CHAPTER 41

425 43 10
                                    

Destinasi seterusnya, Lock di mana pelbagai jenis mangga dikuncikan di situ berserta nota-nota yang tertulis pada mangga tersebut sebagai ikatan janji.

Jihyun dan Ara melangkah masuk ke dalam kedai untuk memilih kunci.

"Warna pink!" Jihyun melonjak keterujaan lalu mengambil mangga berwarna merah jambu yang menjadi kegemarannya. Begitu juga dengan Ara yang tertarik dengan warna hijau gelap.

Setelah membeli mangga kesukaan masing-masing, mereka berdua duduk di salah sebuah meja lalu mula menulis sesuatu pada mangga tersebut.

Ara mengetuk dagunya dengan pen marker sambil memikirkan ayat-ayat skema yang ingin ditulis pada mangga tersebut. Jihyun pula sudah tersengih-sengih kerana sudah pun menulis sesuatu pada mangga tersebut. Tunggu masa untuk dikuncikan sahaja.

Ara curi-curi jeling ke arah mangga Jihyun namun, Jihyun sempat menyembunyikannya.

"Rahsia..."

"Alah... rahsia pun tak mahu kongsi ke?" Ara buat-buat merajuk.

Jihyun menggeleng laju.

Ara mencebik lalu menulis sesuatu pada mangganya setelah mendapat idea. Jihyun curi-curi melihat nota yang ditulis Ara memandangkan Ara tidak menyedari perbuatan Jihyun kerana terlalu khusyuk menulis nota.

I hope all my wishes to become true and I will be hers forever and ever. - Kim Tae Hyung

Jihyun tersengih-sengih. Pandai pula budak ni berjiwang. Entah ayat mana dia ciplak dan Jihyun pula langsung tidak faham apa yang ditulis oleh Ara kerana bahasa Inggerisnya yang terlalu lemah dan selalu mendapat markah tercorot dalam bahasa Inggeris.

"Ok, dah siap. Jom kita pergi kunci!" Ara bangun dari tempat duduknya diikuti Jihyun dan bergegas menuju ke Lock (Aku tak tahu nama tempat tu jadi, aku kasi hentam sajalah).

Ara pun mengunci di salah satu tempat yang agak tersembunyi. Ara menjeling ke arah Jihyun yang sedang mengunci di tempat yang agak jauh dari tempat Ara. Ara menghampiri Jihyun namun, Jihyun seperti tidak mahu Ara melihat notanya.

"Alo... tak mau berkongsi ka?"

Jihyun menggeleng.

"Ish, cepatlah. Kita sambung misi menjelajah." Ara meninggalkan Jihyun yang masih terkial-kial mengunci mangganya. Jihyun tersenyum lebar lalu kembali membaca ayat yang tertulis pada mangganya.

CHOI JI HYUN & KIM TAE HYUNG FOREVER

*******

"Gomawo sebab bawak aku jalan-jalan cari pasal tadi." Jihyun tersengih kegirangan. Dalam banyak-banyak hari yang telah dia tempuh, hari ini merupakan hari yang paling bermakna kerana dapat meluangkan masa bersama seorang kawan yang merupakan sahabat baiknya dan juga pendengar setia tatkala Jihyun dalam masalah.

Ara tersenyum lebar. "Aku pun nak berterima kasih kat engkau sebab teman aku sepanjang hari. Akhirnya aku dah dapat lepaskan rindu aku..."

"Eleh, padahal semalam kita dah jumpa dan hari ni pun seharian berjalan sampai nak tercabut kepala lutut," omel Jihyun. Ara tergelak besar lalu dicubit pipi Jihyun sekuat hatinya. Jihyun mengerang kesakitan.

"Ish, janganlah cubit pipi aku. Mentang-mentanglah pipi aku tembam macam baozi."

"Alah, engkau tu gemuk sangat," usik Ara.

Jihyun mendengus. "Takpe, takpe. Lepas ni aku diet. Tak adalah engkau nak cubit pipi aku lepas ni."

Ara ketawa lagi. Tak tahulah di mana lawaknya namun, Ara tetap ketawa melihat telatah Jihyun seperti kanak-kanak. Susah betul dapat kawan semanja ini tapi comel.

YEOJAWhere stories live. Discover now