Jihyun tertunduk kepalanya sambil mengangkat tangannya ke atas. Disebabkan dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya, dia didenda berdiri di belakang kelas dan mengangkat tangan sepanjang subjek yang diajarkan Puan Choi berjalan.
Mulutnya pula dimuncungkan gaya penguin. Takkanlah tak siap satu soalan, dia dikenakan denda sebegini? Sungguh tak adil! Haih, kalaulah Jihyun mampu bersuara, ingin sahaja dia membuat mogok di hadapan sekolah terhadap apa yang dilakukan Puan Choi ke atas anak murid kesayangannya.
Perasan betul Jihyun ni.
Jihyun mengomel entah apa-apa dan tanpa disedari, dia menjadi perhatian Puan Choi. Namun, Puan Choi tidak endahkan gadis itu dan teruskan pengajarannya. Dia tahu bahawa Jihyun tidak puas hati akan denda yang diberikan tapi siapa yang kisah? Lantak akulah nak buat macam mana cerita ni.
"Jangan lupa untuk siapkan kerja sekolah ini dan perlu dihantar minggu hadapan dan juga pasal projek tu, saya akan agihkan kumpulan. Satu kumpulan, dua orang. Jadi, ada sesiapa yang ingin membuat bantahan? Tak ada. Baiklah, sekian."
Seorang pelajar lelaki baru sahaja mengangkat tangannya mengomel. Eh, Puan Choi ni! Choih!
"Jihyun, ikut saya ke pejabat. Sekarang!"
Jihyun menurunkan tangannya lalu keluar dari kelas. Pada masa itu, dirinya menjadi perhatian Wonwoo. Wonwoo memerhati Jihyun sehinggalah Jihyun keluar dari kelas.
Jihyun mengikut Puan Choi dari belakang menuju ke bilik guru. Setibanya di sana, Puan Choi duduk di tempatnya lalu mengarahkan Jihyun berdiri di hadapannya. Terkebil-kebil Jihyun memandang Puan Choi yang sedang tercari-cari akan sesuatu.
"Nah, hadiahnya!"
Jihyun mengerang kesakitan apabila dihadiahkan penangan rotan Puan Choi di bahagian punggung. Dahlah kuat! Nasib baiklah skirtnya tebal dan rasa kesakitannya pula agak kurang.
"Itu denda sebab tak siapkan kerja sekolah saya," ucap Puan Choi lalu menyimpan rotannya di tepi meja. Jihyun memuncungkan bibirnya. Tak adil betul! Satu soalan je pun dan soalan tu pun agak susah bagi Jihyun menyebabkan Jihyun terpaksa meninggalkan soalan itu dan menjawab soalan lain yang lebih senang.
"Kan saya dah pesan? Kalau tak tahu, tanya!"
"Hish, cikgu ni! Marah orang pulak!" omel Jihyun.
Puan Choi mengambil semula rotannya dan merotan bahagian paha. Jihyun menyeringai.
"Puan Choi!"
"Melawan lagi cakap saya!" Puan Choi tersengih jahat lalu menyimpan semula rotannya di satu sudut.
Puan Choi memerhati sekeliling dan mendapati hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik guru. Dia kembali memandang Jihyun yang sedang memuncungkan bibirnya kononnya bibirnya mugil seperti Angelina Jolie.
"Kalau buat mulut macam ni, omma sumbat mulut Jihyun dengan wasabi!"
"Omma tu yang tak adil. Satu soalan ja pun yang tinggal."
"Macamlah tak boleh tanya omma kat rumah." Puan Choi mengemas buku-buku yang berselerak di atas mejanya lalu disimpan di dalam rak.
"Omma pun satu. Tak nak kejutkan Jihyun bangun pagi. Lepas tu, boleh pula tak buat sarapan untuk Jihyun. Lapar tau?"
"Banyak bebel pulak budak bertuah ni. Aku lepuk satgi. Jihyun dah besar dan Jihyun sepatutnya boleh buat semuanya sendiri tanpa mengharapkan omma."
"Omma!"
"Dah, Choi Ji Hyun! Masuk ke kelas."
Jihyun mengeluh. Dia pun berlalu meninggalkan bilik guru dengan perasaan yang hampa.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...