CHAPTER 27

410 45 1
                                    

Krup! Krap! Krup! Krap!

Bertukar!

Hiyargh!

Roar!!!

"Ya! Ultraman! Serang dia!" Jihyun melonjak-lonjak sambil melompat katak. Tidak pasal-pasal mulutnya yang dipenuhi dengan kerepek bersembur keluar. Puan Choi yang baru sahaja turun tangga menggeleng. Bertuah betul dapat anak macam ni.

"Woi, tak nak pergi sekolah ke?"

"Kejaplah, omma. Ultraman Zero tengah lawan raksasa tu. Woah!" Ternganga mulut Jihyun melihat Ultraman Zero mengeluarkan kuasanya untuk menyerang penjahat. Mungkin Jihyun tidak pernah lagi melihat kuasa itu sepanjang dia menonton cerita kanak-kanak yang popular di Jepun iaitu Ultraman Zero The Chronicles.

Setelah cerita tamat, Jihyun mengesat air matanya. "Sungguh indah cerita itu."

"Propa ah engkau. Cepat pergi ke sekolah sebelum aku tendang engkau!" Puan Choi menunding jari ke arah pintu seakan-akan menghalau anak perempuannya. Jihyun mencebik. Dia menggalas beg sekolahnya lalu beredar meninggalkan rumah sambil diperhati Puan Choi.

Puan Choi tersengih-sengih. Dia memang suka jadi omma. Ditambah pula dapat anak annoying begini. -_-"

*******

Suara sumbang dan cacian masih jelas kedengaran pada pendengaran Ara. Biasalah, mulut orang memang susah nak tutup. Ara pun dah lali jadi dia biarkan sahaja mereka mengutuk Ara sepuas-puasnya. Dah terlalu bosan. Samalah seperti author yang menghasilkan jalan cerita membosankan sampai ke tahap menguap tak henti-henti. Hambar ke? Boleh blah dari ff ni tapi jangan lupa tolong vote kan. XP

Belum setapak kaki Ara menjejakkan kelas, matanya tertancap ke arah pasangan 'kekasih' berdiri di hadapan kelas sambil berbualkan sesuatu.

Jeles? Memang jelas mak oi. Rasa panas je.

Jihyun tersengih-sengih manakala Wonwoo yang berdiri di hadapannya menggosok belakang leher. Pertemuan yang agak janggal menyebalkan Ara. Kerana terlalu sakit hati, Ara terus masuk ke dalam kelas tanpa melihat langsung pasangan kekasih berasmara.

"Lama betul dating. Huhuhu, panasnya..." Ara mengibaskan dirinya dengan tangan kanan. Jelingannya ditajamkan ke arah pasangan itu.

"Biru ke pink?" soal Wonwoo kepada Jihyun. Jihyun mengetuk dagunya.

"Pink."

Wonwoo menyerahkan sesuatu kepada Jihyun lalu berkata, "Pakai tau?"

"Hihihi, ok." Jihyun tersengih hingga ke telinga.

Ara semakin sebal. Suara pun boleh dengar sampai satu sekolah. Tak boleh ke perlahan sedikit volume tu. Kalau boleh, mute terus. Kan senang?

Tidak lama kemudian, Jihyun dan Wonwoo masuk ke dalam kelas lalu duduk di tempat masing-masing. Wonwoo bersama rakan-rakannya manakala Jihyun pula duduk bersebelahan Ara.

"Lama sampai?" soal Jihyun. Ara membalas senyuman itu dan kemudian, matanya tertumpu ke arah sesuatu yang berada di genggaman Jihyun.

"Apa tu?" soal Ara sambil jarinya menunding ke arah tangan Jihyun. Jihyun pun menjawab, "Jam tangan. Wonwoo bagi."

"Kejap, Wonwoo pun ada satu lagi jam sama macam ni jugak ke?"

Jihyun mengangguk. "Haah, warna biru."

Ara tergamam. Maksudnya... Ini bermakna...

"Couple item?"

"Err... couple what?"

"Weh, Wonwoo ajak engkau kapel ke?" soal Ara dengan nada serius. Jihyun tercengang. Melihatkan riak wajah Ara, dia seperti...

C E M B U R U ???

Cemburu sebab Wonwoo tak bagi jam kepada Ara ke?

Jihyun tersenyum sinis. "Jeles cakaplah."

"No, I'm not!" Ara cuba menafikannya tetapi riak wajahnya memang boleh tahu dan Jihyun menyedarinya.

"Engkau suka... Wonwoo ke?"

Ara buat-buat muntah. "Suka Wonwoo??? Euuwwww, he's not my type."

Author: Poyo punya Ara. Engkau kutuk Wonwoo aku?

Ara: Suka hatilah.

"Habis tu? Kenapa perlu C to the E to the M to the B to the U R U ?"

Ara mengeluh. Dia merenung tepat ke arah anak mata Jihyun.

Sebab... aku suka...

*******

"Jihyun!"

Jihyun menoleh memandang Ara. Ara baru sahaja pulang dari kantin setelah membeli makanan kepada Jihyun dan juga untuknya. Jihyun tersengih-sengih lalu mengambil roti coklat kegemarannya dari tangan Ara.

"Denda tu tak siap lagi ke?" soal Ara kepada Jihyun.

Jihyun menggeleng lemah. "Dah 100 muka surat! Huhuhu... satu pencapaian yang sangat baik." Jihyun merenung lama buku latihan setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Haih, rasanya sampai bila-bilalah buku latihan itu menjadi teman sejatinya. Agaknya tiga bulan lagi belum tentu buku itu akan habis disiapkan. Encik Ha pula tidak henti-henti mengugut.

"Ara-ssi, petang nanti kita lepak kat gelanggang boleh tak? Itupun kalau engkau free."

Ara berfikir sejenak.

"Boleh jugak. Aku pun malas nak balik rumah."

Jihyun tersengih-sengih.

Huhuhu, maafkan aku Ara. *gelak jahat* Ahaks ahaks!

*******

"Jihyun, busy tak hari ni?" soal Wonwoo. Jihyun dan Ara yang baru sahaja ingin keluar dari kelas berhenti. Mereka berdua memandang Wonwoo yang sedang terpacak di hadapan pintu kelas.

"Err... saya..."

"Dia janji dengan aku keluar dating sama-sama," sampuk Ara lalu menghadiahkan jelingan terhadap Wonwoo.

Mulut Wonwoo membulat berbentuk 'O'.... Eh?

"Dating?" berkerut-kerut dahi Wonwoo memandang Ara yang hampir sama tinggi dengan Wonwoo dan beza ketinggian mereka adalah 2cm. (Yakah? Aku pun x tau tinggi Wonwoo. Kasi hentam ah)

Itupun nak berkira author ni XP.

"Haah, ada masalah?" Ara dengan riak selambanya. Wonwoo menggaru belakang lehernya.

"Hihi, tak apalah. Jihyun, hari lain kita keluar sama-sama ya?"

"Baguslah, jangan lupa ajak aku sekali." Sekali lagi Ara sampuk. Wonwoo mengeluh. Nak tak nak, terpaksalah juga dia mengajak gadis banyak mulut itu. Wonwoo pun berlalu meninggalkan Jihyun dan Wonwoo.

Jihyun tersenyum seorang sendiri dan tidak menyedari bahawa seseorang sedang menjeling tajam ke arahnya.

"Engkau suka budak tu?" soal Ara, serius.

Jihyun hanya mendiamkan diri. Dia menjongket bahunya.

"Entahlah, aku anggap dia macam kawan sekelas je."

Ara mengetap bibirnya.

Sejak kebelakangan ini, Wonwoo seperti rapat dengan Jihyun sehinggakan Ara cemburu kerana kurangnya perhatian daripada Jihyun.

Yakah? Author tak nampak pun. Dah sahlah kes cemburu ni.

Ara: Author! Duduk diam-diam.

Author: Selama ni aku taip berjalan ke?

YEOJAWhere stories live. Discover now