Akhirnya, misi telah pun tamat.
Jihyun menarik nafas lega setelah berjaya mencuci kelima-lima buah kereta. Itupun dengan bantuan Ara. Nasib baiklah ada gadis tinggi itu datang menolongnya. Kalau tiada Ara, mungkin sampai lewat malamlah Jihyun membasuh kereta itu dan silap-silap, terpaksalah Jihyun berkhemah di sekolah semalaman.
"Gomawo sebab tolong saya basuh semua kereta ni," ucap Jihyun kepada Ara. Ara mengukir senyuman segaris.
"Gwaenchanha. Benda kecik je. Boleh settle," jawab Ara. Dia membasuh tangannya melalui pili dan memerhati dirinya. Habis basah lencun termasuk Jihyun yang hanya berseluar pendek.
"Mesti aku kena bebel dengan omma nanti..." keluh Ara. Jihyun tergelak kecil.
"Rileks ah. Aku tiap-tiap hari dengan omma aku berleter. Nasib baiklah aku pakai baju sukan," ujar Jihyun. Nasib baiklah masih ada baju sekolah untuk dipakai. Jadi, tak perlulah Jihyun menadah telinga mendengar bebelan Puan Choi mengalahkan machine gun.
Ara tergelak kecil. "Tak apalah, omma engkau ok ja. Aku ni? Omma aku ni lain daripada omma yang lain..."
Jihyun menjawab, "Alah, semua omma kat dunia ni tak sama. Tapi, kasih sayang diorang kat anak-anak tinggi tau? Mungkin omma selalu marah kita sebab dah terang kita buat salah. Tapi, marah tanda sayang gitu."
"Yalah... betullah tu cakap engkau..."
Mereka berdua kembali terdiam.
"Dah nak pukul 7 ni. Tak nak balik ke?" soal Jihyun kepada Ara. Ara tersengih.
"Nak balik la ni. Kau?"
"Aku nak tukar baju kejap."
"Jom aku teman."
Ara dan Jihyun pun bertolak ke bilik persalinan. Jihyun menukar pakaian di dalam sebuah bilik manakala Ara pula duduk termenung di atas bangku. Setelah menukar pakaian dan mengambil beg sekolah masing-masing, lantas mereka berdua meninggalkan perkarangan sekolah.
Setibanya di pintu hadapan sekolah, sudah kelihatan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna hitam diparkir di hadapan perhentian bas.
"Ara? Macam mana boleh basah ni?" soal seorang wanita yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Terkebil-kebil Jihyun memandang wanita tersebut.
"Terjun kolam tadi. Konon nak buat gaya pusing macam Pandalela Renong," seloroh Ara. Wanita itu ketawa.
"Oh, unnie! Ni chingu Ara, Jihyun."
Tergamam Jihyun mendengarnya. Sepanjang dia hidup atas muka bumi ini, Ara orang pertama menggelarnya sebagai chingu. Perlukah Jihyun menangis pada tika ini?
Wanita itu tersenyum ke arah Jihyun.
"Kita pernah nampak sebelum ni."
"Ya ya..." jawab Jihyun malu-malu.
"Jang A Reum imnida. Panggil je unnie, lebih mesra."
"Ok... unnie..." balas Jihyun kekok. Mereka bertiga ketawa kecil.
"Jaga diri baik-baik ya? Bye!" Ara pun masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang di sebelah pemandu dan melambai-lambai ke arah Jihyun melalui tingkap.
Jihyun turut membalas lambaian itu namun, terhenti saat melihat seorang wanita yang agak berusia duduk di bahagian belakang sambil menjeling ke arah Jihyun. Tiada langsung senyuman terukir di bibirnya.
Jihyun meneguk air liurnya berkali-kali. Seram sejuk pula dia melihat wanita itu. Mungkin wanita itulah omma kepada Ara.
Omma aku ni lain daripada omma yang lain...
Pada masa itulah Jihyun mengesyaki bahawa ada sesuatu yang pelik mengenai omma Ara...
*******
"Amboi, tersengih-sengih ni kenapa! Seronok basuh kereta?" soal Puan Choi kepada anak perempuannya yang baru pulang ke rumah.
Jihyun duduk di atas sofa di sebelah ommanya.
"Seronok," jawab Jihyun sepatah.
"Apa yang Jihyun dapat lepas basuh kereta tadi?" Puan Choi mengajukan soalan KBAT kepada Jihyun untuk menguji sejauh mana pemikiran Jihyun.
Dengan lancarnya Jihyun menjawab, "Jihyun menimba banyak pengalaman membasuh kereta. Jihyun belajar untuk berusaha berusaha bersungguh dan tidak patah semangat kerana setiap usaha pasti akan ada kejayaan."
Puan Choi menepuk tangannya. Wah, anaknya semakin pandai! Boleh dah masuk sekolah elit lepas ni.
"Selain itu..."
Tengok? Siap guna penanda wacana lagi. XD
"Jihyun juga belajar untuk saling bekerjasama dalam pasukan. Malahan, Jihyun juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli pasukan. Akhir kalam..."
"Eh, kejap. Bukan Encik Jun kata kamu sorang je ke basuh kereta?" soal Puan Choi kehairanan.
"Haah."
"Dah tu? Tang mana hubungan silaturahimnya?"
"Ada orang tolong."
"Siapa?" soal Puan Choi, ingin tahu.
"Budak baru tulah."
"Wah, dah nak rapat la ni! Baguslah. Dah ada kawan. Lepas ni, senanglah kamu nak siapkan projek tu."
Jihyun mengangguk lemah. Ya, tidak dapat dinafikan. Disebabkan kejadian tadi, Jihyun sudah mula rapat dengan Ara. Baru dia sedar bahawa Ara tidaklah seperti yang disangkanya sebelum ini.
Ara bukanlah seorang yang sombong. Hakikatnya dia seorang yang tak mahu bercakap. Bukan kerana malu tetapi Ara ni lebih suka bercakap dengan orang yang dia selesa mahu berkawan. Mungkin Ara agak cerewet untuk memilih kawan tetapi Jihyun tak kisah asalkan Ara selesa bersama Jihyun.
Tapi, mampukah hubungan mereka bertahan lama?
"Entahlah omma. Rapat tu taklah kut. Ara tu, kalau dah bosan, mesti tinggalkan Jihyun jugak."
"Heh, tak baiklah cakap macam tu. Engkau cuba tegur dia. Kesian dia, asyik tegur engkau je. Tegurlah dia selalu dan kalau selalu buat, akan terbiasa. Alah bisa, tegal biasa. Through endeavour we succeed."
Hah, nampak tak? Ceq ingat lagi motto sekolah lama ceq. Huahuahua
Jihyun mengeluh. Dia menyandarkan tubuh yang longlai pada sofa kerana terlalu penat setelah berjam-jam mencuci kereta tanpa henti. Langsung tiada masa untuk berehat. Tidur awallah jawabnya.
"Dah, pergi mandi. Peluh pun dah lekit-lekit tu." Puan Choi menolak Jihyun dari sofa. Jihyun mencebik lalu beredar meninggalkan ruang tamu menuju ke tingkat atas.
Belum sempat dia melangkah ke kamarnya, matanya terpandangkan sebuah bilik yang sudah lama berkunci. Jihyun menghampiri bilik tersebut lalu memulas tombol pintu. Dia membuka lampu agar dapat menerangi segenap kamar tersebut.
Jihyun tersenyum tawar. Sudah terlalu lama kamar itu ditinggalkan. Jihyun duduk di atas katil tersebut lalu meneliti seluruh kamar itu dari siling sehinggalah ke lantai.
Jihyun menuju ke meja belajar lalu membelek sebuah buku yang sengaja terletak di atas meja.
Sekiranya Jihyun ingin melepaskan rindu, dia akan membelek buku tersebut.
Bilik ini terlalu bermakna buat dirinya. Terlalu banyak kenangan dia simpan bersama penghuni bilik ini. Bermain bersama, ke sekolah bersama, makan bersama, keluar bersama.... terlalu rapat bagai isi dengan kuku. Jarang berpisah.
Namun...
Selepas ayahnya, penghuni bilik ini pula yang pergi meninggalkannya. Hampir setahun dia pergi, Hampir setahun juga Jihyun merinduinya. Hampir setahun juga Jihyun bersendiri.
Cukuplah dia kehilangan dua orang insan di dunia ini.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...