CHAPTER 12

551 58 21
                                    

Waktu rehat adalah waktu yang paling dinantikan para pelajar setelah berjam-jam menghadap buku teks dan juga papan hitam. Ilmu pun dipaksa masuk ke dalam kepala otak namun, tibanya waktu rehat, ilmu berpusu-pusu keluar dari otak kerana tidak dapat menahan ketepuan otak termasuk otak author yang dah tak ada idea.

Itulah, siapa suruh author gatal nak jadi watak dalam cerita ni? Tak pasal-pasal jalan cerita lari dari yang asal. Ok, fokus! Fokus!

Jihyun menyelinap keluar dari kelas tanpa pengetahuan Encik Ha. Naya betul kalau nampak ahjussi botak tu merayau-rayau satu sekolah. Dahlah pagi tadi nampak dia bawa kekasih hatinya a.k.a rotan kesayangan ke merata-rata tempat. Sekali melekat kat punggung, berhari-hari terima kesakitannya.

Jihyun meluru ke kantin dan membeli roti untuk mengalas perutnya. Takkan nak beli nasi dan angkut masuk ke kelas pula? Kantoi nanti!

Jihyun mengomel seorang diri. Kalaulah dia tak terlupa, boleh saja dia singgah ke kedai serbaneka dan beli roti. Tak perlu bersusah-payah ke kantin bagaikan banduan yang ingin keluar dari penjara. Tapi kes Jihyun lain. Selinap keluar dari kelas dan lepas tu masuk balik.

Setelah membeli roti coklat kegemarannya, Jihyun pun berlari melalui koridor menuju ke kelasnya. Kebetulan, dia melalui di hadapan bilik guru. Langkah Jihyun terhenti saat terpandangkan seorang wanita tua sedang berbual bersama Puan Choi.

Jihyun tergamam.

Wajah wanita itu.... amat dikenalinya. Wanita itulah dijumpainya ketika dia ingin pulang ke rumah semalam.

Tiba-tiba, wanita itu memandang ke pintu bilik guru dan serta-merta mata mereka berdua bertembung. Jihyun kaku.

"Eh, Jihyun? Buat apa tercegat lagi kat situ? Pergilah masuk ke kelas!" arah Puan Choi sambil mencekak pinggangnya. Pada mulanya Jihyun tidak mengendahkan arahan Puan Choi namun, apabila terpandangkan rotan yang terletak elok di atas meja Puan Choi, terus niat Jihyun terbantut.

Belum sempat dia beredar, namanya dipanggil.

"Choi Ji Hyun?"

Jihyun terhenti langkah. Dia memandang wanita tua tersebut.

"Macam mana Puan Jang boleh kenal anak saya?" soal Puan Choi. Tak lama kemudian, barulah Puan Choi perasan yang dia sudah tersasul bicara. Anak? Ah, sudah! Setakat ni tak ada sesiapa yang tahu Jihyun anak kepada Puan Choi melainkan jiran sebelah yang suka jaga tepi kain pelikat cap Gajah Duduk orang.

"Anak cikgu?" soal Jiwon kepada Puan Choi. Mahu tak mahu, Puan Choi mengangguk juga.

Jihyun menjadi buntu.

"Jihyun kenal Ara, kan?"

"Kenal. Saya duduk sebelah dia kat dalam kelas," jawab Jihyun.

Jiwon mengangguk seraya mengukir senyuman, menyerlahkan lagi sifat keibuannya. Jihyun tergamam. Padahal sebelum ini wajah wanita itu agak menggerunkan bagi Jihyun namun, sangkalnya meleset sama sekali setelah melihat sifat sebenar Puan Jang. Dia bukanlah pelik mana pun seperti yang Jihyun fikirkan. Malahan, Puan Jang jauh lebih baik daripada ibunya sendiri.

Wahahaha, syok gila kutuk omma sendiri. - Jihyun

Puan Choi: Bertuah punya anak! *blend skrip" "buat ice blended perisa vanila*

"Saya tengok awak ni comel sangat. Takkan tak berpunya?" soalan Puan Jang membuatkan Puan Choi tercekik air liur manakala Jihyun pula menghirup udara oksigen sebanyak yang mungkin sehinggalah hidung mancungnya terkembang-kembang bak bunga sekuntum.

"Huhuhu... terima kasih Puan Jang sebab puji saya macam tu." Jihyun tersipu-sipu malu.

Author: Woi, dah lari skrip tu!

Jihyun: Apa dialog aku? *belek skrip*

"Err... berpunya?" Jihyun hanya mampu tersengih-sengih. Puan Choi pula awal-awal dah mengguling mata ke atas sambil tangan laju sahaja ke bahu. Puan Jang membalas senyuman.

"Tak apalah. Saya balik dulu. Kamu pun tolong tengok-tengokkan Ara, ya?" pesan Jiwon kepada Jihyun sebelum beredar meninggalkan Puan Choi dan Jihyun.

Jihyun menarik nafas lega lalu memandang Puan Choi.

"Omma tertanya-tanya..."

"Apa dia omma?"

"Tang mana comelnya pun omma tak tahu. Omma yang lahirkan kamu pun rasa macam nak masukkan kamu balik ke dalam perut. Tak terberanak lagi bagus rasanya..."

"Omma!" Jihyun memukul bahu Puan Choi.

"Bertuah betul. Pi masuk kelas sebelum aku bagitahu cikgu Ha yang kamu senyap-senyap keluar kelas waktu rehat!"

"Omma kejam!" Sekali lagi Jihyun menepuk bahu Puan Choi lalu berlari lintang-pukang menuju ke kelasnya. Puan Choi menggeleng-geleng.

Puan Choi sendiri pun tak tahu patut ke dia menyesal untuk melahirkan anaknya berperangai sebegini rupa? Itulah, jangan tengok cerita Hindustan masa mengandung hari tu, kan dah jadi macam ni?

*******

Ara masuk ke dalam kelas dan menyedari Jihyun masih berada di dalam kelas. Dia menghampiri Ara lalu bertanya, "Engkau tak keluar rehat ke tadi?"

Jihyun tersengih-sengih. "Betul engkau tak perasan aku keluar tadi?"

Ara menggeleng laju.

"Itulah yang engkau tak tahu. Aku belajar teknik menyembunyikan diri daripada Ejen 007 iaitu James Bond."

Tidak pasal-pasal kepala Jihyun diketuk dengan botol mineral kosong. Nasib baik botol mineral itu diperbuat daripada plastik. Mahu diperbuat daripada kaca, silap-silap senget otak dia.

"Loyaq buruk pulang hang ni!" Ara duduk di tempatnya sambil memerhati Jihyun yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan kerjanya yang entah sampai bila lagi Jihyun mampu menghabiskannya. Otak Jihyun pula sudah tepu dengan segala formula dan istilah yang dipelajarinya. Kalau diikutkan, ingin sahaja dia terjun bangunan dari tingkat empat kerana terlalu tertekan tapi apakan daya? Niatnya untuk berkahwin masih belum kesampaian.

"Banyak betul cikgu bagi denda kat engkau..." kata Ara lalu membelek buku setebal Kamus Dewan Bahasa & Pustaka malah, lebih tebal daripada itu. Memang syok hempuk kepala orang dengan buku ni.

Jihyun mengguling mata ke atas. "Kalau engkau tolong aku tak apalah juga. Ni dok bising ja, nak concentrate pun tak senang."

"Oklah, tak nak kacau." Ara menjauhkan diri sedikit daripada Jihyun. Jangan dia lari keluar dari kelas seperti yang dilakukan kawan Wonwoo dan author pagi tadi sudah. Mahu kena kejar dengan batang penyodok nanti. Siapa yang susah? Aku jugak...

"Jihyun, kita lepak kat tepi gelanggang bola keranjang petang nanti boleh?" cadang Ara dengan nada teruja. Jihyun yang tadinya menumpukan sepenuhnya kepada kerjanya mengalihkan kepalanya memandang Ara.

Jihyun mengetuk dagunya dengan batang pen yang dipegangnya, sedang berfikir akan cadangan itu.

"Hurmm..."

"Bolehlah. Kita tak pernah lepak kat mana-mana."

Jihyun menggerak-gerakkan bibirnya ke kiri dan ke kanan sambil otaknya sedang merangsang mempertimbangkan cadangan Ara.

"Boleh jugak."

Ara tersenyum lebar. "Baguslah kalau macam tu. Lepas habis je sekolah, kita terus pergi sana."

Jihyun mengangguk laju. Mereka berdua pun tergelak kecil lalu sambung membuat kerja masing-masing.

Tanpa disedari, sepasang mata sedang memerhati kemesraan mereka dari luar kelas. Penumbuknya digenggam erat.

"Aku paling benci tengok diorang gembira... Kautunggulah, Jihyun. Aku akan pastikan semua orang benci engkau!" Manusia tersebut terus beredar meninggalkan kelas.

Jihyun menyedari bahawa dirinya diperhati namun, dia masih tidak tahu apa masalah manusia tersebut. Jihyun memerhati gerak-geri manusia itu.

"Kenapa dia macam marah aku?" bisik Jihyun.

YEOJAWhere stories live. Discover now