Si sulung mengetuk pintu bilik si bongsu.
"Bagi noona masuk, jebal. Jangan risau, omma tak ada. Omma pengsan sekarang ni."
Setelah dipujuk, barulah si bongsu berani membuka pintu. Lantas si sulung memeluk si bongsu erat. Air mata bercucuran membasahi pipi dua beradik itu.
"Noona tak akan biarkan adik mati. Itu janji noona," ucap si sulung dengan sebak. Si bongsu mengangguk.
"Adik, tolong noona tanam mayat appa?"
Si bongsu tergamam.
*******
Dengan segala kudrat yang ada, si sulung mengorek tanah di belakang rumah lalu meletakkan bungkusan plastik berwarna hitam yang diisi mayat appanya yang cincang ke dalam lubang. Kemudian, dia menanam semula dengan menimbunkan tanah ke dalam lubang. Si bongsu hanya memerhati perbuatan si sulung.
Si sulung memandang si bongsu.
Adik aku... kalau omma bangun, dia akan bunuh adik. Aku tak akan biarkan adik aku mati.
Si sulung menarik si bongsu ke biliknya. Mereka duduk di katil. Si sulung berfikir sejenak dan peru bertindak segera sebelum ommanya tersedar dari pengsan.
Setelah berfikir, si sulung sudah mendapat satu cara dan mungkin cara itu berkesan.
"Adik, maafkan noona kalau terpaksa buat macam ni tapi noona sangat sayang akan adik. Omma pun sayang adik. Cuma ini saja cara omma tak bunuh adik..." kata si sulung sambil memegang kedua-dua belah bahu si bongsu erat.
Si bongsu yang tidak faham apa-apa hanya mengangguk. Dia terlalu naif dan tidak tahu apa yang ingin dilakukan kakak kepadanya.
*******
Si sulung melekapkan kain basah di atas dahi Puan Kim. Dia beredar sebentar ke dapur untuk mengambil ubat. Setibanya di dalam kamar ibunya, dia terkejut melihat Puan Kim sudah sedar.
Puan Kim melihat sekeliling. "A... aku kat mana?"
"Omma ok kan?" pantas si sulung bertanyakan soalan kepada Puan Kim tanpa menjawab soalan Puan Kim tadi. Puan Kim tercengang.
"Ah... anak omma?"
Si sulung tergamam. Adakah disebakan Puan Kim terjatuh dari tangga, dia mengalami amnesia?
"Omma, ni anak omma."
Puan Kim mengukir senyuman. "Mestilah omma kenal kamu... tapi.." Puan Kim menjadi tidak keruan apabila terfikir anak bongsungnya.
"Aku takkan biarkan mana-mana lelaki tinggal di rumah ini... adik kamu... lelaki..." Puan Kim memegang dahinya. Kepalanya berdenyut-denyut. Puan Kim menyeringai kesakitan.
"Omma mana ada anak lelaki. Apa omma merepek ni?" Si sulung bersuara. Puan Kim tercengang. Disebabkan dia sudah mula melupakan banyak perkara, dia menjadi blur sehingga anak sendiri pun hampir terlupa. Mujurlah dia sudah tidak ingat tentang Encik Kim.
"Kejap ya omma? Areum panggilkan." Si sulung keluar dari bilik dan tidak lama selepas itu, si sulung kembali semula dan membawa bersama si bongsu.
Terkejut Puan Kim melihat si sulung bersama seorang budak perempuan berusia 10 tahun berpakaian gaun dengan mengukirkan senyuman kepadanya.
"Ini... siapa?" soal Puan Kim.
"Ini anak omma, Ara!" si sulung menarik lengan si bongsu untuk mendekati Puan Kim tetapi si bongsu seakan-akan takut menghampiri Puan Kim. Tambahan pula apabila dia teringatkan kejadian tadi.
"Sini, Ara. Omma tak marahkan kamu."
Nak tak nak, si bongsu menghampiri Puan Kim lalu duduk bersebelahan ibunya. Puan Kim memeluk si bongsu erat.
Si sulung melihat adiknya sayu. Kalau bukan disebabkan kejadian tadi, adiknya tidak seperti ini. Adiknya tak mungkin menjadi mangsa.
Kini, tiada lagi keluarga Kim. Yang ada sekarang hanyalah keluarga Jang kerana Kim dalam keluarga itu tidak lagi wujud.
*******
Selepas itu, si sulung dan si bongsu dipindahkan ke sekolah khas perempuan. Si sulung sudah selesa berada di sekolah barunya namun, tidak pula bagi si bongsu. Bertahun-tahun dia bersekolah di sekolah barunya dan bertahun-tahun juga dia disisihkan.
Apabila melangkah ke alam menengah, si bongsu dibuli dan juga dicemuh. Kawan pun tidak ada. Si sulung pula sudah habis persekolahan dan perlu menguruskan syarikat ibunya.
Semakin lama, si ibu menjadi tidak keruan. Fikirannya bercelaru. Moodnya tidak menentu. Sekiranya dia tertekan, dia akan mendera si bongsu. Namun, apabila mood dia baik, dia akan melayan si bongsu dengan baik.
Dan sebab itulah si bongsu tidak mahu dimanjakan oleh ibunya.
Satu hari, seorang pelajar perempuan bernama Chaelin muncul dan mengugut si bongsu untuk mendedahkan identiti sebenar. Dia ingin mendedahkan rahsia si bongsu tetapi menunggu masa yang sesuai. Dan selama menunggu masa itulah Chaelin membuli si bongsu sehingga pernah mencederakan si bongsu banyak kali. Namun, tidak pula si bongsu melawan.
Walau bagaimanapun, Chaelin tidak sempat memberitahu perkara sebenar kerana telah dibunuh kejam oleh pembunuh misteri dan sehingga kini kematian Chaelin menjadi misteri.
Sehari selepas berita kematian Chaelin, si bongsu dipindahkan ke sekolah lain. Namun, hidup si bongsu mula berubah apabila terjumpa dengan seorang gadis dan gadis itu ialah Choi Ji Hyun.
*******
End of flashback
Tergamam.
Terkejut.
Terkelu.
Terkebil-kebil.
Keseluruhannya, cerita yang disampaikan Ara mempunyai jalan cerita, konflik tetapi tiada peleraian.
Oksigen pun rasa seperti tidak dapat disedut pada ketika itu.
Jihyun ingin membuka mulut tetapi tidak mampu bersuara. Lidahnya tiba-tiba kelu. Bibirnya membeku.
"Eng... engkau... ah... k kau..."
Bibir Jihyun menggeletar.
Ara merenung tepat ke arah anak mata Jihyun.
Jantung Jihyun berdebar-debar.
"Si... si... siapa nama si bongsu tu?"
"Taehyung. Kim Tae Hyung."
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...