Jihyun baring di atas katil dengan wajah yang gembira. Sepanjang dia hidup, dia tak pernah rasa segembira ini. Terlalu bahagia.
Sejak kemunculan Ara, Jihyun tidak lagi keseorangan. Di mana-mana sahaja dia pergi, Ara akan sentiasa bersama. Berkepit saja.
Jihyun tersengih seorang diri.
Namun, mampukah persahabatan mereka berkekalan lama.
Senyuman Jihyun menjadi pudar. Dia mengeluh perlahan.
Boleh ke Ara menerima Jihyun seadanya? Dia bukanlah seperti mana-mana kawan yang pernah Ara jumpa. Hendak kata Jihyun ni peramah, tak pula. Malahan, lagi malu daripada kucing.
Jihyun mengiring tubuhnya ke kanan. Wajah Ara mula terbayang di minda.
Tidak dinafikan. Ara memang comel tapi bukannya cantik mana pun. Tapi, ramai lelaki nak kat dia. Muka pun tak adalah berapa asli. Pakai jugak bedak setebal 10 inci. Bibir merah menyala.
Agaknya kalau muka Ara nampak natural, mesti nampak cantik, getus hati Jihyun.
Eh, kejap! Apasal tiba-tiba aku pandai menilai rupa orang ni? Jihyun memejamkan, mencelikkan dan memejamkan matanya.
Hatinya berdegup kencang.
Terlalu berdebar.
Tidak pernah lagi Jihyun merasakan debaran seperti itu.
"Takkan aku suka Ara kut?" bisik Jihyun. Dia bangun dari katil lalu merenung ke arah dinding kosong.
Suka? Suka sebagai kawan saja pun...
*******
Hari semakin berlalu. Tanpa disedari, sudah sebulan Ara bersekolah di situ. Dan sebulan itulah, hubungan Ara dan Jihyun semakin akrab. Di mana-mana sahaja mereka pergi, muka dioranglah yang akan kelihatan. Tak adanya muka lain.
Jihyun bangun dan melihat jam dinding. Masih ada dua jam lagi sebelum sekolah bermula. Wuuu... awal jugak aku bangun ya?
Jihyun menuruni tangga dengan wajah mamai. Kakinya pantas ke dapur untuk meminum segelas air. Diteguknya air kosong itu dengan rakus.
Tiba-tiba, otaknya ligat berputar. Dah alang-alang bangun awal, tak salahkan buat sarapan pagi?
Sengihan lebar terukir di bibir Jihyun. Dia membuka peti sejuk dan melihat bahan-bahan yang telah dibelikan oleh Puan Choi. Idea sudah pun muncul.
.......................
Puan Choi menuju ke dapur setelah mandi dan membersihkan diri. Setibanya di dapur, Puan Choi hampir sahaja pitam melihat seorang manusia sedang bertungkus-lumus menyediakan makanan.
"Omma anyeong!" Jihyun membuat gaya peace sebelum menyambung melakukan kerjanya.
Puan Choi menghampiri anaknya dengan wajah yang hairan lagikan pelik. Sejak bila anak aku pandai masak ni?
"Jihyun-ah..."
"Omma, Jihyun dah buat sarapan tu. Pancake dengan sos karamel. Pergh! Sedap bak hang!" kata Jihyun sambil menjuihkan lidah dan menjilat bibirnya. Perutnya juga digosok menandakan Jihyun telah pun merasai makanan tersebut.
Puan Choi menghampiri meja makan lalu duduk di hadapan anaknya. Dia memerhati gerak-geri Jihyun yang sedang menyusun kimbap di dalam bekas. Buat bekalan.
"Wah, kimbap dengan kimchi! Sedapnya!"
"Hihihi... ni Jihyun ada buatkan juga untuk omma. Jadi omma tak perlu bersusah-payah beli makanan kat kantin. Makan saja yang ni. Lagi sedap!" Jihyun mengangkat ibu jarinya, menjamin bahawa kimbap buatannya sangat enak.
Puan Choi menjadi teruja. Dia mencapai sudu lalu disuapkan potongan pancake ke dalam mulut. Matanya turut terpejam erat, menikmati keenakan pancake itu.
"Woah, sedapnya! Tak sangka anak omma pandai masak."
"Biasalah. Macam tak tahu pula. Jihyun nak pergi mandi dulu ya?" Jihyun mengesat tangannya dengan kain sebelum berlalu meninggalkan dapur.
Puan Choi bersuara, "Nak omma hantarkan?"
"Tak payahlah. Jihyun boleh pergi sendiri. Nanti omma lambat!" balas Jihyun dari atas.
Puan Choi tersengih-sengih. Kemudian, dia terfikirkan sesuatu.
Sejak bila pula Jihyun menjadi rajin menyediakan makanan ni?
Mesti ada udang di sebalik batu...
*******
Ara memandang Jiwon.
Jiwon memandang Areum
Areum memandang ke hadapan.
Keseluruhannya, ketiga-tiga beranak itu mendiamkan diri. Semua tidak mahu bersuara.
Areum memandu kereta sehinggalah tiba ke perkarangan sekolah. Ara mengukir senyuman ke arah Jiwon lalu memeluk ibunya, seperti biasa. Jiwon turut membalas senyuman lalu membelai rambut anaknya.
"Ingat tau, Ara? Kalau ada sesiapa sahaja yang cuba mencederakan Ara, omma takkan lepaskannya," ucap Jiwon dan melepaskan pelukannya. Ara mengeluh perlahan. Dia tidak lagi memandang wajah ommanya.
Areum menoleh ke belakang melihat drama sepuluh saat yang dilakonkan oleh Jiwon dan Ara. Areum sedaya-upaya mengukir senyuman.
"Ara... pergi sekolah dulu." Ara keluar dari perut kereta dan masuk ke kawasan sekolah. Jiwon menyandarkan tubuhnya pada kerusi sambil memejamkan matanya. Areum menumpukan semula kepada pemanduannya dan memandu kereta pacuan empat roda itu menuju ke bandar.
"Omma... tak patut buat macam tu, kan?" soal Jiwon kepada Areum.
Areum tidak menjawab soalan Jiwon dan membiarkan sahaja soalan itu tergantung.
Bukan sekali, omma. Banyak kali. Banyak kali omma menyakiti Ara. Sampai bila lagi Ara mampu bertahan?
"Benda yang lepas tak perlulah kenang," ujar Areum.
Jiwon mencelikkan matanya.
"Benda yang lepas? Omma dah lama lupakan benda tu tapi Areum ungkitkan?"
"Masalahnya perlu ke omma tempiaskan sakit hati omma kat Ara? Sedangkan Ara tak bersalah. Hanya kerana dia bersama lelaki, omma marah tak tentu hala. Omma hukum dia. Padahal Ara tak pernah pun berniat untuk berkawan dengan diorang. Tapi, diorang tu yang cuba nak dekat dengan Ara. Biasalah, lelaki..." jelas Areum dengan panjang lebar.
Itulah masalah yang dihadapi Jiwon. Selalu sahaja menghukum tanpa usul periksa. Akhirnya, Ara yang menanggung akibatnya.
"Omma terima sajalah Ara seadanya..."
"Maksud kamu?"
Areum mengeluh. Dia tidak lagi bersuara dan keadaan di dalam kereta menjadi sunyi. Jiwon pula merenung ke luar tingkap sambil memerhati pelbagai jenis kenderaan yang lalu-lintas di atas jalan raya.
"Omma sayangkan Ara."
"Ya, Areum tau. Tapi, seperti yang Areum cakap. Terima Ara seadanya. Omma tu dalam hati berialah kata sayang kat Ara tetapi omma tetap menyeksanya sebab omma tak boleh terima hakikat."
Areum berhenti berkata-kata dan berfikir sejenak.
Macam mana kalau rahsia terbongkar?
Rahsia terbongkar... Areum dan Ara berkemungkinan dalam bahaya!
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...