CHAPTER 29

380 42 6
                                    

Hari yang gilang-gemilang di mana majlis perkahwinan berlangsung di hotel bertaraf lima bintang. Perkahwinan tersebut dihadiri oleh orang ternama dan majlis tersebut antara majlis besar-besaran yang pernah dibuat pada tahun itu iaitu 1990.

Encik Kim dan Puan Kim akhirnya disatukan dan membina mahligai mereka dia sebuah rumah agam yang sangat besar. Namun, hanya mereka berdua bersama beberapa orang pembantu rumah sahaja yang menetap di rumah itu.

Encik Kim sebenarnya bukanlah dari golongan yang berada namun, cinta Puan Kim yang sangat mendalam menyebabkan mereka disatukan. Syarikat Puan Kim yang telah diusahakan diberikan kepada Encik Kim untuk diuruskan manakala Puan Kim pula bertanggungjawab sebagai seorang isteri dan suri rumah. Setiap kali Encik Kim pulang, Puan Kim menjadi penyambut kepulangan suaminya.

Mereka membina rumah tangga mereka sehinggalah Puan Kim disahkan hamil. Hubungan cinta mereka tetap utuh ditambah pula akan ada satu insan dilahirkan di atas muka bumi ini dan memeriahkan lagi rumah agam mereka yang sunyi tanpa kanak-kanak.

Lahirnya insan iaitu si sulung menceriakan rumah. Kewujudannya mengubah hidup Puan Kim kerana selama ini Puan Kim mengidam untuk mendapatkan anak dan pastinya si sulung ialah anak perempuan. Puan Kim memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada si sulung sehinggalah pada tahun 1995, seorang lagi yang datang menyerikan hidup keluarga Kim.

Puan Kim disahkan hamil 3 bulan dan berharap agar anak keduanya juga anak perempuan. Namun, rezeki tidak menyebelahinya apabila anak yang dilahirkan ialah anak lelaki yang comel. Walau bagaimanapun, Puan Kim tetap menyayangi anaknya sepertimana kasih sayang yang diberikan kepada si sulung yang sudah pun berusia 5 tahun.

Mereka empat beranak pun hidup bahagia...

Selama-lamanya? Tidak. Itu hanyalah dongeng semata-mata...

*******

Keluarga Kim mengambil gambar keluarga bersama-sama. Mereka kelihatan gembira walaupun di dalam hati menyembunyikan 1001 rahsia yang tidak diketahui sesiapa.

"Wah, semua nampak segak! Kan abang?" soal Puan Kim kepada suaminya namun, suaminya tidak menghiraukan Puan Kim tetapi sibuk bermesej dengan pekerjanya di telefon. Puan Kim mengeluh.

Sejak kebelakangan ini, Encik Kim sering mengabaikan Puan Kim sehingga layanan Puan Kim pun diabaikan. Hubungan mereka tidak lagi rapat seperti dahulu membuatkan Puan Kim kecewa dengan perubahan suaminya.

Sehinggalah satu hari, rahsia Encik Kim terbongkar.

"Abang ada perempuan lain?" soal Puan Kim dengan nada marah. Encik Kim pula seperti tidak kisah ditengking sebegitu malah, dia lebih suka kerana Puan Kim telah pun mengetahui perkara yang sebenar.

"Jadi, apa masalahnya?"

"Abang jahat! Langsung tak pernah nak jaga hati dan perasaan saya kan? Saya isteri abang!" marah Puan Kim lalu memukul bahu Encik Kim kasar. Kerana berang, Encik Kim menolak Puan Kim jatuh ke atas lantai lalu bertindak menumbuk Puan Kim.

Jeritan Puan Kim mengejutkan si bongsu yang sedang lena. Si bongsu turun ke bawah dan melihat adegan pergaduhan antara kedua-dua ibu bapanya. Si bongsu sangat takut melihat appanya yang sangat menakutkan dan mencederakan Puan Kim. Puan Kim tidak mampu berlawan kerana Encik Kim sangat kuat.

Kerana terlalu takut, si bongsu berlari masuk ke dalam bilik dan menyembunyikan diri di dalam selimut.

Tak lama selepas itu, Encik Kim keluar dari rumah. Puan Kim pun tidak henti menangis. Marah bercampur kecewa menyelubungi diri. Puan Kim masuk ke dalam bilik si bongsu kerana dia tahu si bongsu melihat kejadian tadi.

Puan Kim memujuk si bongsu agar jangan gentar.

Namun, si bongsu tidak menjawab. Dia masih lagi takut.

Puan Kim terlalu menyayangi anak bongsunya dan selalu memanjakan si bongsu walaupun si bongsu tidak suka dimanjakan oleh Puan Kim. Si bongsu lebih suka bermanja dengan kakaknya yang lebih memahami.

Tiap-tiap hari selepas Encik Kim pulang ke rumah, Encik Kim akan memarahi Puan Kim dan kadang-kadang mencederakan Puan Kim yang tidak bersalah. Kerana nafsunya, dia menyakiti Puan Kim. Pernah sekali Encik Kim membawa perempuan simpanannya ke rumah dan memperkenalkan kepada Puan Kim. Isteri mana yang tidak marah apabila dilukai sebegitu. Akibatnya, Puan Kim dicederakan.

Perkara yang paling menyakitkan apabila Encik Kim menyatakan bahawa dia tidak pernah mencintai Puan Kim. Malahan, Puan Kim yang tergila-gilakannya. Encik Kim menerima Puan Kim pun atas sebab Puan Kim seorang yang kaya dan banyak harta. Oleh itu, Encik Kim ingin membolot segala kekayaan Puan Kim dengan cara berlembut dahulu dan setelah mendapat haknya, dia menggunakan kekerasan.

Puan Kim tidak melawan kerana dia sememangnya cinta akan suaminya. Kerana cinta, dia yang menderita.

Sehinggalah satu hari, segalanya berubah dalam hidup Keluarga Kim.

Pergelutan berlaku di dapur dan buat kali ke-39, si bongsu melihat kejadian itu. Puan Kim dan Encik Kim bertengkar. Segala periuk belanga dicampak sehingga terpelanting ke rumah sebelah. Nasib baiklah tiada pembantu rumah kerana mereka semua mengambil cuti. Jadi, tidaklah mereka menyaksikan drama Akasia ini.

Encik Kim sekali lagi mencederakan Puan Kim. Sudah seperti rutin hariannya. Kali ini, lebih sakit. Malahan, Encik Kim mengeluarkan kata putus untuk menceraikan Puan Kim.

Kerana terlalu amarah, Puan Kim bertindak menikam Encik Kim dengan pisau pemotong daging tepat pada dada suaminya. Si bongsu terkejut dan bersembunyi di sebalik dinding lalu melihat kejadian itu.

Bukan sekali sahaja pisau itu tertusuk ke jantung Encik Kim. Berkali-kali sehingga darah terpecik membasahi lantai. Seluruh anggota ditusuk dengan pisau tajam itu. Tangan dan kaki juga dipotong dan juga dilapah isi-isi dan potongan daging dicincang selumat-lumatnya. Organ dalaman juga dicincang dengan tiada perasaan.

Puan Kim menjadi gila. Dia tidak lagi waras. Dicincang suami sendiri bagai mencincang daging. Puan Kim ketawa seorang diri.

"Aku benci lelaki. AKU BENCI LELAKI!" Puan Kim ketawa lagi.

Si bongsu sudah gerun melihat ibunya. Kini, Puan Kim bukanlah ibu yang si bongsu kenal dahulu.

Tiba-tiba, mata Puan Kim dan si bongsu bertembung. Puan Kim bangun dan menghampiri si bongsu dengan wajah yang menggerunkan.

"Aku tak akan biarkan mana-mana lelaki muncul dalam hidup aku!" Puan Kim ingin menghayunkan pisau ke arah si bongsu namun, si bongsu berjaya melarikan diri. Dia menaiki tangga menuju ke tingkat atas lalu bersembunyi di dalam biliknya. Pintu pun telah dikunci.

Seperti dirasuk setan, Puan Kim membawa pisau yang diselaputi darah menaiki tangga menuju ke bilik anak lelakinya. Langkahnya terhenti saat melihat si sulung pulang ke rumah. Si sulung hampir sahaja pitam melihat mayat yang tidak rupa seperti manusia dibiarkan di dapur.

"Omma! Apa omma buat???" soal si sulung.

Puan Kim tidak mengendahkan soalan si sulung. Dia ada satu lagi manusia yang ingin diuruskan.

Si sulung menjadi buntu. Dia tidak akan biarkan Puan Kim membunuh adiknya sama seperti ibunya membunuh ayahnya. Si sulung menghampiri Puan Kim dan menghalang Puan Kim namun, Puan Kim tetap berkeras.

Maafkan aku, omma...

Sudah tiada cara lain, si sulung menolak Puan Kim dan Puan Kim bergolek jatuh dari tangga. Puan Kim tidak lagi menyedarkan diri. Darah di dahi tidak henti mengalir.

YEOJAWhere stories live. Discover now