Perlahan-lahan Ara membuka kelopak matanya. Dia melilau ke sekeliling dan mendapati dia berada di dalam biliknya.
"Macam mana pulak aku boleh ada kat sini?" bisik Ara. Dia menyeringai kesakitan apabila jarinya tersentuh bahagian dahi. Ara menyentuh lebam kecil di dahinya.
Barulah dia teringat kejadian yang menimpanya 2 jam yang lalu...
Flashback
Ara berlari sepantas yang mungkin untuk cepat tiba ke rumah sebelum Areum sampai. Dia tidak mahu perbuatannya diketahui Jiwon atau perkara buruk bakal menimpanya.
Sedang Ara berlari, sebuah kereta meluncur laju di sebelahnya lalu berhenti di hadapannya. Ara tergamam.
Pada waktu itu, seorang wanita keluar dari tempat penumpang dan menghampiri Ara. Serta-merta tapak tangannya diangkat lalu menampar pipi Ara. Ara tergamam.
"Siapa yang benarkan engkau keluar dari rumah tanpa kebenaran aku?" marah Jiwon sambil penumbuknya digenggam erat. Areum keluar dari perut kereta lantas menahan Jiwon dari mengapa-apakan Ara.
Ara hanya mendiamkan diri dan membiarkan Jiwon menengkingnya sesuka hati. Dia sudah terbiasa dimaki sebegitu..
"Omma... omma..."
"Apa? Omma nak melarikan diri ke Amerika?"
Jiwon terdiam. Penumbuknya dilepaskan dan matanya mencerlung tajam tepat ke anak mata anak bongsunya. Ara mengeluh kasar.
"Omma... dah la tu. Cukup la Ara buat semuanya demi omma. Ara..." Ara memandang Areum. Areum pula langsung tidak berkata apa-apa. Seandainya Ara ingin memberitahu perkara sebenar, beritahulah tetapi semuanya tidak akan berubah. Jiwon tetap Jiwon.
Jiwon tersenyum sinis. "Tak akan sesekali... aku tak mahukan dia. Aku mahukan engkau..."
Ara menggigit bibirnya. Dia terus meninggalkan Jiwon dalam keadaan marah.
Sudahlah dia terlibat dalam sandiwara ini. Dia tidak mahu lagi menjadi Ara. Dia mahu menjadi dirinya semula. Dia inginkan dirinya. Seorang namja. NAMJA.
"Omma!"
Bukkk!
Ara rebah ke atas jalan tar. Pandangannya semakin kabur namun, dia dapat mengecam Jiwon memegang batang kayu manakala Areum cuba menghalang Jiwon daripada memukul Ara lagi.
Perlahan-lahan Ara memejam matanya...
End of flashback
Ara memulas tombol pintu tetapi pintu biliknya telah dikunci dari luar. Ara mengetuk pintu biliknya sekuat yang mungkin.
"Eommonim! Bukakan pintu ni!!!" raung Ara.
"Baguslah kalau engkau dah bangun."
Ara terdiam apabila mendengarkan suara Jiwon di luar kamarnya. Nada suaranya sangat menakutkan dan meremangkan sehingga author pun tak senang duduk memandangkan author menaip cerita ini dalam suasana yang gelap dan menakutkan la sangat sambil ditemani lagu Seventeen Adore U.
"Omma, bukak pintu ni!"
"Takkan selagi engkau mengaku yang engkau ni Jang A Ra."
"Omma jangan nak merepek la. Omma buka pintu ni!"
Jiwon ketawa mengilai. Ara terundur sedikit ke belakang. Mendengarkan nada suaranya, terus niat Ara terbantut untuk berhadapan dengan ibunya. Jujur, Jiwon sangat menakutkan sekiranya perwatakannya berubah kepada seorang watak antagonis. Tak sanggup Ara melihat wajah ibunya kini. Cukuplah dia melihat wajah gerun ibunya beberapa tahun yang lalu.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...