Seorang puteri sedang nyenyak tidur dibuai mimpi. Tidak tahulah apa yang dimimpikan gadis itu sehingga tersenyum seorang diri. Mungkinkah sedang membayangkan putera raja datang menyelamatkannya dari lena yang panjang? Lalu diberikan ciuman sejati kepada sang puteri agar bangun dari tidurnya?
Ya, jelas sekali mimpi cuma mimpi. Tak payah nak berangan sangat.
Sedang lena diulit mimpi...
Ayam pun berkokok.
"Hish! Bunyi apa pulak yang bising-bising ni!" Terkial-kial Jihyun mencari telefon bimbitnya yang berdering minta diangkat. Sejak bila dia tukar ringtone kepada bunyi kokokan ayam pun dia tak tahu.
Matanya terpejam erat sambil mulutnya menguap besar. Hidungnya pula terkembang-kempis. Dia melekapkan telefon bimbitnya di telinga kirinya.
"Anyeong?"
Kok! Kok!
Jihyun menjauhkan sedikit telefon bimbitnya dari telinga. Pelik. Ayam mana yang salah nombor ni?
Jihyun membuka matanya dalam setengah cm. Saat melihat angka yang terpapar pada skrin telefon bimbitnya, serta-merta mata kecilnya terbuka luas bagai ingin tersembul keluar. Mulutnya pula ternganga seluas-luasnya.
"Wargh! 10 minit lagi!" Jihyun mencampakkan selimutnya jatuh ke lantai dan bangun sambil melakukan lompat katak.
Motif? Tak, bukan motif. Itu memang tabiat dia lepas bangun tidur.
Jihyun mencapai tuala mandinya dan berlari masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, pakai baju, minum susu, makan roti, pergi sekolah, senang hati!
-_-"
Setelah mandi dan lengkap berpakaian sekolah, Jihyun turun ke bawah dan menuju ke dapur. Manalah tahu omma telah menyiapkan sarapan untuknya. Bolehlah dia mengisi perut sedikit sepanjang pembelajaran di sekolah.
"Huhuhu, apa ni?" Jihyun mengambil nota pelekat yang dilekatkan di peti sejuk. Terkumat-kamit bibir Jihyun membaca setiap patah perkataan yang tertulis dengan tulisan tangan dan agak pelik sekiranya tulisan ini ditulis dengan tulisan kaki.
Dear anak omma,
Tiada sarapan bagimu untuk hari ini. Omma terlalu malas untuk menyediakan sarapan untuk anak omma yang tercinta. Semoga anak omma tabah menghadapi dugaan yang berliku-liku ini.
Love,
Omma yang paling cantik di dunia setakat ini
Ternganga Jihyun membaca nota cinta daripada ibunya. Nak menangis pun tiada gunanya. Nak marah? Itu ommanya. Nak gembira? Ke hospital mental jawabnya.
"Sanggup omma melukakan hati anakmu ini." Bermulalah sesi drama air mata yang diarahkan oleh Jihyun buat beberapa saat. Kalau dipanjangkan lagi, penonton pun naik jemu melihat lakonan Jihyun dan beralih ke siaran lain yang lebih bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Dengan penuh kesyahduan, Jihyun meninggalkan rumahnya sambil menyanyikan lagu Kabhi Kushi Kabhi Gham.
Masa pun tinggal tiga minit lagi sebelum sesi persekolahan bermula. Dia sedar bahawa dia tidaklah berlari selaju The Flash dan lariannya hanya dapat mengalahkan siput bunting yang sedang menahan berak. Di saat yang genting ini, basikalnya sahajalah yang menjadi penyelamatnya buat masa ini.
Jihyun mengayuh basikalnya melalui lorong di kawasan perumahan. Lagu yang terputar melalui earphone yang tersumbat di telinganya menjadi peneman.
"Dulu aku sendiri, kini masih sendiri, hadapi hidup ini!!!!"
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...