Jihyun berjalan ke hulu dan ke hilir di ruang tamu sambil merenung jam pada dinding. Jarum pendek sudah menghala ke angka 11 manakala jarum panjang pula mengena angka 12 menandakan waktu kini sudah 11.00 malam. Walau bagaimapun, Puan Choi masih lagi tidak menunjukkan batang hidungnya.
Jihyun menjadi gusar kerana ibunya masih belum pulang padahal waktu sekarang sudah lewat. Entahlah ke mana Puan Choi pergi sehingga tidak tahu jalan pulang ke rumah.
"Omma! Lama lagi ke?" omel Jihyun lalu duduk di atas sofa. Dia menyandarkan tubuhnya dan memejamkan matanya erat.
Saranghae... Kim Tae Hyung
Mata Jihyun terbuntang luas. Tiba-tiba sahaja dia teringatkan kejadian petang tadi.
Aku confess cinta aku kat dia tapi dia tak cakap apa-apa pun.
Tak ke rasa situasi ni seperti
Bertepuk sebelah tangan?
"Wargh! Malunya!" Jihyun menekup kedua-dua belah pipinya yang kian merah. Jantung pun dup dap dup dap tak tentu hala dan terasa ingin berguling di atas karpet kesayangan ibunya.
"Huhuhu... malunya... kenapa aku luahkan cinta kat dia?" Jihyun monolog tak tentu hala. Dia membenamkan wajahnya ke sofa dan melompat-lompat. Kemudian, dia membuat lompat katak setinggi yang mungkin.
Ohohoho, tolonglah buang rasa malu itu. Aku dah cukup malu.
Begitu juga dengan author yang blushing tak tentu hala XD.
Ting! Tong!
Jihyun mengangkat kepalanya daripada terus menggigit sofa kesayangan ibunya.
"Omma!" Jihyun menghampiri pintu rumahnya dan ingin sahaja memulas tombol pintu tersebut. Walau bagaimanapun, niatnya terus terhenti lalu dia berfikir sesuatu.
"Omma kan bawak kunci? Kenapa tak bukak je terus?" Jihyun mengetuk dagunya.
Dia menghampiri tingkap lalu menyelak langsir untuk melihat gerangan yang sedang berdiri di hadapan rumah. Kelihatan seorang manusia berpakaian serba hitam terpacak di hadapan pintu lalu mengetuk pintu, meminta penghuni rumah itu membukakan pintu untuknya.
Jihyun menjadi gelabah. Siapa pula yang datang ke rumahnya lewat malam ni?
Adakah... perogol bersiri???
Jihyun menjadi ketakutan. Dia terus berlari lintang-pukang menaiki tangga namun, niatnya terhenti apabila seseorang memanggil namanya. Jihyun menoleh ke beakang.
"Jihyun-ah, tolong bukak pintu ni..."
Kebaboom!!!
Tiba-tiba petir berdentum di luar sehingga guruh yang kuat hampir merobohkan rumahnya. Hujan pun turun dengan lebat.
Jihyun menggigit bibirnya.
Dia tak kenal siapa manusia di luar itu tetapi dia yakin bahawa memang ada seseorang yang inginkan bantuannya.
Jihyun menghampiri pintu rumahnya lalu menarik nafas dalam-dalam sebelum membukanya. Saat pintu terbuka, petir sekali lagi berdentum dan menghasilkan effect yang sangat menakutkan. Seakan-akan babak itu seperti cerita thriller yang pernah author tonton. Huhu, seram sangat.
"Huaarggghh!"
"Jihyun!"
Jihyun yang tadinya memejamkan mata terus mencelikkan matanya. Sungguh lama dia merenung wajah lelaki di hadapannya sehinggalah di dapat mengecam wajah lelaki itu.
Matanya terbuntang luas.
Adakah aku bermimpi?
Siapakah namja hensem di depan aku ini?
Oh my God...
"A... a... apa dah jadi kat engkau?" soal Jihyun sampai tergagap-gagap jadinya. Lelaki itu tidak membalas jawapan Jihyun. Dia masuk ke dalam rumah Jihyun lalu menutup pintu rumah tersebut.
"Boleh tak hari ni aku tumpang rumah engkau?" soal lelaki itu. Dia menanggalkan kot hujannya yang basah lalu menarik hoodie yang menutup kepalanya.
Jihyun masih lagi terkebil-kebil tidak percaya melihat namja di depannya.
Mata mereka bertaut, lama.
"Aku... aku..."
Jihyun menggaru belakang lehernya. "Err... aku... aku tahu ni mesti ada apa-apa. Engkau.. err..." Jihyun menjadi buntu. Selama ini dia sangat selesa berbual dengan lelaki itu tetap tidak pula kali ini. Tiba-tiba sahaja situasinya menjadi janggal.
"Err... Taehyung..."
Taehyung masih merenung Jihyun lama. Jihyun menjadi semakin janggal.
Eii... jangan tenung macam tu boleh tak. Segan ceq! XD
"Ma... macam ni. Engkau ikut aku." Jihyun menaiki tangga diikuti Taehyung di belakang. Mereka tiba di hadapan sebuah bilik.
Jihyun masuk ke dalam bilik itu lalu membuka suis lampu. Dia membuka almari pakaian dan mencari baju dan seluar. Kemudian, dia menyerahkan pakaian tersebut kepada Taehyung.
"Engkau pergi mandi, tukar baju. Lepas tu, engkau turun ya?" arah Jihyun. Dia segera meninggalkan bilik tersebut lalu sandar pada dinding. Dia mengibas wajahnya dengan telapak tangannya.
"Uhuhuhu... kenapa? Kenapa? Uhuhuhu..." Jihyun mula meroyan tahap siput bunting meneran. Dia melekapkan kedua-dua belah tangannya di pipi.
"Panasnya..." bisik Jihyun.
Jihyun menuruni tangga menuju ke ruang tamu lalu duduk di atas sofa sambil menunggu kepulangan Puan Choi.
Sepuluh minit kemudian, barulah pintu terkuak dan Puan Choi menjengulkan kepala di muka pintu. Puan Choi merenung pelik ke arah Jihyun yang masih belum tidur.
Jihyun melonjak dari sofa. Dia menerpa Puan Choi.
"Omma, kalau Jihyun cerita ni... omma mesti tak akan percaya."
"Apa dia? Engkau baru menang loteri ke?" teka Puan Choi acuh tak acuh.
"Tunggu kejap." Jihyun segera menaiki tangga dan memanggil nama seseorang. Tidak lama kemudian, Jihyun muncul bersama seorang lelaki yang berpakaian tidur.
Terkebil-kebil Puan Choi melihat jejaka muda di hadapannya. Sejak bila pula anaknya sudah pandai mencari teman sehidup semati ni? Sehinggalah Puan Choi menatap lama wajah jejaka itu, barulah dia mula mengecam.
"Kejap.. kamu... kamu...."
Jihyun mendekati Puan Choi lalu membisikkan sesuatu di telinga ibunya. Puan Choi mengangguk lemah sambil matanya tertancap ke arah lelaki muda di hadapannya.
"Taehyung?" ajuk Puan Choi. Jihyun mengangguk.
Puan Choi tersengih-sengih memandang Taehyung yang hanya membuat mimik muka blur. Mengantuk barangkali.
"Tae... Taehyung, kamu mesti penat. Kamu pergilah tidur kat bilik, ya?" ujar Puan Choi lembut.
"Err... gomawo saem!" Taehyung menunduk hormat lalu menaiki tangga. Jihyun baru sahaja ingin membontoti Taehyung tetapi pergerakannya dihalang oleh Puan Choi.
"Choi Ji Hyun, explain it now."
"Sekarang ke?"
Puan Choi mengangguk laju. Jihyun mencebik. "Alah, esok-esok je la. Jihyun mengantuk." Jihyun mula berlakon ingin melelapkan matanya tetapi Puan Choi tetap memaksa Jihyun menjelaskan perkara sebenar.
Mahu tak mahu, Jihyun menceritakan segala-galanya yang dia tahu kepada Puan Choi.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...