CHAPTER 32

459 47 5
                                    

Disebabkan kesuntukan idea, kita beralih ke hari esoklah.

Areum menoleh ke belakang setelah memberhentikan kereta di hadapan pintu utama sekolah. Jiwon pula tidak habis lagi berbual bersama Ara dan Ara pula hanya melayan sahaja.

"Ara pergi sekolah dulu." Ara meminta diri. Jiwon melambaikan tangan ke arah Ara yang sudah masuk ke kawasan sekolah.

Ara berjalan menuju ke kelasnya keseorangan dan tak berhenti berdoa agar Wonwoo tidak lagi tercegat di hadapan pintu kelas. Tak ingin dia menatap wajah blur Wonwoo.

Bagaikan angin lalu, Jihyun melintas di sebelah Ara menyebabkan Ara terlekat pada dinding. Mak aih! Tiba-tiba sahaja muncul di sebelah tak bagi salam.

"Jihyun-ah!" panggil Ara. Jihyun memberhentikan langkahnya tetapi dia tidak pula menoleh untuk memandang Ara.

Ara menjadi semakin bersalah. Kerana kelmarin, Jihyun terus tidak mahu menatap muka Ara. Bermesej pun sudah jarang. Jihyun seakan-akan ingin menjauhi Ara.

Ara menghampiri Jihyun. "Jihyun, maafkan aku..."

Jihyun pun bergerak menuju ke kelas. Ara mengejar Jihyun dan mereka berdua pun berjalan beriringan. Tak ada pun suara yang keluar dari mulut masing-masing. Kedua-duanya hanya mendiamkan diri sahaja kerana itu sajalah cara terbaik.

Mereka pun menghampiri kelas dan hampir sahaja jatuh bergolek apabila melihat Wonwoo yang tercegat di hadapan pintu.

Apa pula masalah mamat ni? Semalam dah buat orang jatuh peranakan. Ni nak buat orang buasir ke? - Ok, apa yang aku merapu ni. -_-

"Jihyun-ah. Petang ni engkau free tak? Aku nak ajak engkau keluar boleh?" soal Wonwoo kepada Jihyun.

Ara memerhati Jihyun. Jihyun mendiamkan diri.

Suasana menjadi sunyi seketika dan kehambaran jalan cerita sangatlah ketara seperti readers sudah tahu apa yang bakal terjadi. Adakah Jihyun akan terima pelawaan Wonwoo?

Maka, konflik percintaan bakal berlaku dan para pembaca sudah menguap lebar kerana kebosanan.

"Aku free je," jawab Jihyun sambil menunduk.

Ara mengeluh. Dia meluru ke tempat duduknya dan meletakkan beg sekolah. Selepas itu, dia berjalan keluar dari kelas mengikut pintu belakang. Mujur pintu tak berkunci. Kalau tidak, benjol dahi Ara dihempas ke pintu kayu tidak bersalah itu. Senang-senang saja pintu itu dapat makian percuma oleh Ara.

Wonwoo tersenyum. "Err... aku tunggu engkau kat depan sekolah ya?"

Jihyun membalas senyuman itu dengan sengihan.

Huhuhu, hero pujaan author dah merajuk. Entahlah ke mana dia pergi.

*******

"Woi, buka muka surut 80 sebelum aku hempuk kepala sorang-sorang dengan meja aku ni!" Tidak pasal-pasal Puan Choi terpaksa menggunakan suara halkum agarnya pelajar kelasnya menumpu kepada pembelajaran.

Kelas tadinya bising dengan keriuhan para pelajar terus terkemut-kemut hendak membelek buku teks. Semuanya cuak melihat Puan Choi yang tiba-tiba sahaja berubah angin. Hendak kata Puan Choi datang bulan, dia monopos.

Puan Choi: Apa yang engkau merepek ni? I'm still virgin okay?

Author: Virgin??? Anak dua orang pun still virgin ya?

Jungkook: Kenapa? Nak suruh aku nyanyi lagu War of Hormone ke baru tahu siapa yang virgin?

Author: ...

Puan Choi: ...

Jungkook: ...

Jungkook: Bro, aku salah masuk cerita.

Maka, author dengan rela hatinya menendang Jungkook keluar dari ff ini tanpa rasa belas kasihan XP.

"Hah, reti pun nak diam! Tadi aku ingatkan ada promosi jualan murah kat sini. Sekarang ni rasa macam kat tepi kubur apahal?" Dengan riak serius, Puan Choi meneliti semua wajah anak muridnya seperti ingin menelan seorang demi seorang. Dahlah dia belum bersarapan. Ada juga yang selamat masuk ke dalam perut hot mama ni.

"Baiklah, kita akan sambung topik semalam. Sebelum itu, diingatkan bahawa projek yang saya minta telah pun dihantar. Kiranya oklah saya beri kelonggaran untuk siapkan projek ini selama dua bulan tapi masih ada beberapa grup ni belum hantar assignment mereka dan agaknya mereka tak sayang nyawa..." ucapan Puan Choi berbaur ugutan sungguh menggerunkan terutamanya pelajar-pelajar yang dimaksudkan di mana mereka menyembunyikan kepala mereka di dalam beg sekolah masing-masing.

"Kepada yang sudah menghantar, saya ucapkan tahniah. Tapi jangan mengharapkan apa-apa kerana saya tak akan memberi markah bonus. Ok, sambung untuk pembelajaran hari ini. Sesiapa yang kurang faham tentang topik yang saya bincangkan semalam, jangan gusar kerana hari ni saya akan terangkan semula topi tentang selama di mana kebanyakan kamu semua kurang jelas. Untuk kali ini, saya perlukan sepenuh perhatian daripada kamu semua. Tak dapat semua, separuh ilmu yang saya sampaikan kepada kamu semua pun dah kira ok. Yang penting, korang faham. Ada ngerti? Mau gue ngomong indonnya baru kalian semua ngerti?"

Semua pelajar mengangguk laju. Bahaya betul kalau Puan Choi berdialog Indonesia. Bunyi dah macam Jawa beb! Dengan author sekali terasa seperti dalam drama sinetron.

"Bagus. Peringatan terakhir, kalau aku dengar korang buat promosi jualan murah seperti tadi, segala hormatnya aku tendang korang keluar dari kelas aku. FAHAM?"

Semua mengangguk laju. Amboi, garangnya cikgu ni!

Puan Choi pun meneruskan pembelajarannya. Semua pelajar di dalam kelas menumpukan sepenuh perhatian kepada subjek Matematik itu.

Jihyun menguap besar. Mengantuknya!

Jihyun merenggangkan badan sambil matanya menjeling ke arah Ara yang sedari tadi tertumpu ke papan hitam.

Keluhan kecil dilepaskan. Ara merajukkah? Tapi, aku pun merajuk.

Kesimpulannya, kedua-duanya merajuk. Jadi, siapa yang nak pujuk siapa ni?

Author jugak ke yang nak kena pujuk? Author pun malas nak masuk campur.

Setelah berfikir, akhirnya Jihyun bertekad untuk tidak memujuk si Ara. Alah, sekali-sekala keras kepala. Bukannya selalu pun. Lagipun, bukan lama Jihyun ingin merajuk. Nanti rajuknya reda juga.

Jihyun pun kembali menumpukan perhatiannya kepada pengajaran Puan Choi.

YEOJAWhere stories live. Discover now