"Macam mana omma?" Jihyun bertanyakan soalan kepada Puan Choi setelah Puan Choi pulang ke rumah.
Puan Choi duduk di atas sofa lalu mengeluh berat. "Betullah cakap Mina. Polis tak percayakan dia."
"Kenapa pula?"
"Ingatkan sebab apa. Ada sebab lain kenapa polis susah nak percayakan Mina. Mina dulu pernah buat laporan palsu tentang kematian jiran sebelahnya. Padahal jiran sebelahnya bercuti ke luar negara. Polis pun percaya bulat-bulatlah. Mina siap ada bukti lagi. Siasat punya siasat, rupa-rupanya Mina bohong. Omma tak tahu cerita penuh tentang benda tu sebab kes tu memang dah lama tutup. So, bila Mina buat laporan benda ni, pihak polis dah tak percayakan dia. Walaupun Mina ada bukti sekali pun," terang Puan Choi dengan panjang lebar.
Jihyun tergamam. Memang wajarlah polis tidak mempercayai Mina.
"Jadi, dah tak ada apa-apa bukti mengesyaki Puan Jang pembunuhnya," sambung Puan Choi lagi.
"Errmmmmm... betul ke apa yang Mina cakap tu?" soal Puan Choi kepada Jihyun.
"Jihyun tak nak la tuduh sesiapa tetapi berkemungkinan besar memang omma Ara yang bunuh..." jawab Jihyun tergagap-gagap. Dia pun kurang pasti dengan jawapannya walaupun hatinya kuat mengatakan bahawa omma Ara yang membunuh pelajar-pelajar kelasnya.
Puan Choi meraup wajahnya. "Selagi kes ini tak selesai, selagi itulah omma tak boleh nak bebas. Sekarang ni omma perlu tampil ke depan. Omma dah tak tau nak buat macam mana lagi..." Puan Choi menekup wajahnya.
Jihyun sayu melihat ibunya. Jarang dia melihat ibunya gusar sebegini. Kali terakhir dia melihat Puan Choi begini apabila menunggu appanya yang dibedah di hospital akibat kemalangan. Itupun Jihyun ingat-ingat lupa kerana kejadian itu lebih sepuluh tahun yang lalu.
"Omma... Jihyun bersalah sangat. Kalau bukan kerana Jihyun, omma tak akan jadi macam ni."
"Kenapa pula salah Jihyun? Jihyun tak salah pun."
"Ya, Jihyun yang salah. Jihyun patutnya tak libatkan sesiapa dalam kes ni. Omma langsung tak salah tetapi omma yang kena tanggung."
Jihyun duduk di sebelah Puan Choi lalu memegang paha ibunya. "Jihyun janji Jihyun akan betulkan semuanya."
Puan Choi mengukir senyuman meleret. Diusapnya lembut kepala Jihyun dan perlahan-lahan air matanya menitis.
Jihyun tak salah. Kalau bukan kerana kejadian ni, omma tak akan meluangkan masa bersama Jihyun seperti sekarang ini. Semuanya ada hikmah dan hikmah inilah dapat mengeratkan lagi hubungan omma dan Jihyun. Pada waktu yang sama, perasaan kasih sayang terhadap Jihyun semakin tinggi kerana Jihyun satu-satunya yang omma ada.
*******
Keesokan harinya...
Terkebil-kebil Puan Choi membaca surat yang diberikan oleh Areum pagi tadi. Hendak kata dia bermimpi, dia telah pun mencubit paha kanannya dan paha kiri yang terasa sakit. XP
Inilah realiti. Huahuahua...
"Biar betul..." bisik Puan Choi.
Kebetulan, kerani muda (mesti tertanya-tanya nama dia apa jadi, aku letaklah nama kerani muda tu Cik Lee) masuk ke dalam bilik guru lalu meletakkan fail di atas meja Puan Choi.
Puan Choi mendongak kepala memandang Cik Lee. Cik Lee tersenyum meleret dan dia pun faham apa yang dimaksudkan Puan Choi berdasarkan pandangannya.
"Ara... pindah sekolah?"
"Yup. Itu yang buat saya musykil..." jawab Cik Lee.
Puan Choi menggaru-garu belakang lehernya. "Pindah ke Amerika? Jinja?" soal Puan Choi lagi dan dibalas anggukan oleh Cik Lee. Puan Choi melemparkan surat itu di atas meja lalu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Matanya terpejam erat.
Apa makna semua ini?
Adakah Jiwon ingin melarikan diri daripada diburu pihak polis?
Jadi, benarlah bahawa Jiwon pembunuhnya?
*******
Jihyun menghubungi Ara buat kali keenam tetapi panggilannya tidak bersambut.
"Ara ni apasal pulak tak jawab..." omel Jihyun. Dia cuba mendail nombor Ara buat kali ketujuh dan hasilnya tetap sama.
"Jihyun-ah." Seseorang memanggilnya dari belakang lantas Jihyun menoleh memandang seorang lelaki yang berdiri di belakangnya.
"Telefon siapa tu?" soal lelaki itu.
"Ara, dah berapa kali Jihyun call tapi tak dapat." Jihyun sekali lagi mendail nombor Ara. Lelaki itu hanya memerhati gelagat Jihyun yang seperti gusar akan sesuatu.
Lelaki itu duduk di sebelah Jihyun lalu menyerahkan sebungkus roti perisa coklat kepada Jihyun. Terkebil-kebil Jihyun memandang lelaki itu. Macam tahu-tahu sahaja perutnya sedang meragam minta diisi.
Jihyun mengambil roti itu daripada lelaki itu dan mengucapkan terima kasih.
"Wonwoo..."
"Yup?" Wonwoo mengunyah rotinya yang dibeli di kantin. Jihyun mengetap bibirnya.
"Errr... awak rasa kenapa Ara tak datang sekolah?" soal Jihyun. Wonwoo menjadi pelik. Mengapalah tanya soalan tidak logik itu kepadanya?
Wonwoo pun menjawab acuh tak acuh, "Dia cuci pinggan mangkuk."
"Loyaq buruk pulak hang!"
Wonwoo tergelak kecil. Comel sahaja melihat Jihyun marah. Ingin sahaja dia mencubit pipi gebu milik Jihyun tetapi dia tahu batas pergaulannya. Mereka pun bukanlah sepasang kekasih. Cuma teman tapi mesra.
Author: Sejak bila hah? Aku rasa ayat tu tak ada dalam skrip.
Wonwoo: Author sambung je la taip. Banyak pulak songehnya.
Author: -_-"
"Tak adalah. Tadi aku ada dengar Puan Choi sembang-sembang dengan kerani."
"Apa dia?"
"Puan Choi kata Ara pindah sekolah. Katanya ke Amerika."
"Bo???"
Apakah yang bakal berlaku selepas ini? Mampukah Jihyun berjumpa dengan Ara selepas ini? Adakah keluarga Jang akan berpindah ke Amerika? Apakah nasib yang bakal menimpa selepas ini? Apa lagi? Apa lagi??? Apa lagi???!!!!! Tolonglah, aku merayu padamu... oooohhhhh....
Namjoon: -_-" Tak mau masuk campur dah lepas ni.
Maka, author menge'kick buttowski' Namjoon keluar dari ff dengan suka hatinya.
Suga: Tak swag langsung. Cubalah jadi macam aku.
Dengan Suga sekali aku tendang. XD
Mohon jangan kick author secara berjemaah. Sekian. *melutut* *bow 90 degree*
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...