CHAPTER 15

459 51 9
                                    

Baru sahaja Ara ingin melangkah masuk ke dalam kelas, seseorang melanggar bahu Ara dari belakang. Hampir sahaja Ara terjatuh menghempap lantai namun dia sempat mengimbangkan badannya. Dia menjeling ke arah seorang pelajar perempuan yang duduk di tempatnya dengan riak wajah tidak bersalah. Malahan, siap bergelak ketawa dengan rakan-rakannya.

Semenjak Ara menjadi perhatian lelaki, geng tiga diva selalu sahaja mencari pasal dengan Ara. Terutamanya Jaekyung. Ada sahaja yang tidak puas hati. Mana tidaknya? Jaekyung terlalu cemburu kerana kekasihnya selalu sahaja memuji Ara di setiap sudut. Jaekyung pun pelik akan citarasa lelaki. Ara bukannya lawa mana pun tetapi ramai lelaki beria-ia nakkan Ara. Dah buta agaknya...

Itulah orang cakap. Cinta itu buta dan cinta tak kenal paras rupa. Chewah!

Ara duduk di tempatnya dan memerhati meja sebelahnya. Jam menunjukkan masih sepuluh minit lagi tinggal sebelum waktu pembelajaran bermula. Namun begitu, Jihyun masih belum menunjukkan dirinya.

Ara mengeluarkan buku nota yang sengaja ditinggalkan di bawah meja dan diletakkan di atas meja. Tiba-tiba, sekeping foto jatuh ke atas ribanya. Terkebil-kebil Ara memandang foto tersebut.

"Siapa ni?" soal Ara lalu memerhati foto tersebut. Kelihatan dua orang budak, lelaki dan perempuan sedang membuat gaya peace sambil menayangkan giginya. Ara cuba mengecam wajah kedua-dua budak tersebut. Setelah diperhati, barulah Ara menyedari bahawa budak perempuan yang bertocang dua di dalam foto itu ialah Jihyun. Tapi, siapa pula budak lelaki ni?

Sedang Ara menatap foto itu, mejanya diketuk oleh seseorang. Ara mendongak kepala dan memandang Jihyun yang sedang tersengih-sengih.

"Sorry lambat!" Jihyun duduk di tempatnya di sebelah tingkap. Ara pula segera menyelitkan foto itu di dalam buku notanya agar tidak disedari Jihyun.

"Tengok gambar apa tadi?" soal Jihyun lalu mengeluarkan buku teksnya.

Ara cuba berdalih, "Gambar aku dengan kakak aku. Aku terjumpa dalam buku nota. Kenapa?"

"Hihihi... nak tengok?" Jihyun dengan ringannya menadah tangan. Ara menggeleng-geleng.

"Tak boleh."

"Alah, dengan chingu sendiri pun nak berahsia!" Jihyun memuncungkan bibirnya.

Ara tergelak kecil. Nampak comel sahaja reaksi Jihyun pada pandangan Ara.

"Dahlah, jangan nak buat muka comel tu. Habis sekolah nanti aku belanja minum kopi kat kafe."

Mata Jihyun yang tadinya sepet terus menjadi bulat dan bersinar-sinar. Orang yang ajak belanja, takkan nak ditolak?

"Dah dah. Ni hah, projek yang cikgu suruh buat ni bila nak mula?" Ara mengubah topik. Jihyun mengetuk dagunya dengan jari telunjuk.

"Esok esok je la. Hari ni kita enjoy dulu. Esok lepas habis sekolah kita pergi library ya?" cadang Jihyun. Ara mengangguk menyetujuinya.

*******

Waktu rehat...

Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin untuk mengisi perut. Hanya Jihyun sahaja yang duduk di dalam kelas dan menyiapkan kerjanya. Setakat ini, sudah 40 muka surat Jihyun berjaya siapkan. Satu peningkatan yang memberangsangkan. Namun, masih beratus-ratus muka surat lagi yang perlu dilaksanakan. Maka, Jihyun terpaksa menyiapkan kerjanya pada waktu malam sebelum tidur agar kerjanya dapat dihabiskan dengan jangka masa yang pendek. Biarlah. Bukan Encik Ha tahu pun!

Ara baru sahaja ingin keluar dari kelas untuk membelikan makanan di kantin namun, dihalang oleh Jihyun.

"Nanti engkau lapar pula. Biar aku yang belikan makanan untuk engkau," ujar Ara.

Jihyun menggeleng-geleng.

"Tak payah. Aku ada bawak bekal ni." Jihyun mengeluarkan bekas makanan berwarna hijau muda lalu diletakkan di atas meja Ara. Dia membuka penutupnya dan serta-merta aroma makanan itu menusuk kalbu.

"Wah! Kimbap!" Ara mencapi satu potongan kimbap lalu disuakan ke dalam mulutnya. Dikunyahnya perlahan-lahan. Matanya terpejam erat.

"Sedapnya!"

"Air tangan aku. Memanglah sedap," jawab Jihyun. Tangannya ligat menyiapkan kerja sekolahnya.

Ara mengambil kimbap lalu dihalakan ke arah Jihyun.

"Meh aku suapkan."

Jihyun tersengih-sengih lalu membuka mulutnya seluas yang mungkin. Ara memasukka kimbap ke dalam mulut Jihyun yang sedang menyiapkan kerja sekolahnya yang masih banyak.

"Wah! Memang sedap. Tambah-tambah pula ada orang yang suapkan. Lagi sedap," kata Jihyun dengan mulut yang penuh.

Ara tergelak melihat telatah comel Jihyun.

"Yang suap kimbap tu aku, memanglah rasa sedap."

Mereka pun ketawa kegembiraan dan tanpa disedari, mereka diperhati oleh seorang pelajar di luar kelas. Dia mengukirkan senyuman lalu menangkap gambar mereka berdua melalui telefon bimbitnya.

Tidak lama lagi, semua akan membencikan engkau! CHOI JI HYUN ~

*******

Chap ni terpaksa dipendekkan kerana author kekeringan idea XP

YEOJAWhere stories live. Discover now