CHAPTER 13

510 51 10
                                    

Jihyun duduk di salah sebuah bangku yang terletak di bawah pokok sambil memerhati beberapa orang sedang bermain bola keranjang di dalam gelanggang. Namun, sepasang mata gadis itu menajam ke arah seorang lelaki yang duduk bersila di tepi gelanggang sambil termenung.

Sejak kebelakangan ini, Jihyun suka melihat Wonwoo secara senyap-senyap. Nak kata dia suka lelaki itu, tak pula. Walau bagaimanapun, dia merasakan bahawa Wonwoo ini nampak hensem la pulak.

Dan kata-kata pujian itu terkeluar dari mulut author sendiri.

Perlahan-lahan Jihyun mengukirkan senyuman.

"Jauhnya termenung..."

Terperanjat Jihyun apabila ditegur oleh seseorang di belakang. Jihyun menoleh ke arah Ara yang baru sahaja duduk di sebelahnya.

"Nah, air!" Ara menyerahkan sekotak minuman kepada Jihyun.

"Terima kasih," balas Jihyun lalu mencucuk straw dan menyedut minuman tersebut sedikit demi sedikit. Terus lega tekaknya apabila cecair tersebut mengalir ke anak tekaknya. Terasa nyaman gitu.

Mereka berdua mendiamkan diri dan memeharti budak-budak lelaki yang sedang bermain bola keranjang. Semuanya berebutkan sebuah bola untuk dijaringkan ke jaring manakala Wonwoo pula sekejap menjadi pasukan sorak dan sekejap seperti tunggul kayu. Tangan kanannya pula menggenggam telefon bimbit.

"Jang A Ra anyeong!"

Ara menoleh ke arah seorang jantan miang keladi yang merupakan salah seorang pemain bola keranjang. Ara mencebik. Ada hati nak mengusya aku, getus hati Ara. Sememangnya dia langsung tidak berminat budak lelaki yang cuba menggodanya dan menunjukkan gaya lelaki sejati. Nak tunjuk abs dan muscle la kononnya padahal sekeping asam ja.

Ara tidak mengendahkan panggilan itu dan kembali menyedut air kotaknya. Hanya Jihyun sahaja yang memerhati lima orang lelaki yang mula mengusik Ara. Sejak Ara masuk ke sekolah, dia menjadi tarikan utama para lelaki. Nak kata cantik, mak cik jiran sebelah aku lagi cantik. Hot mama lagi!

"Wuuu... sombongnya awek tu!" usik geng miang keladi itu. Wonwoo menggeleng-geleng dan pastinya tidak berminat menyertai kawan-kawannya itu yang ternyata membazirkan tenaga dan buang masa. Lebih baik stalk ig orang!

"Tak ada maknanya nak sombong. Puih!"

"Woah! Awek tu meludah pulak kat kita!" Mulalah kecoh sekampung. Semuanya tidak puas hati apabila Ara tidak tertarik dengan kehenseman mereka.

"Hok aloh. Muka pun tahap longkang belakang rumah aku. Ada hati nak mengurat aku," ucap Ara sambil mengibas rambutnya. *angin tiup* *iklan syampu*

"Eleh! Kita tak cakap pun kita nak mengurat awek. Huhuhu!" Salah seorang daripada mereka mengajuk nada suara Ara sebelum tertawa menggelakkan Ara. Ara menggenggam penumbuknya erat. Pantang anak petani moden berundur!

Author: Apa kaitan petani pulak dalam cerita ni?

Ara bangun lalu menghampiri Samdol Berlima (Gelaran author untuk diorang) dan menyilangkan tangannya. Mereka berlima buat-buat takut lalu ketawa terbahak-bahak. Tidak tahulah di mana lawaknya tetapi diorang gelak juga.

Ara merampas bola keranjang daripada salah seorang member Samdol Berlima lalu bersuara sambil menunding jari tepat ke arah mereka, "Kalau aku berjaya menjaringkan lima gol, korang jangan cari pasal dengan aku. Tapi, kalau korang menang, aku akan ikut kemahuan korang tapi SATU SAHAJA!" Sampai terkembang-kuncup hidung Ara apabila berucap.

Samdol Berlima saling berpandangan. Kemudian, mereka ketawa kembali.

"Wah, awek tu nak cabar kitalah! Ok, kalau kitorang menang, engkau jadi awek aku. Amacam! Deal?" Salah seorang daripada mereka menghulurkan tangannya kepada Ara. Namun, Ara sekadar bertepuk amai-amai belalang kupu-kupu.

YEOJAWhere stories live. Discover now