CHAPTER 39

439 45 10
                                    

"Keadaan Puan Jang semakin serius. Saya rasa rawatan ni langsung tak membantu memulihkan ingatan Puan Jang. Malahan, Puan Jang sudah bertindak di luar kawalan dan seperti yang kamu katakan, dia dah bunuh ramai orang. Jadi, tak mungkin rawatan ni membantu." Doktor Son iaitu doktor yang merawat Jiwon memberi keterangan kepada Areum.

Areum mengeluh. Dia beralih ke arah Jiwon yang sedang termenung memikirkan sesuatu.

"Omma, gwaenchana?" soal Areum kepada Jiwon.

Jiwon mengangguk.

"Err... Areum? Kamu beri tak ubat kepada omma kamu seperti yang saya sarankan?" soal Doktor Son kepada Areum. Areum mengusap dagunya. Setahunya, dia memberi ubat kepada Jiwon selepas waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam seperti yang disarankan doktor wanita itu.

"Saya ikut apa yang doktor cakapkan. Kenapa?"

"Pelik. Sepatutnya ubat tu dapatlah juga mengurangkan ketegangan Jiwon sekarang tetapi saya lihat ubat itu tak memberi apa-apa kesan pun kepada Jiwon..."

Mata Areum terbuntang luas. "Patutlah..."

"Patut apa?"

"Setiap kali lepas makan dan beri ubat, dia akan ke tandas dan baru semalam saya terdengar omma saya muntah-muntah. Katanya mual dan pening..."

"Ini bermakna... omma kamu muntahkan balik ubat tu?" pintas Doktor Son. Areum tergamam seketika.

Bagaimana pula Jiwon tahu tentang ubat itu sedangkan Areum tak pernah memberitahui Jiwon ubat apa yang selalu dia beri kepada ibunya?

"Omma... memang tak mahu dia menjadi normal semula... kenapa?" Areum menjadi buntu.

"Atau mungkin..."

Doktor Son dan Areum saling berpandangan. "Ara?"

*******

Ara menggaru-garu kepalanya. Sudah puas berfikir untuk keluar dari biliknya dan seperti biasa apabila Jiwon tiada di rumah, Ara akan dikurung ke dalam bilik dan dikawal oleh dua orang pengawal peribadi di luar bilik.

Telefon bimbitnya dari tadi berdering namun, Ara tidak dapat menjawabnya kerana telefonnya berada di ruang tamu. Jiwon tidak mahu Ara menghubungi sesiapa pun sehinggalah mereka akan berpindah ke Amerika dalam masa terdekat.

Sudah kali kesepuluh telefonnya berdering. Ara mendengus. Hendak mengetuk pintu dan merayu-rayu pun tiada gunanya. Dua pengawal peribadi telah diupah untuk tidak membiarkan Ara terlepas keluar dari bilik tanpa kebenaran Jiwon.

"Haih, takkan nak terjun dari tingkap pulak..." gumam Ara.

Ara berdiri di hadapan tingkap lalu melihat panorama kawasan perumahannya memandangkan rumahnya terletak di atas bukit. Dalam masa sepuluh saat, Ara menghayati pemandangan dengan tenang.

Dan idea pun muncul.

Baru Ara menyedari bahawa tingkap biliknya menghadap pokok oak di laman dan ranting pokok tersebut betul-betul di hadapan tingkapnya.

"Uih, masa umur aku 10 tahun pokok oak ni tak adalah tinggi macam ni..." bisik Ara.

Dia menghampiri almarinya lalu menukar pakaian yang sesuai. Selepas bersiap-siap, dia meluru ke tingkap biliknya lalu melihat ke bawah.

Macam mana kalau aku terjatuh?

Ara panjat di atas ranting dan kembali memandang ke bawah. Selama dia hidup di atas muka bumi ini, barulah dia menyedari hakikat bahawa dia seseorang yang takut akan ketinggian (Baru baca fakta pasal V dan fakta ini diperkukuhkan lagi setelah melihat rakaman BTS Run bungee jumping episod berapa? Aku tak ingat. XD).

YEOJAWhere stories live. Discover now