Puan Choi mengeluh panjang.
Tak sangka pula kes ni sampai bawa ke sekolah.
Kini, beberapa orang polis yang mengendalikan kes tentang kematian Sooyeon dan kematian Hyori datang ke sekolah kerana mengikut pengesahan, kematian mereka berkait memandangkan beberapa faktor telah diutarakan oleh pihak polis.
Pertama, Hyori dan Sooyeon berada di bawah satu bumbung dan juga satu kelas yang sama.
Kedua, mereka merupakan kawan paling rapat bersama Jaekyung.
Ketiga, nota yang ditinggalkan pembunuh yang kononnya mangsa yang menulis nota itu. Malahan, tulisan pada kedua-dua nota itu sangat sama.
Disebabkan di dalam kes ini disebut nama Jaekyung, Jaekyung dipanggil untuk membantu siasatan.
Jaekyung duduk di hadapan Inspektor Jo sambil menundukkan kepalanya ke bawah. Dirinya diperhati beberapa orang yang berada di dalam bilik itu termasuk Puan Choi.
"Saya... saya tak tahu apa-apa pasal ni. Saya..." Jaekyung berdiam diri. Dia bermain-main dengan jarinya. Jujur dia tidak tahu dan dia tak terfikir pun bahawa kematian dua sahabatnya berkait.
Inspektor Jo memandang Puan Choi.
Setelah berbincang, mereka akhirnya melepaskan Jaekyung.
"Maafkan saya, puan. Tetapi puan tetap juga kena bantu pihak kami menyelesaikan kes ni kerana kematian dua mangsa ini melibatkan anak-anak murid puan," terang Inspektor Jo kepada Puan Choi.
Puan Choi mengangguk lemah.
Setelah Inspektor Jo bersama beberapa anggota polis beredar keluar dari bilik, Puan Choi duduk di salah sebuah meja lalu mengeluarkan komputer ribanya.
Seperti sebelum ini, dia menerima satu gambar daripada pemilik e-mel misteri. Sama seperti gambar Sooyeon sebelum ini, gambar ini memaparkan keadaan Hyori yang dibiarkan tergantung. Lehernya diikat dengan tali halus yang diperbuat daripada besi tajam (mohon jangan hadam ajaran sesat author seandainya tali itu tidak pernah wujud di muka bumi ini XP) dan sekali sahaja direntap, pasti terluka.
"Memang berkait..." bisik Puan Choi.
Cuma ada seseorang sahaja yang boleh tolongnya.
Choi Ji Hyun.
*******
"Jihyun-ah..."
"Omma nak jauhkan Jihyun daripada Ara ke? Lupakan je la hasrat murni omma tu. Jihyun tetap akan berkawan dengan Ara. Ara orang yang baik. Dia bukannya jahat dan seorang L E S B I A N seperti orang lain katakan." Laju sahaja kata-kata yang meluncur keluar dari mulut Jihyun.
Puan Choi duduk di kerusi menghadap Jihyun yang sedang menikmati makan malamnya. Puan Choi tidak menyertai Jihyun makan bersama kerana dia telah pun pergi makan malam bersama Encik Jun.
Wuuuu....
Puan Choi: Apa? Kaufikir apa, author? Engkau ingat aku nak ke dengan lelaki anak dua tu? Walaupun perut boroi tu aset berharga dia, aku tetap tak terancam dengan aset dia tu. Lagipun, bukan aku sorang je yang makan bersama Encik Jun.
Author: Aku tak cakap apa-apa pun.
Puan Choi: -_-" Dah, jangan ganggu hal peribadi keluarga aku. Karang tak pasal-pasal berantakan disebabkan engkau.
Author: Ok fine! Go ahead! Aku malas nak layan.
"Tak kisahlah apa-apa alasan yang engkau bagi, aku tak akan terima." Puan Choi tetap dengan pendapatnya.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...