Puan Choi duduk di sebuah meja khas untuk tetamu di dalam bilik pengetua. Pengetua pula langsung tidak menunjukkan batang hidung. Nampak sangat sedang mencari publisiti dengan Encik Ha. Langsung tak membantu.
Tidak lama kemudian, pintu terkuak. Kelihatan dua orang manusia tiba ke bilik pengetua. Puan Choi mendongak kepala memandang insan itu dan terkejut melihat tetamu yang datang ialah bukan orang yang Puan Choi ingin berjumpa.
"Puan Jang?" Puan Choi bangun menghadap Jiwon dan Areum.
"Tadi, ada orang hubungi saya suruh kami berdua datang," jelas Areum. Puan Choi tercengang. Siapa pula yang panggil mereka berdua datang? Memandai pula menjemput orang.
"Jihyun ke?" soal Puan Choi lagi. Kalau Jihyun, memang nak kena. Kenapa pula nak libatkan orang tua di dalam kisah tiada penghujungnya ni?
Areum menjongket bahunya. "Saya pun tak tahu. Rasanya bukan."
Beberapa minit menunggu, orang yang dinantikan muncul jua. Ara dan Jihyun masuk ke dalam bilik pengetua lalu berdiri di hadapan tiga orang manusia yang berada di dalam bilik tersebut. Wajah Ara pula tiba-tiba berubah pucat apabila terpandangkan ibunya. Segera dia menundukkan kepalanya, mengelakkan pandangan itu.
Jiwon memerhati Jihyun dan Ara silih berganti.
Seseorang masuk ke dalam bilik. Semua orang tertumpu ke arah seorang pelajar perempuan berkaca mata itu. Perempuan itu tidak lekang dengan senyuman.
"Wah, baguslah! Semua dah berkumpul," ucap Mina lalu menyilangkan tangannya. Dia berdiri tidak jauh dari tempat mereka.
"Mina, kamu tahu kan kenapa saya panggil kamu?" soal Puan Choi.
Mina tergelak kecil. "Cikgu tak payah bagitau pun tak apa. Lagipun, saya ada banyak kisah nak dikongsikan." Mina menghampiri mereka.
Mina memerhati kesemua orang yang ada di dalam bilik sehinggalah matanya jatuh kepada Jiwon. Mina mengukirkan senyuman.
"Ya, saya yang sebar berita yang kata Ara dan Jihyun buat hubungan sonsang tu..."
"Tak, cikgu tak mau dengar yang tu," sampuk Puan Choi.
"Kalau cikgu nak tau, pembunuh tu ada dalam kalangan kita berenam ni," ujar Mina. Puan Choi tercengang namun, tidak pula bagi Ara dan Areum kerana mereka sememangnya tahu siapa yang dimaksudkan.
Mina menjeling tajam ke arah Jiwon. "Dia yang bunuh budak-budak kelas kita. Dia juga bunuh budak nama Chaelin. Chaelin tu satu kelas dengan Ara di sekolah lama dulu. Ara pindah ke sini untuk lari dari kes pembunuhan Chaelin. Tapi, kalau pembunuh tu masih lagi terlepas, tak mustahil kan dia boleh bunuh ramai orang. Dahlah bunuh suami sendiri..."
Jiwon menjadi panas hati. Tangan kirinya menggenggam penumbuk. Kalau diikutkan hati, hendak sahaja dia memarahi gadis berkaca mata itu tetapi apakan daya? Dia tidak boleh bertindak melulu dan Mina pun tidak menyebut nama sesiapa dalam cerita ini.
Pada masa itu, Puan Choi mengalihkan pandangan ke arah Jiwon.
"Mina, siapa yang kamu maksudkan?" soal Puan Choi, kurang faham.
"Siapa lagi kalau bukan ibu kesayangan Jang A Ra, Jang Ji Won!"
Jiwon ingin sahaja bangun dari tempat duduknya tetapi perbuatannya dihalang oleh Areum. Areum mengarahkan ibunya supaya bertenang. Areum kenal benar dengan ibunya. Tak mustahillah ibunya boleh mencederakan Mina sedangkan dia pun boleh bunuh orang.
"Kalau cikgu nak tahu lagi, dia dah bunuh enam orang manusia kat atas muka bumi ni. Tapi, satu pun bukti polis tidak boleh cari sebab dia pandai tutup jejak. Wah, bravo! Otak memang bijak tetapi tak adalah bijak yang disangka. Walaupun polis tak tahu siapa pembunuhnya, sekurang-kurangnya aku tahu siapa pesalahnya! Dasar pembunuh gila! Bunuh suami sendiri. Psycho!" tengking Mina sepuas-puasnya. Sekali lagi Jiwon ingin bangkit dan sekali lagi juga Areum menghalang.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...