CHAPTER 5

781 68 16
                                    

*gambar media* nightmare la korang lepas ni XD

Ara tersengguk-sengguk mendengar cerita kawan-kawan barunya. Semua gadis di meja itu sibuk bergosip tentang artis kegemaran sehinggakan Ara naik muak mendengarnya. Menguap pun tak henti-henti kerana terlampau bosan.

Setakat ini, masih tiada satu lagi kawan yang dirasakan terlalu istimewa bagi Ara. Bukannya Ara jenis memilih kawan tapi memang ya pun. XD

Semua perangai lebih kurang je macam budak-budak sekolah lama, bisik hati Ara. Kalau diikutkan hari, ingin sahaja dia beredar dari meja makan itu tetapi dia tidak mahu dirinya dilabel sebagai sombong oleh kawan-kawan barunya walaupun Ara tak mengaku mereka kawan-kawannya.

"Hai, Ara."

Ara menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Kelihatan tiga orang gadis sedang mengukir senyuman hingga ke telinga dan melirik mata ke arah Ara. Terkebil-kebil Ara memandang mereka bertiga.

"Lupa nak perkenalkan diri kitorang kat kelas tadi. Nama aku Jaekyung. Yang ni Sooyeon dan ini Hyori. Harap-harap kitorang boleh jadi kawan engkau."

Ara mengukir senyuman seraya mengangguk.

Mereka bertiga pun berlalu meninggalkan kantin. Sekali lagi Ara terkebil-kebil.

"Hei, Ara. Better engkau jauhkan diri dari budak tiga orang perasan diva tu. Diorang ni memang suka buli budak sekolah ni terutamanya budak baru macam engkau. Ada saja cara nak jatuhkan engkau tambah-tambah pulak sekarang ni orang cakap pasal engkau."

Tercengang Ara mendengarkan penjelasan daripada rakan sekelasnya. Agak lama untuk Ara memahaminya.

Diorang nak buli aku? Apa kamu ingat aku takut sama lorh?

*******

Tiba ke kelas, Ara mengguling mata ke atas. Entahlah kenapa Ara jadi menyampah tengok muka budak sebelahnya yang selalu buat muka blur dan suka sahaja mendiamkan diri. Tidak seperti rakan sekelas yang lain yang lebih mesra alam dan peramah. Ara menjadi senang walaupun hakikatnya Ara tidak suka akan kawan-kawan barunya.

Ara duduk di tempatnya sambil sepasang matanya menjeling ke arah Jihyun. Jihyun sedang menyiapkan kerja yang diberikan Encik Ha sebagai denda.

Budak ni tak pergi rehat ke, desis hati Ara.

Ara bangun lalu mencuit bahu budak di hadapannya. Seorang nerda.

"Err... Mina."

"Yup!"

"Budak sebelah saya ni tak pergi rehat ke?"

"Entahlah. Awak tanyalah dia." Mina pun kembali menyambung menelaah buku pelajarannya.

Ara mengeluh lalu memandang Jihyun. Dari tadi Jihyun tidak mengangkat kepalanya dan khusyuk membuat kerjanya. Agaknya Ara berdangdut di sebelah pun Jihyun buat-buat tidak endah.

Nak tegur ke tak nak?

Semua pelajar kembali ke tempat duduk mereka apabila guru yang mengajar selepas waktu rehat tiba iaitu Puan Choi. Setelah memberi ucapan selamat, barulah Puan Choi mulakan bicara.

"Untuk hari ni, saya akan bincang mengenai projek ini. Seperti yang saya cakapkan sebelum ni, satu kumpulan dua orang. Ini bermakna rakan sebelah kamu sekumpulan dengan kamu."

Kelihatan setengah pelajar berpuas hati dan ada yang bertepuk tampar. Ada juga yang ingin protes dan ingin mencampakkan meja serta member sebelah keluar dari kelas.

"Apesal la aku sekumpulan dengan engkau..." keluh Wonwoo.

"Nak buat macam mana? Memang jodoh kita kuat."

Wonwoo hampir termuntah. Ada juga yang makan kasut satgi.

Ara menjeling ke arah Jihyun yang masih ralit menyiapkan kerja sekolahnya. Ara mengeluh panjang. Apalah nasibnya dijodohkan dengan gadis ini?

"Engkau dengar tak apa yang cikgu cakap tadi?" soal Ara.

Jihyun mengangguk perlahan dan gayanya seperti kurang berminat mendengar topik ini. Ara mengeluh lagi.

"Suka hati engkaulah." Ara membelek buku teksnya dan tidak lagi terfikir untuk menegur si pendiam di dalam kelas.

Jihyun menjeling ke arah Ara. Jihyun pula yang mengeluh.

Kenapa Ara masih lagi ingin menegurnya sedangkan Jihyun sendiri tidak pernah terfikir untuk menegur gadis tinggi itu?

Entahlah... author sendiri pun tak tahu sebab author tak ada idea nak merungkaikan misteri nusantara ini.

*******

Kring! Kring!

Balik!

Balik je la. Author malas nak cerita apa yang jadi kat sekolah ni.

Jihyun mengemas barang-barangnya dan cepat beredar dari kelas. Malas pula nak menghadap muka budak baru yang seakan-akan ingin menjaga tepi skirt sekolahnya. Sibuk bukan main sehingga Jihyun pun muak.

Jihyun mengeluarkan gula getahnya dan dikunyah-kunyah, nyum nyum nyum jer, barulah puteh, ke dalam mulut. Jihyun mula membentuk sebuah belon melalui getah yang dikunyahnya dan belonnya yang ditiup semakin besar.

Pop!

Buih meletup dan tanpa disangka-sangka, getah tersebut terlekat pada wajahnya. Dengan bersusah-payah Jihyun mencabut getah dari wajahnya. Engkau pun satu, gatal sangat nak buat belon besar.

Telinga Jihyun menangkap suara seseorang yang sedang tergelak di belakangnya. Jihyun menoleh ke belakang dan hampir sahaja rebah ke lantai saat melihat Namjoon yang sedang ketawa. Muka tu jangan comel sangat boleh tak? Pengsan tak bangun-bangun karang.

"Err... Namjoon sunbaenim!"

"Balik sorang ke? Jomlah balik sama-sama. Kita kan memang satu arah?" pelawa Namjoon.

Jihyun tersengih-sengih bercampur malu. Dalam hati mengiakannya tapi dalam otak menghalangnya. Tapi biasalah, manusia. Lebih ikutkan nafsu berbanding akal. Jadi, baik ikut kata hati.

"Boleh jugak."

Jihyun dan Namjoon berjalan beriringan menuju ke pintu sekolah. Tiba-tiba sahaja langkah Jihyun terhenti saat melihat Ara sedang berbual bersama seorang wanita yang Jihyun jumpa tadi ketika waktu rehat.

Sedang galak ketawa, seorang wanita yang agak berusia memanggil Ara untuk masuk ke dalam kereta. Ara pun masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang di belakang bersama wanita tersebut manakala kakak kepada Ara menuju ke tempat pemandu. Belum sempat kakak Ara melangkah masuk ke dalam kereta, kakak Ara terpandangkan Jihyun yang berdiri agak jauh dari tempatnya. Kakak Ara sempat mengukirkan senyuman ke arah Jihyun.

Jihyun tergamam.

"Eh, Ara! Jomlah balik. Buat apa lagi tercegat kat sini?" soal Namjoon, menyedari Jihyun dari lamunannya. Jihyun tersipu-sipu malu.

Mereka berdua pun berjalan meninggalkan perkarangan sekolah.

*******

"Ara? How's your new school?" soal ibu Ara kepada Ara.

Ara mengangguk. "Kawan baru. Semuanya peramah. Ara pun baik-baik je, eommonim!"

Ibu Ara, Jang Ji Won tersenyum lebar.

"Baguslah kalau macam tu. Harap-haraplah Ara biasakan diri tambah-tambah pulak ada budak lelaki kat sekolah tu. Walaupun omma tak suka tapi harap-haraplah Ara jangan rapat dengan mana-mana lelaki kat sekolah? Jangan pernah tegur pun ok?" pesan Jiwon kepada anak bongsunya.

Ara mengangguk lemah.

"Ara tahulah. Banyak kali omma pesan," gurau Ara dalam nada keterpaksaan. Jiwon tersengih-sengih lalu mengusap lembut rambut Ara. Ara mengukir senyuman secara tak rela.

Areum, kakak kepada Ara mampu mengeluh.

Kalaulah Jiwon tahu, nasib Ara akan sama seperti nasib yang 'lain'.

YEOJAWhere stories live. Discover now