CHAPTER 7

555 67 16
                                    

Tadi ada buat reaction utk lagu baru GFriend ROUGH. Author nk ckp yg mv dia mmg no joke chewah! Sebelum ni kan diorang macam comel2 gitu, yg ni pulak mcm matang skit. Overall, mv dan lagu dia DAEBAK!!!
Siapa tak tgk lagi mv tu? Tgklah ye? Promote kejap XP

*******

"Siapa yang mula dulu?" soal Encik Jun kepada dua orang pelajar perempuan yang kelihatan comot.

Seorang dah seperti pengemis jalanan dan seorang lagi seperti orang yang baru keluar dari hutan.

Jihyun menunding jari ke arah Jaekyung dan begitu juga Jaekyung sehinggakan jari runcing Jaekyung terjolok masuk ke dalam lubang hidung Jihyun. Jihyun menjadi bengang lalu menepis tangan Jaekyung. Jaekyung yang tidak berpuas hati menepuk dahi Jihyun dan bermulalah pergaduhan kecil di hadapan Encik Jun.

Encik Jun yang tidak tahan dengan adegan itu meniup wisel menyebabkan hampir kesemua yang berada di kawasan padang menutup telinga. Tidak pasal-pasal mereka disahkan pekak selama 10 saat.

"Bagitahu cikgu, macam mana pergaduhan ni berlaku?" soal Encik Jun dengan nada lembut. Karang kalau keluar sifat sebenar Encik Jun, memang ke longkanglah jawabnya. Tak kiralah perempuan ke, lelaki ke, pondan ke, semua ditendang masuk ke dalam longkang lagak Messi. Tapi, yang pondan kuat lagilah sebab sotong ni nampak lembut dan kelembutan si pondanlah membuatkan Encik Jun menyampah dan ingin menendang jauh dari hidupnya.

Jaekyung bersuara, "Jihyun sengaja lontar bola kat muka saya sampai berdarah hidung!" Jaekyung mengeluarkan kenyataan yang dianggap logik. Ditambah pula apabila hidung Jaekyung tidak henti-henti berdarah. Semakin kukuh bukti yang ditunjukkan menyebabkan nasib tidak langsung menyebelahi Jihyun.

Jihyun ingin sahaja menyuarakan suara tetapi Encik Jun sudah mencapai kata putusnya yang dianggap adil dan saksama.

"Dengan ini, saya akan menjatuhkan hukuman ke atas Jihyun yang cuba mencederakan Jaekyung."

"Tapi..."

"Terlalu bosan mendengar perkataan itu. Maaflah sebab dalam kes ini tak membuktikan bahawa kamu tidak bersalah. Maka, denda akan dikenakan selepas waktu persekolahan tamat. Jumpa saya di padang dan saya akan beri taklimat ringkas sebelum denda dijalankan."

"Tapi..."

"Mesti on time! Kalau tidak, denda akan semakin berat."

"Tapi..."

"Semua dibenarkan masuk ke dalam kelas sebelum aku tendang sekor-sekor masuk ke kelas."

Mendengarkan sahaja ugutan kejam Encik Jun, semua berlari lintang-pukang tak cukup tanah meninggalkan padang. Kalau Encik Jun cakap, memang dia akan buat sungguh!

*******

Jihyun masuk ke dalam kelas dalam keadaan lemah-longlai. Disebabkan kejadian tadi, Jihyun menjadi perhatian pelajar-pelajar kelas itu. Jihyun sempat memandang Ara yang tiba-tiba sahaja muncul padahal tadi langsung tidak menunjukkan bayangnya.

Jihyun duduk di tempatnya yang terletak di tepi tingkap lalu membenamkan wajahnya di atas meja. Sungguh dia tak mahu mendongak kepala memandang sesiapa di dalam kelas ini termasuk minah sebelahnya dan dia sedar bahawa dirinya menjadi perhatian ramai.

Jaekyung tersenyum jahat lalu bertepuk gembira dengan rakan-rakannya. Tidak sangka bahawa nasib menyebelahinya tadi.

"Padanlah dengan muka budak selenga tu. Lain kali, jangan cari pasal dengan Jaekyung!" bisik Jaekyung sambil ketawa jahat di dalam hati.

Namun begitu, sejahat-jahat Jaekyung, jahat lagi watak antagonis cerita ni.

Jihyun: Eh, watak antagonis pun ada jugak?

Macam tak biasa pulak. Kalau tak ada watak antagonis, tak adalah konfliknya. Ye dok?

Jihyun: Jahat author ni. *kunyah skrip*

Ara: Author la antagonis tu.

Nak kena hempuk budak-budak tak cukup zat dan nutrisi ni -_-.

.....................

Cerita dihentikan seketika.

Kembali selepas ini.

.....................

Iklan pencuci pakaian.

Senah: Timah oi! Jemur baju ke?

Timah: Eh, taklah. Kome tak nampak ke? Teman tengah menabur baja ni.

Senah: Amboi, kome perli teman ya?

Timah: Janganlah kome terasa. Kenapa kome masuk rumah teman ni?

Senah: Tak adalah. Teman tengok baju kome kotor. Masih ada sisa kotoran.

Timah: Jangan nak sibuk jaga kain pelikat orang boleh tak?

Senah: Kome dengar la dulu. Ni hah, teman ada sabun pencuci ni. Berkesan.

Timah: Ye ke?

Senah: Dengan hanya satu S.Coups serbuk, semua kotoran pada pakaian boleh hilang macam tu ja.

Timah: Hok aloh, berkesanlah!

Senah dan Timah: Cubalah sekarang.

YOSOAP, pencuci terunggul.

(Kesian S.Coups & Yoseop masuk dalam ff merapu ni)

Author: -_-"

Nampak tak disitu? Bahawasanya author memang tak ada idea nak mengembangkan isi cerita ini. XD

Maka, silalah proceed ke bab seterusnya sebelum iklan Qu Puteh pula bakal menyusul.

YEOJAWhere stories live. Discover now