CHAPTER 16

487 51 1
                                    

Waktu persekolahan pada hari ini telah pun tamat. Haih, aku pun tak tahu nak buat ayat apa lagi sebab tak ada idea sungguh ni. Hentam je la XD

Ara dan Jihyun berjalan beriringan menuju ke pintu sekolah sambil berbual kosong. Ketawa tak henti-henti. Mungkin Ara sedang berlawak ataupun masalah mental Jihyun. Patutlah Jihyun dicalonkan sebagai pesakit Hospital Bahagia pada tahun ini.

Sedang mereka berdua galak bersembang, seseorang dengan sengaja melanggar bahu Ara kuat menyebabkan Ara jatuh tersembab ke atas tanah. Jihyun terkejut lalu memandang seorang pelajar perempuan yang sedang ketawa melihat Ara.

Ara menyeringai kesakitan dan mendapati kesan luka di bahagian lututnya dan juga tapak tangannya.

Jihyun menjeling ke arah budak tersebut.

"Padanlah dengan muka engkau!" kata Sooyeon lalu pergi meninggalkan mereka berdua.

Ara menahan kesakitan apabila menyapu tanah-tanah yang terkena pada luka. Jihyun menjadi risau lalu mencapai tangan Ara untuk melihat cedera yang dialami Ara.

"Tak apalah. Tak teruk mana pun." Ara cuba menarik tangannya dari Jihyun namun, Jihyun tidak melepaskannya. Jihyun tertumpu lama ke arah tapak tangan milik Ara.

Memang tidak dinafikan, luka di bahagian tapak tangan dan lutut tidaklah teruk namun, bukan itu yang menarik perhatian Jihyun.

Jihyun mengarah Ara untuk membuka blazernya namun, Ara tetap berkeras. Dah tak ada cara lain, Jihyun menyinsing blazer Ara sehingga bawah siku lalu membuka butang kemeja. Disinsing lengan kemeja hingga atas.

Jihyun ternganga besar apabila melihat kesan yang lebih teruk berbanding luka yang dialami Ara kini. Terdapat kesan lebam dan berbirat-birat seperti disebat dengan rotan. Malahan, lebam itu seakan-akan masih baru.

"Kenapa..."

"Tak ada apa-apa!" Ara menarik kasar tangannya dari Jihyun lalu menarik semula bajunya. Dia membutangkan lengan bajunya sebelum menutupnya dengan lengan blazer.

Jihyun di sebelah tergamam.

"Tapi, Ara..."

"Kan aku dah cakap tak ada apa-apa..." Ara terhenti kata-katanya apbila terpandangkan seseorang yang berdiri di hadapan pintu utama sekolah. Jihyun turut memandang makhuk tersebut.

Ara menunduk kepala lalu menghampiri wanita itu.

"Eommonim..."

"Siapa yang buat sampai terluka ni?" Jiwon membelek tapak tangan Ara. Nasib baiklah darah tidak mengalir dengan banyak.

Jihyun menjadi serba salah melihatkan Jiwon yang sangat risau akan keadaan Ara. Jiwon selalu berpesan agar tiada sesiapa cuba mencederakan Ara tetapi tidak pula hari ni.

Jiwon mengusap lembut pipi anaknya seraya meleretkan senyuman.

"Tak apalah. Kita balik ya?"

"Eh, takpa la omma! Lagipun, Ara dah janji dengan Jihyun lepak kat kafe." Ara berdalih. Jiwon memandang Jihyun yang sedari tadi asyik mendiamkan diri.

"Kalau macam tu, Jihyun ikutlah balik rumah. Duduk kat rumah saja. Petang nanti omma hantarkan Jihyun ke rumah dia," cadang Jiwon.

Jihyun mengetap bibirnya, sedang mempertimbangkan cadangan Jiwon. Kalau diikutkan, dia ingin sahaja menolak pelawaan Jiwon tetapi dia tidak sampai hati untuk mengecewakan Puan Jang dan Ara.

Nak tak nak, Jihyun terima juga.

Jihyun dan Ara duduk di belakang manakala Jiwon duduk di sebelah pemandu. Kereta tersebut bergerak meninggalkan perkarangan sekolah menuju ke rumah Ara yang terletak agak jauh dari sekolah.

YEOJAWhere stories live. Discover now