Semua pelajar yang berada di laluan koridor berbisik-bisik sambil menjeling ke arah Jihyun. Pada mulanya, Jihyun tidak tahu mengapa dirinya menjadi perhatian sehinggalah dia menjejakkan kaki ke dalam kelas.
Dirinya menjadi perhatian kelas itu.
"Wah, tengok siapa yang datang ni!" Jaekyung bertepuk tangan sambil mengukirkan senyuman sinis ke arah Jihyun. Jaekyung dan Hyori berjalan menghampiri Jihyun.
"Mana kekasih hatinya? Tak datang ke?" soal Jaekyung dengan nada menyindir.
Jihyun tercengang. Kekasih? Kapel pun tidak, ada kekasih? Dalam mimpi la dik oi. Tu hah, si V tu. Kekasih aku la tu hahahaha.
Ok, serius balik. Sekarang ini dalam situasi serius, jangan buat lawak bodoh di sini.
"A... apa maksud awak?" soal Jihyun tergagap-gagap.
Jaekyung buat-buat riak terkejut.
"Bo? Kautak tahu? Eh, satu sekolah dah tahu pasal perbuatan terkutuk engkau tau? Tak guna lagi engkau nak simpan rahsia, ya?"
Jihyun semakin kehairanan.
"Huh, patutlah rapat sangat dengan si Ara tu." Hyori pula bersuara.
"Jijik betul orang macam ni. Orang macam dia ni tak patut ada kat sekolah ni. Mencemarkan nama sekolah je," sambung Hyori sinis. Pendapatnya dipersetujui kesemua pelajar di dalam kelas itu.
Jihyun kepelikan lagi. Apa pula kaitan Ara dalam cerita ni?
Tiba-tiba, seorang pelajar junior datang ke kelas.
"Err... Siapa Choi Ji Hyun?"
"Ni, kat depan awak ni," jawab Jaekyung lalu jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Jihyun yang sedari tadi asyik menundukkan kepala.
"Jihyun sunbae, Encik Gu nak jumpa Jihyun."
Riak wajah Jihyun bertukar pucat. Dah kenapa pengetua sekolahnya nak jumpa dia?
*******
"Inilah masalah pelajar-pelajar sekarang." Encik Gu menghentak mejanya dengan kuat. Puan Choi yang duduk di hadapan Encik Gu hampir sahaja ingin bergolek jatuh dari kerusi akibat terkejut dengan serangan Encik Gu.
Encik Gu membetulkan tali lehernya lalu berjalan ke hulu dan ke hilir sambil diperhati Puan Choi. Puan Choi pula hanya mampu mengeluh.
Mana pula Jihyun ni?
Ketukan di luar memberhentikan langkah Encik Gu. Dia mengarahkan tetamunya masuk ke dalam biliknya lalu bergerak ke tempat duduknya semula.
Muncul Jihyun dengan wajah blurnya. Dia duduk di sebelah Puan Choi dan langsung tidak memandang guru kelasnya a.k.a ommanya sendiri.
"Jihyun, baik engkau buka mulut. Betul ke berita yang aku dengar ni?" soal Encik Gu dengan serius. Marahnya seakan-akan ingin meluap tetapi sempat ditahannya. Jihyun terkebil-kebil, langsung dia tidak tahu berita apa yang dimaksudkan Encik Gu. Tiba-tiba sahaja budak-budak sekolah membenci dia seperti dia telah membuat perkara buruk.
"Jawab sajalah. Betul atau tidak?" sergah Encik Gu menyebabkan Puan Choi terjatuh dari kerusi kerana terlampau terkejut. Haish, habis terselak skirtnya.
Jihyun ingin gelak namun, sempat ditahannya. Agak-agaklah ingin mentertawakan orang dalam keadaan genting ni? Mahu kena tendang keluar dari sekolah nanti.
"T... tak..." jawab Jihyun tergagap-gagap walaupun hakikatnya dia tidak tahu berita apa yang membuatkan Encik Gu marahkannya. Sedar sahaja, dia sudah disalahkan.
"Habis? Yang dalam Internet tu apa?"
Jihyun tercengang lagi. Tak tahulah berapa kali dia tercengang pada hari ini.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...