CHAPTER 25

380 43 6
                                    

Perlahan-lahan Ara membuka mata. Pada masa itulah dia terlihat Jihyun yang berdiri betul-betul di hadapannya.

"Ara! Engkau dah sedar!" Terus Jihyun memeluk Ara dengan erat. Ara terkejut. Baru dia sedar bahawa dia berada di hospital dan kini ditahan di wad.

Ara membalas pelukan itu.

"Dah, janganlah risau. Sekurang-kurangnya aku selamat," balas Ara lembut.

"Tak, engkau tak selamat! Kalau aku tak jumpa engkau kat tandas tadi, engkau akan mati lemas tau? Nasib baik Areum unnie datang dan bawak engkau pergi sini. Tadi masa pemeriksaan nadi, nadi engkau tak berdenyut. Rezeki engkau sebab malaikat maut tak cabut nyawa engkau. Hihihi..." Jihyun tersengih-sengih.

Ara cuba meleraikan pelukan namun, Jihyun tidak mahu melepaskannya. Ara kehairanan.

"Kenapa ni? Berapa lama lagi engkau nak peluk aku?" Ara cuba menolak tubuh Jihyun. Alangkah terkejutnya melihat mata Jihyun bengkak dan hidungnya merah menahan hingus. Jihyun tersedu-sedu.

"Engkau jahat!" Jihyun memukul bahu Ara. Ara bertambah pelik.

"Apahal? Aku ada rompak bank ke tadi?"

Jihyun tersengih-sengih.

"Mana adalah."

"Habis tu?"

"Engkau buat saspen tadi. Mati-mati ingat engkau nak kiok. Akhirnya hidup jugak. Aku pun tak faham dengan author. Apasal tak bagi engkau kiok terus?"

Tidak pasal-pasal kepala Jihyun diketuk dengan penumbuk Ara. Jihyun mengerang kesakitan sambil mengusap kepalanya. Bibirnya dimuncungkan gaya Dato Seri Vida.

"Engkau lagi jahat!" ucap Ara.

"Eleh, dialah jahat. Nak tinggalkan aku sorang-sorang. Jangan sampai aku nyanyi part korus lagu Menaruh Harapan pulak," bebel Jihyun.

"Eceh, cer nyanyi sikit. Nak dengor."

"Tak mau. Nanti Zaiton Sameon tergugat dengan kelunakan suara aku."

Mereka berdua ketawa.

Pintu bilik dibuka dan Areum tiba dengan membawa makanan. Ara tersengih lebar. Huhuhu, masa untuk mengisi perut yang kosong!

"Ara makanlah kenyang-kenyang ye?" Pesan Areum kepada Ara lalu menghidangkan makanan kepada adiknya. Jihyun hanya memerhati gelagat Areum.

"Unnie, Ara ni mesti manja kan kat rumah?" soal Jihyun kepada Areum. Areum tergelak kecil.

"Dia manja dengan unnie sorang je. Dengan omma dia, tak sangat. Omma yang manjakan dia adalah," jawab Areum. Dia hanya memerhati Ara yang syok mencekik tak ingat dunia. Bukannya nak beri Jihyun merasa. Author pun terliur juga. Kalau tak nak bagi kat Jihyun, bagilah kat author yang kelaparan ni.

Ara: Alolo, meh sini. Bukak mulut.

Author: Yey! *nganga mulut besar-besar*

Jihyun & Areum: -_-"

"Kenapa tak manja dengan omma? Takut ke?" soal Jihyun kepada Ara membuatkan Ara terhenti mengunyah. Tiba-tiba sahaja hilang selera. Begitu juga dengan Areum.

Jihyun memandang pelik ke arah dua beradik di hadapannya.

Nampak sangat mereka menyimpan sesuatu tentang Puan Jang...

Misteri sangat.

Musykil kan? Author pun musykil jugak...

*******

Hyori tersedar dari pengsannya. Dia menyeringai kesakitan akibat diketuk kepala pada bahagian belakang. Hyori melihat sekeliling dan mendapati kawasan di sekitarnya sangat gelap.

"Aku kat mana?" soal Hyori. Hyori melihat dirinya dan didapati kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat.

"Kaucuba nak bunuh Ara!"

Hyori memusing kepala ke belakang. Dia ketakutan.

"Siapa tu?" soal Hyori. Disebabkan keadaan yang gelap, dia tidak tahu di mana datangnya suara misteri itu.

"Dah puas sakitkan orang?"

"Siapa engkau? Apa engkau nak buat kat aku?"

"Soalan yang bagus."

Tiba-tiba, seseorang memegang bahu Hyori. Hyori tidak mampu bergerak dan hanya mampu berserah.

"Aku nak engkau rasa apa yang Ara rasa..." bisiknya di telinga Hyori.

Tiba-tiba, Hyori ditarik ke belakang dengan kasar. Hyori menjerit meminta pertolongan namun, cubaannya sia-sia.

'Dia' menarik Hyori bangun dan membawanya ke satu tempat. Hyori cuba bertahan tetapi tidak berjaya. Dia lebih kuat daripada Hyori walaupun Hyori tahu dia lebih kecil berbandingnya.

"Mesti engkau tertanya... macam mana Ara rasa dilemaskan dalam air!"

Dia menolak tubuh Hyori masuk ke dalam satu kolah yang besar. Hyori dilemaskan seketika. Hyori berdiri dan memandang dia. Pada masa itulah, Hyori dapat mengecam wajahnya apabila cahaya dari bulan menerobos masuk ke celahan bumbung.

Baru Hyori tersedar bahawa dia berada di atas loteng dan dia kini dilemaskan di dalam tangki air.

'Dia' menolak kasar muka Hyori ke dalam air. Hyori terkapai-kapai di dalam tangki air.

Kedengaran dia ketawa mengilai-ilai kerana berpuas hati dapat membalas dendam terhadap Hyori.

Dia menarik kembali kepala Hyori. Hyori menarik nafas oksigen secukupnya. Tidak sampai dua saat, Hyori sekali lagi dilemaskan. Malahan, dia melemaskan Hyori sama seperti apa yang pernah Hyori buat kepada Ara. Namun, perbuatannya terhadap Hyori lebih menyeksakan.

Hyori nyawa-nyawa ikan.

Tak cukup dengan melemaskan Hyori ke dalam air, dia melilitkan tali yang sangat nipis di leher Hyori. Ditariknya tali itu dengan kasar sehingga terluka leher Hyori.

Buat kali kesepuluh, Hyori dilemaskan lagi. Hyori sesak nafas.

Air di dalam tangki bertukar warna kepada merah apabila cecair pekat sudah bercampur.

Melemaskan pun tidak cukup baginya. Tak terlalu terseksa.

Tali itu digantung di atas menyebabkan badan Hyori terapung ke atas. Kini leher Hyori tergantung dan Hyori sekali lagi terkapai di atas. Darah semakin banyak terpercik keluar di leher. Tali itu sangat kuat menyebabkan kepala Hyori hampir terpenggal.

Hyori tidak mampu bersuara. Kepalanya pula hampir sahaja tercerai dari badannya.

Akhirnya, Hyori menghela nafasnya yang terakhir dan kepalanya yang hampir terputus hanya tergantung di atas. Darah tidak henti mengalir membasahi pakaian sekolahnya.

Dia tersenyum puas.

Ingat! Aku tak akan benarkan sesiapa cederakan Ara.

Now. Who's next?

YEOJAWhere stories live. Discover now