EPILOG

870 65 54
                                    

Peel sambil layan lagu GFriend ROUGH ~ XP

*******

*******

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

2016

Tahun baru, iltizam baru, baju baharu, kasut baharu, semua baharu! Berharu-birulah jadinya.

Jihyun sudah bersiap-siap untuk ke sekolah. Pakaian seragam sekolah baharunya tersarung elok pada tubuh. Tali leher dibetulkan begitu juga dengan blazer yang disarungkan pada badannya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Jihyun keluar dari bilik menuju ke dapur. Kelihatan Puan Choi sedang menyediakan sarapan.

"Jihyun! Awal bangun!" Puan Choi memulakan bicara pada pagi itu. Jihyun tersengih lebar lalu duduk di meja makan diikuti Puan Choi. Mereka berdua sarapan bersama-sama.

"Omma hantar Jihyun ke sekolah baru ya?" pelawa Puan Choi.

Jihyun menggeleng laju. "Tak apalah, omma. Jihyun boleh buat sendiri."

"Betul ni?"

Jihyun mengangguk. Setelah menghabiskan sarapannya, dia menghampiri Puan Choi lalu mencium pipi ommanya.

"Anyeong omma!" Jihyun melambaikan tangannya dan meninggalkan rumah. Puan Choi tergelak kecil.

Jihyun berjalan menuju ke perhentian bas dan menanti kedatangan bas. Dalam lima minit, bas yang dinantikan sudah tiba. Jihyun masuk ke dalam bas dan bas pun bertolak menuju ke stesen yang seterusnya. Jihyun mengelamun memandang ke luar tingkap.

Bagaimanalah agaknya di sekolah baru nanti? Mungkinkah akan dapat kawan baru?

Sepuluh minit perjalanan, akhirnya bas tiba ke perhentian yang seterusnya. Jihyun turun dari bas menuju ke sekolah barunya. Kelihatan pelajar-pelajar sekolah itu berpusu masuk ke sekolah memandangkan persekolahan bakal bermula dalam beberapa minit sahaja lagi.

Jihyun meluru ke pejabat dan bertemu dengan guru kelas barunya, Puan Dong.

"Choi Ji Hyun, dari XXX High School. Hmmm... keputusan ujian akhir tahun kamu sangat baik," puji Puan Dong lalu membelek fail milik Jihyun. Jihyun hanya memerhati Puan Dong yang sedang mengumam entah apa-apa.

"Saya suka pencapaian kamu. Kalau ada pertandingan apa-apa berkaitan akademik, bolehlah saya calonkan kamu."

"Hihihi, terima kasih saem." Jihyun menunduk hormat.

Puan Dong melirik jam tangan di pergelangan tangannya. "Jihyun, saya sebenarnya sibuk sekarang dan perlu menghadiri mesyuarat guru selepas ini. Tak apa ke pergi seorang diri ke kelas?"

Jihyun mengetap bibirnya.

Dia sudah tahu kelas barunya setelah ditunjukkan oleh guru yang bertugas pada hari semalam iaitu hari pendaftarannya namun, baru hari ini dia ingin melaporkan dirinya. Bukannya tak mahu pergi tetapi tak berani untuk berhadapan dengan kawan-kawan barunya.

YEOJAWhere stories live. Discover now