..."
"Dia kata habis basuh kereta ni baru boleh balik. Ada ke macam tu?"
"..."
"Tak patut Encik Jun buat macam tu. Lagipun, Jihyun tak salah!"
"... Hmmm...."
"Omma?"
"Kejaplah. Omma tengah ingat dialog ni."
"Omma!"
"Padanlah engkau. Siapa suruh cari pasal dengan budak kelas kamu?"
"Jihyun tak salah. Jihyun tak sengaja..."
"Tak sengajalah sangat!"
"Omma..."
"Okay! Fighting!"
Panggilan ditamatkan. Jihyun melepaskan geram dengan menyalahkan telefon bimbit yang tidak berdosa. Ingin sahaja dia mencampakkan telefonnya sejauh yang mungkin namun, dia bukanlah atlet sukan lontar peluru yang boleh melontar sampai ke Planet Zurah.
Nak tak nak, Jihyun kena siapkan juga kerjanya.
Mision start!
Jihyun memulakan pencucian kereta di sebelah kirinya. Dia mencelupkan span ke dalam baldi yang berisi air sabun lalu mencuci setiap inci kereta untuk memastikan kotoran dapat ditanggalkan. Mujur ada YOSOAP, pencuci terunggul.
Hahaha, author pun nak mempromote jugak macam Dato Seri Vida. Kalau boleh, nak jadi penaja sekali.
Setelah menyelaputkan sabun ke seluruh badan kereta, Jihyun mencapai paip getah lalu dibuka pili. Serta-merta air terpancut keluar melalui muncung getah lalu air tersebut membasahi kereta itu dan membersihkan buih-buih. Selepas membasuh, Jihyun mengambil sehelai kain putih lalu mengelap kereta tersebut sehingga licin berkilat.
Jihyun tersenyum puas. Lepas ni boleh buka Choi's Car Wash. Pastinya Khidmat Yang Akan Kami Berikan Sangat Berbaloi.
Giliran kereta yang kedua. Jihyun menggunakan kaedah yang sama mencuci kereta seperti yang pertama tadi. Macam prosedur eksperimen pula.
Jihyun membuka pili dan air keluar berderas-deras melalui muncung. Baru sahaja Jihyun ingin menghalakan paip ke arah kereta, dia terbersin.
Jihyun menggosok-gosok hidungnya. Haiyya! Gatal hidung gua.
Baru Jihyun tersedar bahawa paip getah yang dipegangnya dihala ke kiri.
Dan paling mengejutkan Jihyun, Jihyun telah memandikan seseorang yang entah dari ceruk mana tiba-tiba muncul tidak jauh di sebelahnya. Paip getah yang dipegangnya terjatuh menyembah bumi.
"Hok aloh!" Jihyun ternganga.
Ara menyembur air dan mencurah-curah keluar dari mulutnya. Habis basah lencun satu badan seperti baru buat kuak lentang di Sungai Han.
"Omo! Ara-ssi..." Jihyun menekup mulutnya. Hatinya berdebar-debar dan kuat mengatakan bahawa Ara akan memarahinya.
Ara menggenggam penumbuknya lalu menjeling ke arah Jihyun. Bibirnya dicebik.
Tiba-tiba Ara menunduk lalu mengambil span yang berada di dalam baldi.
"Fair and square, ok?"
Jihyun terlopong. Sudah!
"Yarghh!!!" Ara membaling span, mensasarkan ke arah Jihyun. Malangnya, Jihyun sempat mengelak dan span turut menyembah bumi bersama paip getah.
Kerana tidak puas hati, Ara meluru ke arah Jihyun sambil membawa baldi lalu disimbah tepat ke arah Jihyun. Tidak pasal-pasal pakaian Jihyun bersabun.
"Kuajoq!"
"Adil kan?"
"Yargh!!!" Bermulalah perang air yang dicetuskan oleh Ara dan Jihyun. Tidak pasal-pasal kesemua kereta menjadi mangsa tembakan air dan juga sabun yang terpercik ke merata-rata tempat termasuklah kereta pertama yang tadinya kilat sudah basah.
"Wei, habis basah aku! Dah gaya lepas terjun masuk dalam kolam!" bebel Jihyun sambil melihat dirinya.
Ara ketawa terbahak-bahak lalu menghalakan paip getah ke arah Jihyun. Sekali lagi Jihyun bermandikan air dan tertelan air paip tersebut.
"Wargh!" Jihyun berlari ke arah Ara dan mengacah-acah untuk mencampakkan baldi ke arah Ara. Ara pula menyorok di sebalik kereta.
Dah macam babak dalam filem Hindustan pulak. Author pun dah naik jemu. *layan Dilwale*
Bestnya lagu Janam Janam *kesat air mata* *terharu*
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...