Keesokan harinya...
Di mana kehidupan seorang namja bermula.
Puan Choi mengetuk pintu sebelum membuka pintu seluas-luasnya. Dia merenung lama seorang jejaka yang sedang lena tidur di atas katil. Puan Choi mengeluh. Setelah Jihyun menjelaskan perkara sebenar kepadanya, dia menjadi sayu terhadap namja itu.
Kalau bukan kerana ommanya membenci lelaki, namja itu tak perlu lagi berlakon menjadi seorang yeoja.
Dan kemunculan namja itu mengingatkan Puan Choi kepada suami dan anaknya yang berada di alam sana.
Puan Choi meninggalkan bilik itu lalu menuruni tangga menuju ke dapur. Kelihatan Jihyun sedang menghidangkan sarapan. Dia mengambil tempat duduknya bersebelahan Puan Choi. Mereka dua beranak menikmati sarapan bersama-sama.
"Omma ada hal hari ni dan tak dapat datang ke sekolah. Kamu ok ke?" soal Puan Choi kepada Jihyun. Jihyun mengangguk lemah sambil mulutnya mengunyah French Toast perlahan-lahan.
"Nanti pesan kat Taehyung jaga diri baik-baik kat rumah. Engkau pulak jangan nak merayau ke mana-mana macam semalam eh? Macam aku tak tahu yang engkau ponteng sekolah. Pergi mana pun aku tak tahu," ujar Puan Choi berbaur sindiran. Jihyun pula mengangkat dua jarinya membentuk peace sambil tersengih-sengih.
Setelah mereka bersarapan, Puan Choi pun bergegas meninggalkan rumah. Jihyun pula masuk ke dalam biliknya untuk mengambil beg sekolah. Langkahnya terhenti saat terpacak di hadapan bilik seseorang.
Jihyun masuk ke dalam kamarnya lalu mengambil bekas penselnya. Dia mengeluarkan nota pelekat dan juga pen sebelum menulis sesuatu pada nota tersebut. Selepas itu, dia masuk ke dalam bilik tersebut lalu melekatkan nota tersebut pada dinding bersebelahan pintu.
Dia menuruni tangga sambil menggalas begnya menuju ke pintu rumah dan menyarungkan kasut sekolahnya sebelum bergerak menuju ke sekolah. Kebetulan, Puan Choi baru sahaja ingin memulakan perjalanannya.
"Omma! Nak tumpang?"
Puan Choi kaget. Sejak bila pulak ni?
"Amboi, sebelum ni omma nak hantar engkau ke sekolah engkau loyaq buruk dengan aku!" perli Puan Choi. Jihyun duduk di tempat penumpang lalu mengenakan tali pinggang.
"Alah, omma hantar je la Jihyun ke sekolah."
Puan Choi mengguling mata ke atas sebelum memandu keretanya secara berhemah menuju ke sekolah. Setibanya di hapdan pintu utama sekolah, Jihyun mencium pipi Puan Choi lalu beredar keluar dari perut kereta. Dia melambaikan tangan ke arah Puan Choi sehinggalah kenderaan pacuan empat roda itu beransur hilang dari pandangan.
Jihyun menarik nafas dalam. Dia memerhati kawasan sekolahnya lama. Sekarang ini waktu masih lagi awal dan pelajar-pelajar sekolah pun masih tidak ramai yang datang.
"Maafkan Jihyun, omma..."
Jihyun pun berlari keluar dari kawasan sekolah setelah memastikan keadaan selamat.
*******
Cahaya matahari menerobos masuk ke celahan tingkap menyilaukan matanya. Dia menghalang cahaya itu dengan tapak tangannya sebelum bangkit dari katil.
Dah pukul berapa ni?
Matanya melilau ke sekeliling sehinggalah dia tertumpu ke arah nota pelekat yang dilekatkan pada dinding bilik. Dia menggaru-garu belakang lehernya sambil berjalan lemah longlai menghampiri nota pelekat itu lalu membaca ayat-ayat yang tertulis pada peleat berwarna kuning muda.
Taehyung,
Kalau engkau dah bangun, engkau pergilah mandi. Baju dan seluar ambil je kat dalam almari. Lepas tu, pergi ke dapur. Aku dah sediakan sarapan untuk engkau. Mesti engkau tengah lapar sekarang.
p/s: Jaga diri baik-baik
From,
Choi Ji Hyun
Tersenyum-senyum Taehyung membaca nota tersebut. Dia mengambil tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Usai mandi, dia mengenakan pakaian yang dirasakan muat dan selesa.
Saat dia menyarungkan sweater pada tubuhnya, dia merasakan sesuatu. Dia meliar ke sekeliling sehinggalah dia menyedari bilik siapa yang dia duduk kini. Dia menghampiri meja belajar dan mendapati terdapat diari di atas meja belajar tersebut.
"Choi Ji Soo..." bisiknya. Dia membaca setiap helaian muka surat diari itu.
Betul cakap Jihyun. Diorang memang rapat sejak kecil.
Sedang Taehyung membelek buku diari itu, telefon rumah berbunyi. Taehyung kaget lalu keluar dari bilik dan menuruni tangga. Dia menghampiri telefon rumah yang dari tadi berdering kuat.
Tiba-tiba sahaja jantungnya berdetak laju. Ragu-ragu dia ingin menjawab panggilan tersebut. Mahu tak mahu, dia perlu menjawab juga.
"Yeoboseyo?"
"..."
Taehyung melihat ke sekeliling dan mendapati hanya dia seorang sahaja yang berada di dalam rumah.
"Tak ada. Kenapa cikgu?"
"..."
Taehyung mengetap bibirnya. Sungguh dia tidak tahu keberadaan Jihyun. Tiba-tiba sahaja Puan Choi menghubunginya dan memberitahu bahawa Jihyun tidak hadir ke sekolah. Sangkaannya Jihyun pulang ke rumah.
"Tak apa. Biar saya yang cari dia."
"..."
"Ok, saem." Taehyung menamatkan panggilan. Dia menyarungkan hoodienya dan baru sahaja ingin bergerak meninggalkan rumah namun, telefon rumah sekali lagi berdering.
Taehyung menjawab panggilan tersebut.
"Saem..."
"..."
"Noona? Bu... buat apa noona telefon Taehyung?"
"..."
"Sekarang?"
"..."
Taehyung buntu. Niatnya tadi ingin mencari Jihyun tetapi Areum sudah merayu memintanya dia pulang ke rumah membantutkan niatnya. Nak tak nak, Taehyung perlu pulang ke rumah dan menjelaskan perkara sebenar kepada Jiwon atau perkara buruk bakal berlaku. Bukan dia tak kenal ommanya, boleh bertindak sesuka hatinya.
Setelah menamatkan panggilan, Taehyung beredar meninggalkan rumah dan mengunci pintu seperti yang dipesan Puan Choi tadi. Dia berjalan pantas menuju ke rumahnya yang agak jauh dari rumah Puan Choi.
Semakin dia menghampiri rumahnya, semakin dia berdebar-debar dan firasatnya mengatakan perkara buruk bakal menimpa. Namun, dia membuang spekulasinya jauh-jauh dan beranggapan baik bahawa tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Jumpa omma, jelaskan perkara sebenar.
Namun, bukanlah mudah seperti yang disangka...
Ohohoho aku tak larat dah nak buat ni. Jangan risau wahai readers sekalian. Cerita ini bakal menemui penghujungnya tidak lama lagi. Mungkin chap seterusnya? Oh, no no no. Tidak mungkin sama sekali.
Namjoon: Sudah-sudahlah dengan sketsa kamu... kembalilah ke pangkal jalan.
Author: Engkau pehal? Bukan aku dah tendang engkau ke hari tu?
Namjoon: Mana? Beria-ia nak tendang tapi aku masih lagi di ff hambar ni.
Author: Oh ya? Eh, kejap... maksudnya...
Suga: Yo! I'm here!
Author: -_-"
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...