"Eh, rajinnya sapu kelas!" usik Joohan dari belakang. Bora tersengih-sengih.
Joohan dan Bora merupakan pasangan kekasih dan readers tak nak ambik port pun pasal benda ni XD.
Joohan duduk di tempatnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluar. Senyap-senyap dia menangkap gambar Bora yang sedang membuang sampah ke dalam bakul.
Bora yang menyedari perbuatan Joohan memarahinya. "Yah! Kenapa dengan awak ni?"
"Hihihi, salah ke nak tangkap gambar awok?" Joohan mengusik.
Bora tersipu malu. Dia pun membuang sampah ke dalam bakul yang terletak di penjuru kelas di bahagian belakang. Apabila dia mendongak kepalanya, dia terpandangkan ke arah luar tingkap. Kebetulan tingkap itu menghadap ke belakang sekolah.
Tangan Bora yang memegang penyapu tiba-tiba terjatuh. Joohan yang menyedari perbuatan Bora bertanya, "Waeyo?"
Bora menunjukkan sesuatu dengan jarinya yang menggigil. "Tu... tu..."
"Wae?"
"Aaaaa!!!" Bora menjerit ketakutan lalu duduk di atas lantai. Dia menekup wajahnya kerana ketakutan. Joohan menghampiri Bora dan matanya turut terpandangkan ke luar. Joohan terkejut.
Mereka berdua terlihat satu mayat yang tertusuk di pagar besi belakang sekolah.
"Weh! Ada orang mati!" jerit Joohan kepada dua orang kawannya yang baru tiba. Mereka terus meluru ke arah Joohan tanpa meletakkan beg mereka di tempat masing-masing.
"Bro! Budak sekolah kita tu bro!"
Kebetulan, Mina melalui di hadapan kelas mereka. Dia kehairanan melihat beberapa orang lelaki yang sedang melihat sesuatu di luar tingkap. Kemudian, ketiga-tiga jejaka itu bersama seorang pelajar perempuan keluar dari kelas. Kerana sifat ingin tahu, Mina membuntuti mereka menuruni tangga.
Setibanya mereka di lokasi kejadian, Bora terus menjerit lalu menyorok di belakang Joohan.
"Bro! Itu Jaekyung! Awek engkau!!!" kata Joohan kepada salah seorang kawannya yang bernama Dangwo. Dangwo tergamam tak terkata. Sungguh dia terkejut melihat kekasihnya dibunuh sekejam itu.
Mina menghampiri mayat Jaekyung lalu menangkap gambar Jaekyung. Seperti yang pernah dilakukan oleh Sooyeon dan Hyori, Mina menghantar gambar tersebut kepada Puan Choi melalui e-mel.
*******
Puan Choi meraup wajahnya. Ini merupakan kali ketiga dia menerima gambar daripada penghantar misteri. Sehingga kini, motif penghantar menghantar gambar tersebut masih tidak diketahui.
Pihak polis telah membuat siasatan di kawasan sekolah. Para pelajar pula menyerbu lokasi kejadian. Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat.
Inspektor Jo menemui lagi satu nota yang sengaja ditinggalkan. Setelah disiasat, pembunuhan mangsa-mangsa sekolah itu ada kaitan dengan pembunuhan seorang pelajar bernama Chaelin. Bukti ini sangat kukuh menunjukkan pembunuhnya adalah orang yang sama.
Tapi siapa?
Siapa?
Siapa?
Nak buat saspen la kononnya tetapi teknik saspen yang digunakan author langsung tak menjadi dan memang wajarlah author hanya mendapat markah rendah dalam karangan respon terbuka XD.
Puan Choi turut berada di lokasi kejadian hanya mampu mengeluh. Dia masih lagi tidak tahu siapa pembunuh yang membunuh anak-anak muridnya. Kalau benarlah Ara tahu, mengapa dia tidak beritahu kepada pihak polis?
"Hish, kes pasal Ara dengan Jihyun pun tak selesai lagi. Datang pula kes berat. Dugaan apakah ini?" Puan Choi merungut dan rungutannya didengari seseorang yang sedari tadi berdiri di sebelah Puan Choi namun, Puan Choi langsung tidak menyedari kewujudan manusia itu.
"Tapi Ara kata pembunuhan ini ada kaitan dengan dia... kes Ara dengan Jihyun... pembunuhan... macam ada kaitan je dua benda ni..." bisik Puan Choi.
"Jadi, memang betullah pembunuhan tu ada kaitan dengan Ara?"
"Haah, memang... opocot!" Puan Choi mengurut dadanya. Kenapalah dia tak perasan Jihyun dari tadi di sebelahnya. Fuh! Kusangkakan tiang di sebelahku, rupa-rupanya manusia. Apasallah anak aku tinggi sangat?
"Omma..."
"Ada apa? Dahlah buat aku sakit jantung tadi!" marah Puan Choi lalu mencubit lengan Jihyun. Jihyun menyeringai kesakitan.
Jihyun mencebik. "Bagilah Jihyun cakap dulu."
"Hah, cakaplah selagi engkau boleh cakap." Puan Choi memandang pihak polis yang sedang menjalankan siasatan. Budak-budak sekolah pula semakin ramai menyerbu kawasan kejadian. Bukannya kerana guru tidak mengawasi mereka di dalam kelas tetapi guru pun berada di kawasan itu. Kononlah nak buat lawatan rombongan kelas. Yalah, bukan selalu melihat babak CSI di kawasan sekolah.
Pakar forensik mula mengumpul bahan bukti sebelum bergerak ke makmal dan pihak polis pula masih lagi melakukan siasatan. Wartawan-wartawan dari siaran berita pun turut datang dan merakamkan kejadian itu untuk disiarkan di berita. Pengetua sekolah iaitu Encik Gu turut ditemu ramah. Mulalah batak pengetua tu kerana wajahnya dapat disiarkan di kaca tv. Encik Ha juga turut mengambil kesempatan dengan menayangkan kepala licinnya. Ish ish ish, situasi serius begini pun dibuat main-main.
"Lebih baik kita cari siapa yang sebar artikel pasal Jihyun dengan Ara tu." Cadangan Jihyun mengejutkan Ara.
"Kenapa pula?" soal Puan Choi kehairanan. Sekarang ini, kes pembunuhan lebih penting daripada mencari orang yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah tentang hubungan sulit Ara dengan Jihyun.
Seperti yang Puan Choi katakan tadi, kes pembunuhan dengan kes artikel tentang hubungan sulit itu ada kaitan jadi...
"Orang tu tahu banyak tentang pembunuhan ni."
"Maksud Jihyun?"
*******
Seorang pelajar lelaki yang merupakan pakar ICT mengikut kehendak Puan Choi untuk mencari siapa yang menyebar artikel palsu di laman portal sekolah. Kehandalan pelajar itu memang tidak disangkal lagi sehingga berpinar-pinar mata Puan Choi melihat budak lelaki itu menekan itu dan ini pada skrin komputer.
Tidak sampai beberapa minit, lelaki itu sudah menemui pesalahnya.
"Anak murid cikgu, Mina. Dia yang sebar berita tentang hubungan Ara dengan Jihyun tu. Tapi, kenapa cikgu nak cari dia?" soal pelajar lelaki itu kepada Puan Choi tetapi tidak pula Puan Choi menjawab soalan lelaki itu.
"Engkau panggil Mina jumpa saya di bilik pengetua sekarang," arah Puan Choi kepada budak lelaki itu sebelum beredar meninggalkan bilik ICT. Jihyun yang sedang menunggu Puan Choi di luar bilik terus menghampiri Puan Choi.
"Macam mana omma? Dah jumpa orangnya?"
Puan Choi mengangguk. "Mina. Dia yang sebar berita tu."
Jihyun terkejut. Jadi, selama ini Mina berdendam dengan diakah? Patutlah Mina selalu memerhati gerak geri Jihyun dan Ara di mana-mana dan Jihyun menyedari Mina seperti ingin membalas dendam kepada mereka berdua.
Mungkin ada sebab mengapa Mina ingin berdendam dengan Jihyun tetapi apa pula kaitan Ara dalam cerita ini?
Adakah benar dendam Mina terhadap Ara berkaitan dengan kes pembunuhan itu?
"Engkau panggil Ara jumpa omma kat bilik pengetua. Kita perlu berbincang tentang perkara ini. Bila semua dah selesai, kita akan jumpa pihak polis dan jadi saksi untuk kes ini. Berkemungkinan Mina memang tahu cerita sebenarnya."
"Kalau dia tak nak buka mulut juga?"
"Omma yakin yang dia akan buka mulut."
Rahsia akan terbongkar tidak lama lagi dan pembunuh juga akan membuka topengnya.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...