"Omma..."
"Dah, muktamad! Jihyun tak boleh datang ke sekolah sehinggalah kes selesai!" Puan Choi tetap dengan keputusannya sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dihempas kuat.
Jihyun menangis semahu-mahunya. Dia duduk di atas sofa dan kembali menangis. Matanya pun sudah bengkak teruk akibat menangis sepanjang hari.
Pada hari itu, Puan Choi langsung tidak keluar bilik.
Begitu juga dengan Jihyun.
Masing-masing berkurung di dalam bilik.
*******
Keesokan harinya,
Ara datang ke sekolah. Seperti Jihyun, semua pelajar menjeling tajam ke arah Ara sambil berbisik-bisik. Ara sedar bahawa dirinya menjadi perhatian ketika ini. Disebabkan artikel itu, Ara dilemparkan dengan pelbagai cacian dan makian. Semua sudah membenci gadis itu.
Namun, Ara tabah. Dia sudah terbiasa mendengar cacian sebegitu terutamanya di sekolah lama dahulu. Di sekolah lama, hampir setiap hari Ara dihina. Ara sudah lali. Dia hanya kasihankan Jihyun yang langsung tidak bersalah kerana terjebak dengan situasi ini.
Pada waktu rehat, Ara tidak kantin tetapi berseorangan di atas bangku di gelanggang bola keranjang.
Angin yang sepoi-sepoi bahasa menenangkannya. Ara memejamkan matanya lalu menarik nafas dalam-dalam.
"Ara!"
Ara membuka matanya dan terkejut melihat kedatangan Puan Choi di hadapannya. Langsung tidak mengukirkan sebarang senyuman di bibirnya.
"Saya nak bagi amaran kat kamu. Jangan sesekali rapat dengan Jihyun lepas ni. Disebabkan kamu, Jihyun turut terlibat. Saya kenal anak saya dan saya yakin dia tidak buat perkara terkutuk tu sampailah dia rapat dengan kamu. Pesanan terakhir saya, jangan rapat dengan Jihyun!" pesan Puan Choi dengan nada tegang sebelum meninggalkan Ara.
Ara mengeluh lalu menundukkan kepalanya.
Jihyun, maafkan aku. Aku tahu aku salah dan tak patut libatkan engkau.
Tanpa disedari, seseorang turut berada di gelanggang itu sambil meleretkan senyuman sinis.
*******
Hyori masuk ke dalam kelas dan duduk di tempatnya. Dia membelek telefon bimbitnya dan tiba-tiba, satu mesej dihantar kepadanya. Segera Hyori membaca mesej itu.
Mulutnya ternganga. Tak mungkin!
Kebetulan, Jaekyung baru masuk ke dalam kelas. Hyori memanggil Jaekyung menghampirinya.
"Ada apa?"
"Kautengok ni!"
Jaekyung melihat skrin telefon bimbit milik Hyori.
Mereka berbisik-bisik sambil menjeling ke tempat duduk Ara.
"Budak tu melampau!"
"Jadi, kaunak buat apa kat dia?" soal Jaekyung kepada Hyori.
Hyori tersenyum sinis. Muncul satu idea yang dianggap baik untuk membalas dendam terhadap Ara.
Kebetulan, Ara baru sahaja melangkah masuk ke kelas. Dia menjadi perhatian dua pelajar diva hipster itu.
Hyori menaip sesuatu pada kotak mesej dan serta-merta menghantar mesejnya kepada seseorang.
Pop!
Ara melihat skirn telefonnya dan dia menerima mesej daripada seseorang.
Ini aku, Hyori.
Jumpa aku kat atas bumbung lepas habis sekolah.
Datang seorang je!
Hati Ara berasa kurang enak lalu memandang Hyori. Hyori dan Jaekyung pada masa itu tersenyum. Malangnya, Ara tidak dapat mentafsir di sebalik senyuman mereka berdua. Walaupun nampak manis pada pandangan orang, Ara tahu bahawa senyuman mereka membawa makna tersirat.
*******
Jihyun keluar dari biliknya setelah lama berkurung di dalam bilik. Lapar woi! Dahlah tak sarapan. Sekarang ni pula waktu makan tengah hari. Nampaknya, dua pinggan nasi pun tidak cukup untuk mengisi perutnya yang kosong sejak semalam.
Sedang Jihyun menikmati makanan tengah hari, pintu rumahnya dikuak. Hampir tersembur keluar segala makanannya apabila Puan Choi muncul di hadapannya. Nasib baik tak tercekik.
"Omma? Awalnya balik! Bukan sekarang budak-budak sekolah tak balik ke?" soal Jihyun kehairanan.
Puan Choi menjeling ke arahnya. Segera Jihyun mengalihkan pandangan ke arah lain. Nampaknya Puan Choi masih marah akannya.
"Omma... Jihyun tak salah..."
"Jihyun, omma dah bagi amaran kat Ara agar jangan rapat dengan Jihyun."
"Omma! Apa ni?" Jihyun membantah. Ingin sahaja dia menghentak meja makan sekuat yang mungkin namun, dia tak berdaya. Meja mahal kut! Nak kena tendang keluar dari rumah ke? Puan Choi memang sayang gila dengan segala harta di dalam rumahnya. Jadi, siapalah Jihyun di mata Puan Choi? XP
Puan Choi: Jangan nak memandai ya cik author? Aku sayang anak aku.
Author: Yalah, sawwrehh!
"Maksudnya, berita tu betul la kan?"
"Tak, omma! Jihyun difitnah."
"Jadi, bagitahu omma. Siapa musuh Jihyun?"
"Jihyun mana ada musuh."
"Dah tak ada musuh, macam mana boleh difitnah?"
"Omma boleh tak logik sikit? Tak semestinya dia tu musuh Jihyun. Mungkin dia tu musuh bawah selimut ke, musuh kat belakang Jihyun ke, manalah nak tau..."
"Huh, ikut skrip punya pasal. Engkau layan je la drama ni."
"Ni yang aku bosan dengan author. Buat jalan cerita tersangatlah hambar."
-_-
Ok fine! Aku tukar jalan cerita. *koyak skrip* *tulis skrip baru*
Puan Choi mengeluh.
"Buktikan yang Jihyun tak salah," ucap Puan Choi.
"Omma percayakan artikel itu atau percayakan Jihyun anak omma?"
Puan Choi mengeluh lagi.
"Dua-dua aku tak percaya. Aku percaya pada diri sendiri. Huh, bosan! Rasa macam nak keluar dari cerita ni. Lagipun, aku dah tau ending cerita dia. Macam tu la jugak."
Banyak merungut Puan Choi ni.
"Dahlah omma. Jihyun nak jumpa Ara." Jihyun meletakkan pinggan mangkuk yang licin dimakan di dalam singki sebelum menuju ke biliknya untuk menukar pakaian. Sekarang ini, waktu persekolahan sudah tamat dan dia perlu jumpa Ara.
Puan Choi sekali lagi mengeluh. Dah, itu je la skrip dia.
*******
Jihyun tiba ke sekolah dan mendapati semua pelajar sudah pun tiada di sekolah. Hanya beberapa sahaja pelajar yang ada dan itupun ada aktiviti pada petang itu.
Jihyun berlari ke kelas dan berharap agar Ara belum pulang. Setibanya di dalam kelas, dia menemui beg sekolah Ara tetapi tidak menjumpai tuan empunya beg itu. Jihyun menjadi risau dan merasakan sesuatu buruk telah berlaku.
Jihyun berlari mengelilingi sekolah untuk mencari Jihyun namun, pencariannya hampa. Dia pun tidak tahu dia mana Ara menghilangkan diri.
Jihyun menuju ke atas bumbung dan memanggil nama Ara. Walau bagaimanapun, tiada sahutan daripada Ara. Jihyun melilau kawasan sekolah di atas bumbung dan kemudian, matanya tertancap ke arah sebuah kereta yang diparkir di hadapan sekolah.
"Itu omma Ara..." bisik Jihyun apabila melihat seorang wanita dewasa keluar dari perut kereta. Kelihatan Areum duduk di perhentian bas sambil melihat setiap pelajar yang beransur-ansur keluar dari sekolah.
Di mana pula Ara menghilang?
Dah bosan? Dah muak layan jalan cerita ini? Silalah baca ff lain dan sebelum tu, tolong vote semua chap ff ni. Sekian. XP
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...