CHAPTER 34

431 46 16
                                    

Mansae mansae mansae yeah!

Ara pula meluat mendengar Wonwoo yang sedang menarikan lagu Mansae di hadapan Jihyun. Jihyun tergelak-gelak melihat Wonwoo. Nak kata Wonwoo berjenaka, tidak pula. Namjoon berganda-ganda lagi lawak walaupun dia belum sempat nak berlawak.

"Mansae tak sudah. Dari tadi lagi aku dok dengar perkataan tu sampai aku pun boleh hafal rentak lagu tu," bebel Namjoon. Ara mengangguk mengiakan Namjoon. Nampaknya Ara dan Namjoon telah pun seia sekata setelah mereka sudah pun menyesuaikan diri.

Wonwoo buat tidak endah dengan bebelan Namjoon. Mereka berempat pun berjalan menuju ke kafe untuk menikmati minum petang.

"Aku pergi beli minuman." Wonwoo meluru ke kaunter.

"Nak ikut!" Namjoon menawarkan diri untuk mengikut Wonwoo. Wonwoo menggulingkan matanya. Nasib baiklah Namjoon itu senior kepada Wonwoo. Mahu tak mahu, Wonwoo benarkan juga Namjoon mengikutinya.

Ara dan Jihyun mengambil tempat duduk yang paling strategik. Setelah mereka berdua duduk menghadap antara satu sama lain, kedua-duanya mendiamkan diri.

"Jihyun-ah, gwaenchanha?" soal Ara dengan risau. Sejak pagi tadi, Jihyun langsung tidak bercakap dengan Ara.

Jihyun mengangguk perlahan.

"Maaflah kalau kewujudan aku kat hidup engkau ni macam menyusahkan engkau. Tapi aku mohon sangat yang engkau tolonglah bercakap..."

Jihyun masih lagi mendiamkan diri, menganggap bahawa ini sajalah cara terbaik untuk mengelak daripada menjawab soalan Ara.

Ara mengeluh.

"Jihyun, engkau janji dengan aku yang engkau ada kat sisi aku... engkau akan jaga aku. Tapi aku tahu engkau tak mampu..."

Jihyun menjeling ke arah Ara. Ara pun tidak memandang Jihyun dan hanya memerhati Wonwoo dan Namjoon yang sedang bergaduh memesan minuman. Kedua-duanya mempunyai citarasa yang berbeza menyebabkan salah faham berlaku sehinggakan perkara kecil pun sukar diselesaikan.

"Choi Ji Hyun..."

"Hmmmm...." akhirnya Jihyun mula bersuara walaupun kurang jelas pada pendengaran Ara.

"Aku dah janji dengan diri aku sendiri yang... aku akan berada di sisi engkau walaupun engkau cuba nak jauhkan diri dari aku. Aku dah berjanji. Janji mana boleh dimungkiri, kan?"

Jihyun mengangkat kepalanya memandang Ara. Terkejut barangkali.

Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya janji.

"Aku dah anggap engkau lebih dari kawan. Engkau amat special bagi aku dan aku tak akan tinggalkan engkau."

Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya janji.

Saya janji.

Saya janji...

"V..."

"Hah?" Ara kebingungan. Ada apa dengan V?

"V?"

"Ya, kenapa?"

"Engkau... V?"

Ara tergelak kecil. "Macam mana engkau tahu tu? Aku selalu guna nama V masa aku kecil. Sekarang tak dah."

Jihyun tergamam.

Maksudnya... Orang yang paling Jihyun tunggu-tunggu... rupa-rupanya ada di hadapannya? Patutlah apabila Jihyun berhadapan dengan V di alam mimpi, situasinya sama seperti Jihyun berhadapan dengan Ara. Debarannya, degupan jantungnya... terlalu sama.

YEOJAWhere stories live. Discover now