CHAPTER 20

441 44 8
                                    

Kematian Sooyeon menjadi berita terhangat di sekolah. Kehilangan seorang warga sekolah menyebabkan semua orang berduka. Kehilangannya anak murid kepada Puan Choi menyebabkan anak-anak murid di dalam kelas Puan Choi tidak berkata-kata apa dan langsung tidak membuat bising seperti sebelum ini.

Puan Choi mengeluh. Dia sendiri pun tidak mampu mengajar anak-anak muridnya. Ditenung lama sebuah meja di sebelah Hyori yang kosong.

"Se... Semua buka buku teks muka surat 67. Kita akan sambung topik semalam." Puan Choi memulakan bicara. Semua pelajar di dalam kelas hanya menurut perintah.

Jaekyung menoleh ke belakang memandang Hyori yang sememangnya tidak bercakap. Namun, tiada pula reaksi bahwa dia kisah akan pemergian Hyori. Riak wajah Hyori menimbulkan kehairanan. Hyori dan Sooyeon rapat tetapi mengapa Hyori seperti tidak kisah akan Sooyeon setelah Sooyeon pergi buat selama-lamanya di alam sana?

"Hyori, gwaenchanha?" soal Jaekyung kepada Hyori. Hyori memandang wajah Jaekyung seraya menjongket bahu. Dia menumpukan semula perhatiannya ke arah Puan Choi yang sedang menulis sesuatu di atas papan hitam.

Masa pantas berlalu dan tibalah waktu rehat. Jaekyung dan Hyori berehat bersama rakan-rakan yang lain namun, mereka hanya berbual berdua sahaja dan tidak bergaul dengan rakan-rakan lain. Jaekyung memulakan topik perbualan mereka.

"Hyori. Apasal aku tengok engkau... macam tak kisah je Sooyeon mati?"

Hyori meleretkan senyuman menyenget. Sudu di tangan kanannya menggaul nasi sambil termenung akan sesuatu.

Jaekyung menjadi risau. Takkanlah Hyori dah tak mempunyai hala tuju selepas ketiadaan Sooyeon?

"Aku kenyang ah." Hyori mengubah topik. Dia hanya merenung makanannya yang langsung tidak jamah. Sekadar disentuh sahaja. Jaekyung mengeluh lalu menyuapkan sesudu nasi bersama lauk ke dalam mulutnya.

Tanpa disedari, mereka berdua menjadi perhatian Ara yang kebetulan baru sahaja usai membeli roti. Ara mengetap bibirnya.

Kematian Sooyeon... dan mangsa sebelum ni... memang ada kaitan dengan aku – Ara.

*******

Seperti yang dijanjikan pagi tadi, Jihyun dan Ara berada di perpustakaan untuk melaksanakan projek mereka. Mereka mengambil tempat bersebelahan rak buku danagak terpencil. Jihyun duduk di salah satu kerusi bersebelahan rak manakala Ara pula mengambil tempat di sebelah Jihyun. Jihyun mencebik.

"Duduk je la kat depan aku. Mengada pulak duduk kat sebelah aku."

"Jangan banyak merungut boleh tak? Salah ke aku duduk sebelah engkau?" Ara muncungkan bibirnya. Kononnya nampak comellah padahal author naik jemu tengok Ara buat aegyo tak menjadi.

Jihyun tergelak kecil. Dia meluru ke rak bak dan mencari buku sebagai sumber rujukannya manakala Ara pula menulis sesuatu di atas kertas sebagai perancangan projek.

Setelah mencari buku, Jihyun duduk di mejanya dan membelek buku tersebut.

"Dalam buku ni ada banyak maklumat dan memang ada kaitan dengan projek kita. So, tak payahlah susah-susah kita kena pergi ke sana ke sini semata-mata nak siapkan projek ni," terang Jihyun. Wah, sejak bila pula Jihyun ni berfikiran terbuka?

Jihyun: Sejak aku berjumpa dengan hero di dalam mimpilah. Auwww!

Author & Ara: -_-"

Sepuluh minit telah pun berlalu. Ara pula semakin bosan dan ingin sahaja melelapkan mata. Tanpa disedari, Ara melentokkan kepalanya di atas bahu Jihyun dan memeluk pinggang Jihyun.

Ah, sudah! Dah melampau sampai nak peluk bagai.

Jihyun tidak mengendahkannya dan membiarkan sahaja Ara tidur di bahunya. Baru nampak sawit gituh!

Tidak lama kemudian, satu dialog di dalam skrip mula terngiang-ngiang di telinganya.

Aku tak suka lelaki.

Tak suka lelaki...

Lelaki...

Mata Jihyun terbeliak. Kebetulan, tangan Ara semakin naik ke atas dan hampir memeluk dadanya.

"Wargh! Don't touch ma bodeh!" Jihyun menunjal kepala Ara dengan jari telunjuknya dan tunjalannya menyedarkan Ara dari lenanya. Ara terpisat-pisat bangun lalu merenung wajah Jihyun dengan mata kuyu. Nasib baiklah air liur basi tak meleleh. Hew hew hew...

"Apa? Kenapa dengan Sistar?" soal Ara sambil menenyeh matanya.

Sistar? Kaitan?

"Haish, engkau tu jangan peluk akulah kalau nak tidur pun! Gelilah!" Jihyun menggoyangkan bahunya kononnya geli-geleman dengan Ara.

Ara tergelak kecil.

"Alah, nak peluk pun salah?"

"Tak boleh!"

"Habis tu? Engkau nak suruh aku buat apa?"

"Menari lagu Touch My Body."

"Aku bukan J-Hope!"

J-Hope: -_-"

Author: Hihihi XP

J-Hope: ...

Author: ...

J-Hope: ...

Author: Hai.

Dan bab ini ditamatkan dengan dukacitanya ~

YEOJAWhere stories live. Discover now