"Akibat pelanggaran tu, bahu kamu terseliuh dan mengambil masa seminggu untuk sembuh. Oleh itu, saya ingatkan kamu untuk berehat dan kurangkan aktiviti lasak," pesan doktor sebelum meninggalkan pesakit untuk menyambung tugasnya. Ara yang duduk di atas katil mengeluh berat. Jihyun duduk di kerusi di sebelah katil manakala Namjoon dan Wonwoo berdiri di sebelah katil.
"Fuh, nasib baik tak ada mana-mana bahagian tercedera," ucap Namjoon lalu memerhati Jihyun dan Ara. Wonwoo pula tidak habis-habis membuat muka blurnya.
"Itulah, siapalah yang langgar engkau tu memang gila. Dah la langgar, lari pula dari masalah ni." Setelah lama mendiamkan diri, barulah Wonwoo bersuara.
Ara mengeluh. "A... aku rasa yang langgar aku ni mesti ada sebab. Kemalangan ni memang disengajakan. Orang tu nak bunuh aku..."
Jawapan Ara mengejutkan semua yang ada di dalam bilik.
"Uish, tak mungkinlah. Tak logik," sangkal Jihyun. Siapa pula yang berniat ingin melanggar Ara? Apa salah dia sehinggakan ada orang hendak membunuhnya? Siapa? Siapa? Marah ni. Mana parang? Meh aku tetak sini, tetak sini, tetak sini. *suara gangster*
"Sudahlah, benda dah jadi. Kita berserah saja pada pihak polis," ujar Namjoon serius.
"Tunggu je la esok..." - Ara.
"Maksud engkau?" - Jihyun, Namjoon & Wonwoo.
"Kita akan tahu jugak siapa yang cuba langgar aku tadi tapi..." Ara menghentikan kata-katanya. Dia memerhati tiga orang manusia yang sedang memandangnya. Semuanya mahukan penerangan yang jelas daripada Ara.
Ara mengeluh berat. "Tapi... bukan hidup-hidup..."
*******
Seperti hari-hari sebelum ini, 'dia' akan menulis sebuah cerita pada satu helaian kertas dan ceritanya dimulakan dengan 'Aku'.
Sesebuah cerita pasti ada klimaksnya kan? Jadi, klimaks pastilah sesuatu yang menggempakkan dan teknik saspen turut diselitkan untuk memantapkan lagi plot konflik cerita itu. Namun, plot peleraian dibiarkan tergantung. Mengapa? Kerana pengakhirannya ialah sesuatu yang menyakitkan di mana watak utama cerita itu mati dibunuh. Kejamkah? Tidak pasti. Tanya dia, jangan tanya author XP.
Dia berpuas hati dengan karyanya. Dia membaca semula penulisannya buat kali kedua untuk memastikan tiada kesilapan yang dibuat. Setelah berpuas hati, dia melipat kertas itu lalu dimasukkan ke dalam kocek kot hitamnya. Sarung hitam juga tersarung di tangan dan segala peralatan telah pun dimasukkan ke dalam beg. Hanya tunggu masa untuk memulakan master piece terhebatnya.
Dia keluar dari rumahnya lalu memasuki ke dalam sebuah kereta yang diparkir di dalam garaj. Kereta itu biasanya digunakan untuk memulakan perancangannya. Jarang sekali dia membawa kereta itu berjalan-jalan terutamanya di kawasan bandar kerana itu sajalah caranya untuk tidak dijejaki oleh pihak polis. Lagipun, terlalu banyak kesalahan yang telah dia buat dan kesalahannya boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati.
Selagi dia hidup, dia akan sentiasa menghantui mana-mana manusia yang cuba mencederakan Ara. Tak akan sesekali membiarkan seseorang terlepas dari genggamannya.
Kenderaannya dipandu dengan cermat di atas jalan menuju ke lokasi. Dia perlu cepat sampai ke destinasi sebelum pukul 7 kerana berpandukan nota yang ditulisnya, pukul 7 ialah waktu di mana perancangannya bermula.
5 minit sebelum jam 7, dia menunggu di dalam kereta sambil memerhati pejalan kaki yang melalui kaki lima. Penantiannya tidak sia-sia apabila terpandangkan seorang pelajar perempuan keluar dari sebuah kereta lalu duduk di perhentian bas. Senyuman sinis di bibirnya terukir. Mangsa seterusnya ada di hadapan matanya. Tunggu masa untuk bertindak sahaja.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...