CHAPTER 31

442 47 25
                                    

"Omma!!!! Uwaaaa!!!!!" Jihyun menangis semahu-mahunya di pangkuan Puan Choi. Puan Choi menepuk lembut belakang Jihyun dengan muka tak rela. Haih, tak pasal-pasal aku kena pujuk anak perempuan aku ni.

"Kenapa mesti begini? Kenapa???" Tersedu-sedu Jihyun meluahkan perasaannya kepada ibunya.

Puan Choi meluat. Mana tidaknya? Balik saja dari sekolah, terus sahaja menerpa Puan Choi yang sedang mencuci pinggan. Siap minta didukung bawa ke bilik lagi! Tu mengada-ngada namanya. Hendak sahaja Puan Choi menghadiahkan kakinya kepada anaknya tetapi tidak kesampaian. Tiba-tiba sahaja rasa sedih melihat anaknya yang melalak seperti orang putus cinta.

"Apahal engkau ni? Cuba bagitahu omma." Puan Choi akhirnya bersuara setelah tiba gilirannya untuk berdialog mengikut skrip.

"Omma... Ara... bukan... Ara... Uwaaaa!!!!!" Jihyun menangis lagi kerana tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Puan Choi pelik. Kes budak ni menangis ada kaitan dengan Ara ke?

"Ara buat apa kat engkau? Bagitahu aku sekarang!" Puan Choi bersuara tegas. Jihyun menggeleng-geleng lalu mengesat hingus pada baju Puan Choi. Terjuih-juih lidah Puan Choi kegelian. Agak-agaklah mengesat lendir tu kat baju aku!

"Dia... Sebab... omma dialah... dia... Dia... uwaaaa!!!"

"Dah, aku pun malas dengar engkau cakap. Emo melebih! Pergi masuk bilik, mandi, siap-siap. Pastu turun bawah, kita makan malam sama-sama. Engkau lewat, aku habiskan lauk."

Jihyun mengeluh berat. Dengan lemah-longlai menuju ke biliknya.

*******

"Jihyun..."

Panggilan Puan Choi tidak diendahkan Jihyun. Puan Choi menjadi sayu melihat anaknya yang tidak lagi ceria seperti dahulu. Situasi Jihyun kini sama seperti setahun lalu selepas Jisoo mati. Mendiamkan diri sahaja sehingga keadaan menjadi terlalu janggal.

Jihyun hanya menyentuh makanannya tetapi tidak pula disuakan ke dalam mulutnya. Mungkin hilang selera makan ataupun dia sudah kenyang.

"Jihyun ok tak?" soal Puan Choi.

"Jihyun tak nak pergi sekolah esok."

"La, pasaipa pulak?" Tidak pasal-pasal loghat Utara keluar dari mulut Puan Choi. Dahlah soalannya yang sebelum ni tak terjawab, jawapan Jihyun menimbulkan lagi persoalan di dalam fikiran Puan Choi. Puan Choi pun malas hendak berteka-teki pada waktu makan malam ini.

"Jihyun... Jihyun nak berfikir..."

"Berfikir tentang hala tuju ke?"

"Lebih kurang."

Puan Choi mencebik. Budak ni jawab memang tak pernah nak serius walaupun dia sedang serius.

"Suka hati engkaulah. Tapi, engkau kena bagitahu sendirilah kat pengetua alasan engkau tak datang sekolah," balas Puan Choi selamba. Dia pun malas hendak melayan anaknya yang tidak mahu berkongsi cerita dengannya.

"Jihyun jawab je la apa-apa pun asalkan Jihyun tak mahu datang sekolah esok." Jihyun bangun lalu meninggalkan meja makan. Dia meluru ke bilik dan langsung tidak keluar kerana ingin mengambil waktu untuk berfikir.

Puan Choi meletakkan chopstick di atas meja.

Mesti Ara tahu sebabnya...

*******

Jihyun baring di atas katil sambil memikirkan cerita Ara tadi.

Patutlah selama ini aku rasa lain bila berdepan dengan Ara...

Jantung aku tak berhenti berdegup terutamanya bila Ara pandang aku...

Jihyun memejamkan matanya lalu mengiringkan tubuhnya ke kanan.

YEOJAWhere stories live. Discover now