CHAPTER 45

471 43 13
                                    

Sabun di bilik mandi... sabun...

*******

Langit yang tadinya cerah membiru kini bertukar mendung menandakan hujan bakal turun bila-bila masa sahaja. Kebanyakan manusia menganggap bahawa hujan mengganggu pergerakan mereka dalam bekerja dan melalukan aktiviti tetapi manusia tidak tahu bahawa hujan membawa rahmat yang tidak terhingga.

Taehyung berjalan melalui kaki lama menuju ke sebuah rumah banglo yang terletak di atas bukit. Kawasan itu sangat sunyi seperti di tanah perkuburan tetapi Taehyung tidak menghiraukannya. Dia sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.

Sedang Taehyung mengelamun, dirinya diperhati seseorang.

Taehyung berdiri terpacak di hadapan pintu pagar rumah banglo itu. Tangannya pula tiba-tiba sahaja terketar. Jujur, dia tidak berani berhadapan dengan ommanya tika ini. Dia perlukan lebih masa untuk berani berhadapan Jiwon.

Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya. Dia membuka pintu pagar yang didapati tidak berkunci lalu berjalan menuju ke muka pintu yang terbuka luas seakan-akan memberi ruang untuknya masuk ke dalam rumah. Taehyung masih ragu-ragu untuk menjejakkan kaki ke dalam rumah itu tetapi dia menggagahkan dirinya jua.

Saat setapak kakinya melangkah ke dalam rumah banglo itu, suasana menjadi berbeza. Dia seperti baru menjejakkan ke rumah itu padahal dia baru sahaja meninggalkan rumah itu tidak sampai sehari.

Rumah banglo itu sangat sunyi. Langsir pun tertutup dan tiada satu pun cahaya yang menerangi rumah itu menyebabkan ruang itu sangat gelap.

Taehyung berjalan dan berjalan sehinggalah dia berhenti mendadak saat sebuah kerusi yang membelakanginya tiba-tiba bergerak.

Taehyung terundur sedikit ke belakang.

"Eom... eommonim?"

Hilaian ketawa memenuhi segenap ruang tamu dan berjaya meremangkan Taehyung. Sudah seperti berada di dalam babak filem thriller dan menanti dirinya untuk menjadi mangsa pembunuh bersiri yang sangat kejam.

"Engkau memang nak kena... engkau memang nak terima padahnya. Bila aku bagi engkau peluang untuk hidup, engkau mensia-siakan. Akibatnya? Baru semalam seorang mangsa menjadi korban."

Taehyung tergamam. Nada suara yang meremangkan itu datang dari tempat kerusi itu namun, dia merasakan suara itu betul-betul berada di sebelahnya.

"Korban? A... apa maksud eommo..."

"Aku baru bunuh kakak engkau semalam."

Jantung Taehyung ingin luluh saat diberitahu khabar buruk itu. Air mata bercucuran membasahi matanya. Jadi, yang menghubunginya tadi...

"Ya, omma yang telefon kamu tadi. Agaknya kamu tak tahu nak beza suara omma dengan Areum kan?"

"Omma... kenapa omma sanggup..."

"Itulah yang aku cakap tadi! Bila aku bagi peluang, gunalah baik-baik! Kan dah jadi macam ni!"

Guruh berdentum kuat di luar sehingga jelas kelihatan biarpun langsir telah pun dilabuhkan. Taehyung pula semakin gerun. Kakinya perlahan-lahan mengundur ke belakang.

"Eommonim..."

"Ya?"

Taehyung menjadi ketakutan. Dia mengundur dan mengundur menjauhi ommanya.

"Engkau nak lari lagi ke?"

Taehyung berhenti melangkah.

Taehyung memusing ke belakang dan...

YEOJAWhere stories live. Discover now