Pintu dibuka setelah penghuni sebuah bilik yang terletak di tingkat dua membenarkannya masuk. Areum menjenguk ke sekitar bilik dan kemudian, tertancap ke arah manusia yang sedang menyiapkan kerja sekolah.
"Ara. Jom turun, makan. Eommonim dah panggil tu."
"Kejap lagi ya?"
Areum mengangguk lalu kembali menutup pintu bilik rapat. Ara mengeluh. Setelah dia menghabiskan satu muka surat, dia menutup buku latihan tersebut lalu turun ke bawah.
Kelihatan Areum dan ommanya, Jiwon sudah pun berada di meja makan dan menanti kehadiran anak bongsu iaitu Ara. Ara mengambil tempat biasanya, di sebelah Jiwon.
Mereka bertiga pun makan dan turut berbual. Namun, Ara tidak mencampur urusan kakak dan ibunya kerana urusan yang dibincangkan melibatkan urusan bisnes mereka. Lagipun, Ara kurang menggemari akan topik yang dibicarakan.
Topik pun bertukar. Kini, tumpuan Jiwon kepada Ara.
"Macam mana sekolah ni? Ok?"
Ara mengangguk sambil mengunyah makanannya perlahan-lahan. Entahlah kenapa seleranya agak kurang pada hari ini padahal hari-hari sebelumnya dia bantai saja makan masuk ke dalam perut asalkan perut kenyang. Maka, hati pun senang!
"Ok eommonim. Ara pun dah biasa kat sekolah tu..." jawab Ara tergagap-gagap.
Jiwon mengukirkan senyuman segaris lalu dibelai lembut kepala Ara.
"Nasib baiklah anak omma cakap macam tu. Lega hati..." balas Jiwon.
Areum yang duduk di hadapan Jiwon menjadi serba salah. Dia sempat menjeling ke arah Ara yang dari tadi menundukkan kepalanya.
Kalaulah Jiwon tahu perkara sebenar, bukan sahaja Ara bahkan Areum sendiri turut menjadi mangsa.
Jiwon pun berbual-bual bersama Ara namun, Ara pula seperti mahu tidak mahu menjawab soalan Jiwon. Tambah-tambah pula apabila Jiwon bertanyakan soalan mengenai kawan baru Ara.
"Siapa nama budak tu?" soal Jiwon.
"Err... Choi Ji Hyun?" jawab Ara.
"Omma tengok dia macam ok. Nampak baik je. Comel pulak tu. Omma suka dia dan harap-harap dia boleh jaga anak omma dengan baik..." ujar Jiwon lalu menyuakan makanan ke dalam mulutnya.
Ara dan Areum menghela nafas lega serentak. Nasib baiklah Jiwon tak terfikir untuk mengapa-apakan Jihyun. Lagipun, Jihyun tak bersalah dan tak ada kaitan soal ini.
Akhirnya, meja kembali sunyi. Mereka pun menghabiskan segala lauk yang dihidangkan oleh pembantu rumah.
Mari author cerita serba sedikit mengenai keluarga Jang.
Jang Ji Won merupakan seorang usahawan yang berjaya namun, kurang menjebakkan diri dalam sosial. Walaupun dia yang mengusahakan syarikatnya, Areum yang menguruskan segala urusan syarikat kerana Areum tahu yang Jiwon tidak suka bersosial bersama masyarakat sekeliling. Malahan, jiran-jiran pun Jiwon tidak pernah tegur semenjak berlakunya satu kejadian yang terlalu lama untuk diungkit.
Di sebuah rumah agam yang terletak di atas bukit itu dihuni oleh tiga orang iaitu Jang Ji Won bersama anak-anaknya, Jang A Reum si sulung dan Jang A Ra si bongsu. Jarak umur mereka beradik hanyalah empat tahun. Selepas Areum tamat persekolahan, terus Areum menguruskan syarikat tersebut yang dahulunya diuruskan oleh arwah bapanya.
Disebabkan Jiwon anti sosial, dia langsung tidak mahu Ara bergaul dengan sesiapa terutamanya budak lelaki. Betapa sayangnya Jiwon terhadap Ara sehinggakan ingin mengawasi Ara 24 jam. Jiwon turut mengupah dua orang pengawal peribadi untuk memantau Ara dari jarak jauh dan sekiranya Ara melakukan kesalahan, hukuman menimpanya. Bukan hukuman yang ringan walaupun kesalahan yang dibuat hanyalah kecil.
Dan disebabkan itulah Ara tidak mempunyai kawan di mana-mana sekolah yang pernah dia belajar. Dahulu, sebelum bapanya meninggal, Ara mempunyai ramai kawan. Selepas bapanya meninggalkannya, Ara dipindahkan ke sekolah khas untuk perempuan namun, jarang bergaul dengan mereka sehingga pelajar-pelajar sekolah menganggap dia pelik.
Hanya kerana ommanya, Ara disisihkan. Namun, tiada gunanya lagi untuk Ara menyalahkan ommanya.
Dia tahu Jiwon terlalu menyayanginya cuma kasih sayang yang diberikan tidak kena dan Ara menganggap bahawa Jiwon tidak seperti mana-mana ibu di atas muka bumi ini.
Bosan? Tak payah baca chapter ni. Vote pun dah cukup. Pergi masuk bab lain XD
Berhenti seketika slot merungkaikan salasilah keluarga Jang. Kita kembali selepas iklan ini.
Iklan ubat gigi KoGatal
*******
Ara masuk ke dalam bilik dengan wajah yang hampa. Dia baring di atas katil lalu memandang siling. Fikirannya melayang jauh entah ke mana.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya apabila teringatkan Jihyun. Perlahan-lahan dia tersenyum saat terbayangkan muka comel gadis itu. Sehingga kini, Ara terbayangkan Jihyun yang sedang mengukirkan senyuman ke arahnya.
Pada mulanya, Ara jangka bahawa Jihyun seorang yang suka mendiamkan diri dan tidak mahu berbual dengan kawan-kawan kelasnya. Namun begitu, tanggapan Ara salah sama sekali. Jihyun sebenarnya seorang yang pemalu dan lebih suka sekiranya orang yang menegurnya.
Setakat ini, Ara lebih selesa untuk berkawan dengan Jihyun dan Jihyun satu-satunya perempuan yang Ara ingin rapat.
Ara membuka senarai contact dan menatap nombor yang terpampang pada skrin telefon bimbitnya.
Jihyun dan Ara saling bertukar nombor dan telah bercadang untuk menghantar mesej malam ini. Jam menunjukkan pukul 9 malam tetapi Jihyun langsung tidak membalas apa-apa mesej.
Setelah berfikir sejenak, Ara bertekad untuk memulakan perbualan.
Ara: Anyeong!
Mesejnya dibalas.
Jihyun: Anyeong! Dah makan dah ke?
Ara: Dah. Kenyang dah pun. Kau?
Jihyun: Aku pun baru je sumbat dua mangkuk nasi dalam perut. Omma aku masak sedap hari ni.
Mereka pun saling menghantar mesej sehingga larut malam. Tanpa disedari, mereka saling menghantar mesej selama dua jam. Mengalahkan pasangan kekasih pula.
Jihyun: Aigoo dah lewat dah ni. Mengantuk ni.
Ara: Yalah. Jumpa esok?
Jihyun: Eh, mestilah! Oklah. Anyeong!
Jihyun pun tersengih-sengih apabila mesejnya dibalas oleh Ara.
Ara: Gudnite! Sleep tight!
Jihyun tergelak kecil lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Dia menutup lampu meja menjadikan bilik tadi yang tadinya cerah menjadi gelap. Jihyun cuba memejamkan matanya yang semakin kuyu dan akhirnya, matanya terpejam dan dengkuran halus memenuhi seluruh ruang bilik menandakan Sleeping Beauty dah tidur.
Semoga hari esok hari yang indah baginya.
Tapi author tetap tak menjamin apa-apa. XD
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...