CHAPTER 21

426 44 4
                                    

Jihyun mendongak kepalanya. Dia merenung ke hadapan.

Kenapa aku rasa macam ada orang hendap aku, bisik hati Jihyun.

Jihyun menoleh ke sisi dan terpandangkan Ara yang sedang nyenyak tidur berbantalkan lengan. Jihyun tersenyum sendiri.

Alahai, comelnya baby besar tidur!

Jihyun mencuit pipi Ara. Kemudian, mengusap lembut rambut Ara yang panjang separas pinggang.

"Ramai lelaki berkenan kat hang... malangnya, hang tak suka lelaki. Apalah. Baik engkau tukar je badan dengan aku. Bolehlah aku dating dengan ramai lelaki. Jadi playgirl sekali-sekala."

Jihyun menutup bukunya namun, tiba-tiba sahaja Ara menggenggam tangan Jihyun. Ara mendongak kepala memandang Jihyun yang kaget dengan Ara. Tiba-tiba sahaja bangun dari tidur tak bagi signal. Gigit karang.

"Better tak payahlah tukar mahupun nak pinjam sekalipun badan aku ni." Ara tersengih-sengih.

Jihyun menjadi kehairanan. "Apasal pulak?"

"Sebab aku tak mahu kautanggung apa yang aku tanggung sekarang."

"Maksud engkau?"

"Jomlah balik. Omma aku mesti dah sampai." Ara mengubah topik lalu mengemas buku-bukunya yang berselerak di atas meja. Jihyun tertanya-tanya.

Selama ini, Ara menderita ke?

Jihyun meletakkan buku di dalam rak. Kebetulan, dia terpandangkan sepasang mata yang sedang menjeling ke arahnya di sebalik rak dan kemudian, menghilangkan diri begitu sahaja.

"Dia ke yang hendap aku?" bisik Jihyun. Hatinya pula berasa kurang enak.

Jihyun kembali ke mejanya dan mendapati Ara telah pun mengemas barangnya.

Setelah Jihyun mengemas buku-bukunya dan disimpan ke dalam begnya, Jihyun dan Ara berjalan beriringan meninggalkan perpustakaan dan memulakan perbualan yang menarik perhatian. Sampai berguling-guling Jihyun dan Ara dan nasib baiklah tak berguling sampai ke tangga.

"Oklah, Jihyun. Jumpa esok." Ara melambaikan tangan ke arah Jihyun sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Jihyun membalas lambaian itu.

Kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh kakak kepada Ara perlahan-lahan meninggalkan perkarangan sekolah.

Jihyun berjalan keseorangan melalui kaki lima sambil termenung.

Siapa yang dia jumpa tadi?

Melihatkan matanya, dia seakan-akan marah akan Jihyun. Tapi, marahkan apa?

"Jisoo..." Satu nama terpacul keluar dari bibir Jihyun secara tidak sengaja. Jihyun memberhentikan langkahnya dan kebetulan dia berdiri di hadapan perhentian bas.

Tiba-tiba, sebuah bas berhenti di hadapan perhentian bas. Pintu bas terbuka dan kelihatan dua orang penumpang keluar dari bas.

Jihyun mengetap bibirnya. Setelah berfikir sejenak, dia masuk ke dalam perut bas dan mengambil tempat duduk paling belakang di tepi tingkap. Dia tekad untuk pergi ke sana setelah hampir 8 bulan tidak melawat ke tempat itu.

*******

Jihyun merenung lama satu gambar yang terletak di dalam sebuah kaca. Setelah membuat upacara mengikut adat resam mereka, Jihyun mendekatkan wajahnya pada gelas itu.

Jihyun mengeluh lalu menundukkan kepalanya ke bawah. Sungguh, dia tidak dapat menahan sebaknya. Dia terlalu sedih akan pemergian dia. Air matanya dikesat.

Jangan menangis disebabkan aku. Nanti, aku pun akan menangis.

Jihyun tersedu-sedan.

Jisoo, aku tak tahan. Aku rindu engkau. Walaupun aku dah boleh terima hakikat akan pemergian engkau kat sana, aku tetap ingin jumpa engkau.

Jisoo, aku dah ada seorang kawan. Dia selalu ada kat sisi aku selepas engkau pergi tinggalkan aku. Aku senang dengan dia, sama seperti aku senang dengan engkau. Kalau boleh, nak saja aku kenalkan engkau kat dia.

Jisoo, jaga diri baik-baik tau?

Jihyun meninggalkan tempat itu setelah hampir 30 minit berada di situ.

*******

Ara duduk di atas birai katil setelah mandi dan menukar pakaian. Dia mengeringkan rambutnya dengan tuala. Tiba-tiba, otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Segera Ara mencapai beg sekolahnya yang terletak di atas kerusi lalu mengeluarkan sesuatu yang telah lama disimpan tanpa pengetahuan Jihyun.

Sekeping gambar.

Ara menatap lama gambar itu.

"Hmmm... persoalannya... siapa budak lelaki ni?" Ara merenung wajah budak lelaki yang sedang mengukirkan senyuman.

Jeles pulak aku tengok diorang ni macam rapat, bisik hati Ara.

Dah tu? Apa masalah engkau sebenarnya?

Ara: Eh, sibuk je engkau!

Ok, aku zip mulut. Tapi, tangan tak berhenti menaip. Sekian.

"Siapa dia ni?" Ara melihat di belakang foto dan mendapati terdapat satu ayat yang tertulis di belakang gambar itu. Terkumat-kamit Ara membaca setiap patah perkataan.

"Jihyun... and Jisoo... FOREVER?" Ara tergamam.

Jadi, siapakah Jisoo?

Adakah dia anak kepada Rashid?

*******

Dia berjalan masuk ke dalam rumah dalam keadaan terkocoh-kocoh. Kepulangannya disambut oleh ibunya namun, dia buat tidak endah lalu masuk ke dalam kamarnya. Ibunya mengajaknya untuk turun makan malam selepas ini tetapi dia tidak beri sebarang respon.

Dia perlu membuat tugasannya secepat yang mungkin.

Dia masuk ke dalam kamar dan mencampakkan beg sekolahnya di atas katil bujangnya. Dia duduk di meja belajar lalu membuka komputer ribanya. Saat komputernya mengeluarkan cahaya, dia memasukkan kata kunci lalu membuka satu fail yang tersimpan elok tanpa pengetahuan sesiapa. Hanya dia sahaja yang tahu.

Kamarnya sangat gelap dan tingkap biliknya dibiarkan bertutup rapat. Tiada langsung cahaya matahari yang menerobos masuk ke ruang biliknya kecuali cahaya dari skrin komputernya.

Jari-jemarinya pantas menaip satu laman web pada kotak cari dan serta-merta satu laman terpapar di skrin. Dia mengukirkan senyuman meleret.

Portal itu dibuat olehnya dan setakat ini, dia tidak mengisi apa-apa berita di ruangan portalnya. Kini, satu berita yang sensasi ingin sahaja dia kongsikan kepada rakan-rakan di sekolahnya.

Dia memasukkan segala data termasuk gambar ke laman portal itu. Senyuman pula tidak henti-henti terukir di bibir. Tak sabar untuknya berkongsi khabar ini kepada khalayak ramai. Biar semua orang buka mata apabila dia telah membuka pekung orang.

Walaupun berita ini tiada sahihnya, dia tidak kisah. Asalkan dia berjaya menjatuhkan maruah orang itu. Orang yang paling dia membenci dan membuatkan 'si dia' mati tahun lepas. Dia ingin menebus semula haknya. Kalau bukan kerana orang itu, dia tidak akan mencari nahas seperti ini.

"Semuanya dah terlambat," ucapnya lalu menekan butang 'Yes'. Dia tersengih lebar.

"Biar semua orang tahu bahawa engkau bukanlah seperti yang disangka... Jang A Ra dan Choi Ji Hyun!"

YEOJAWhere stories live. Discover now