Keesokan harinya...
Jihyun tiba ke sekolah dan mendapati masih tiada lagi pelajar di dalam kelas. Jihyun meletakkan beg sekolahnya lalu bercadang untuk membersihkan kelas memandangkan hari ini merupakan tugasnya untuk menyapu sampah.
Jihyun mencapai penyapu dan penyodok lalu diletakkan penyodok di satu sudut. Dia menyapu sampah di seluruh ruang kelas sehinggalah lantai menjadi bersih lagi suci.
Setelah berpuas hati dengan kerjanya, Jihyun menyusun atur meja pula. Alang-alang mood rajinnya terfungsi, Jihyun menyusun meja-meja dan memastikan kedudukannya sangat baik.
"Wah, bolehlah aku jadi maid lepas ni!"
Banyaklah engkau! Masa depan engkau tertulis bahawa engkau bukan seorang bibik.
Aloo... baru nak jadi pembantu kepada orang kacak dan kaya. – Jihyun.
Sudah-sudahlah kamu bermimpi di siang hari. Sambunglah mengemas kelas sebelum budak-budak kelas menyepahkannya semula. Muahahahaha.
Jihyun mencebik. Dia mengambil tempatnya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menyumbatkan earphone ke dalam telinganya dan mendengar lagu yang terpasang di telefonnya. Lagu pun bertukar-tukar sehinggalah lagu kegemarannya terputar. Tersengih-sengih Jihyun mendengarnya.
Beberapa minit selepas itu, muncullah satu makhluk yang paling Jihyun tidak mahu melihat. Segera Jihyun mengalihkan pandangannya ke luar tingkap.
Ara meletakkan beg di tempatnya lalu beredar dari kelas. Tercengang-cengang Jihyun melihat perbuatan Ara. Ke mana pula Ara hendak merayau sedangkan dia bukannya tahu selok-belok sekolah ni pun?
Faham-fahamlah. Jihyun tak pernah ambil pusing dan kembali termenung.
"Jihyun."
Jihyun mendongak kepala memandang Wonwoo. Wonwoo menghulurkan sebungkus roti coklat bersama sekotak susu kepada Jihyun.
"Mesti engkau tak sarapan lagi. Ni aku bawak makanan untuk engkau. Kebetulan, member aku bawa lebih. Tu yang bagi kat engkau sebab engkau ja pun ada dalam kelas. Alas perut engkau sikit." Wonwoo pun duduk di tempatnya setelah memberi ceramah percuma kepada Jihyun.
Jihyun terharu. Jarang sekali seseorang ingin mengambil kisah soal dirinya dan Wonwoo menjadi orang pertama yang prihatin terhadapnya. Ingin sahaja Jihyun mengucapkan terima kasih kepada Wonwoo namun, hasratnya dilupakan. Dia terlalu malu untuk bercakap.
Satu idea mula timbul. Jihyun mengeluarkan bekas penselnya lalu dikeluarkan nota pelekat dan pen. Ditulisnya sesuatu di atas nota tersebut dan berfikir sejenak. Punggungnya pula sekejap terangkat sekejap terhempap. Nak pergi ke tak nak?
Setelah akal berjaya melawan nafsu, Jihyun bangun dari tempat duduknya lalu melekatkan nota pelekat di atas meja Wonwoo dan kembali ke tempatnya semula. Wonwoo terkejut lalu mengambil nota tersebut. Dibacanya nota yang bertulisan tangan itu satu per satu.
Gomawo untuk ini tapi lepas ni janganlah susahkan diri bagi benda ni kat saya. Sekali lagi, kamsahapnida. :-D
Wonwoo tersengih-sengih membaca nota tersebut lalu ditampalkan nota tersebut di helaian muka surat buku notanya. Kononnya nota itu memberi semangat untuknya belajar.
Jihyun yang menyedari kelakuan Wonwoo juga tersengih-sengih. Alahai, comelnya!
Masa semakin berlalu dan akhirnya, pelajar-pelajar di dalam kelas sudah tiba dan kelas yang tadinya sunyi bertukar menjadi riuh. Ara yang tadinya menghilangkan diri ke planet Marikh juga sudah menunjukkan batang hidungnya.
Jihyun menyedari bahawa Ara langsung tidak menegur sesiapa termasuk dirinya. Bagi anggapan Jihyun, mungkin Ara agak sombong. Mentang-mentanglah budak kelas ni tak setaraf Ara yang berasal dari golongan berada. Yang paling tinggi tarafnya pun budak tiga diva yang hipster tu la. Bajet lebih dan kononnya merekalah paling berpengaruh di dalam kelas walaupun hakikatnya ibu bapa mereka tak adalah kaya mana.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...