CHAPTER 18

408 45 5
                                    

Keesokan harinya...

4.00 a.m

Seorang pegawai polis yang dikenali sebagai Inspektor Jo bergegas masuk ke dalam balai polis setelah mendapat berita daripada pekerja bawahannya. Dia masuk ke dalam sebuah bilik di mana terdapat dua orang polis sedang berbincang tentang kes yang perlu dikendalikan.

"Apa kes kali ni?" soal Inspektor Jo kepada orang bawahannya. Mereka berdua memberi tabik hormat sebelum membuat laporan.

"Kes kemalangan di jalan XXX, seorang mangsa didapati mati digilis sebuah treler. Kesemua badannya hancur kecuali bahagian kepala."

Inspektor Jo terkejut.

"Kes bunuh diri ke?"

Salah seorang daripadanya menggeleng. Mereka mengeluarkan laporan yang sudah tercatit ke dalam fail lalu diberikan kepada Inspektor Jo. Inspektor Jo membelek setiap helaian kertas.

"Mangsa bernama Lee Soo Yeon, berumur 18 tahun. Bersekolah di XXX High School. Turut diselitkan satu nota di mana bukti kukuh menunjukkan bahawa kemalangan ini disengajakan," terang pegawai polis wanita.

Inspektor Jo membaca nota yang diselitkan di dalam fail.

5.00 p.m,

Aku berjalan keseorangan dan aku merasakan bahawa seseorang sedang mengikut aku dari belakang. Aku takut tapi aku cuba endahkannya. Aku teruskan perjalanan sehinggalah aku tiba ke rumah. Namun, aku tidak sempat masuk ke dalam rumah kerana seseorang telah memukul aku dari belakang. Dahi aku berdarah. Aku tidak sedarkan diri.

7.00 p.m

Aku buka mata. Sedar saja, aku ada di tengah-tengah hutan belantara. Aku takut. Aku cuba melarikan diri dari tempat menakutkan ni tapi aku tak berjaya. Banyak kali aku terjatuh dan terjatuh sehingga tapak tangan aku tercedera. Tapak tangan aku tercucuk duri dan salah satu jari aku patah. Lutut aku pula tercucuk ranting akar sampai terkoyak kulit bahagian lutut aku hingga ke isi. Aku menyeringai kesakitan kerana aku tidak dapat menahan sakitnya. Malahan, tulang di bahagian lutut aku tersembul keluar. Disebabkan aku terjatuh banyak kali, tulang lutut aku retak dengan teruk dan kaki aku tak dapat berfungsi, tak boleh berjalan...

"Aahh!"

Sooyeon menangis semahu-mahunya. Sesungguhnya dia tidak dapat menanggung keperitan ini. Dia sedaya upaya untuk berjalan tetapi tidak mampu. Dia seakan-akan lumpuh. Kepala lututnya pula seperti ingin terpisah dari pahanya. Namun begitu, tiada gunanya dia menangis dan meminta pertolongan kerana tiada sesiapa pun yang dapat mendengar.

Sooyeon mengesotkan tubuhnya di atas tanah.

"Tolong!"

Tiba-tiba, seseorang menarik kaki Sooyeon dari belakang menyebabkan badan Sooyeon terseret di atas tanah. Tangan Sooyeon tergapai-gapai untuk mencapai batang pokok tetapi tidak berjaya.

Sooyeon menjerit kuat.

Akhirnya, badannya tidak diseret lagi apabila seseorang telah menariknya ke satu tempat. Tidak lagi dia merasakan pasir-pasir dan juga batuan kecil yang mencalarkan tubuhnya.

"Tolong..."

Tiba-tiba, satu cahaya yang muncul dari arah kanan Sooyeon. Sooyeon memusingkan kepalanya memandang sumber cahaya itu. Jeritan Sooyeon semakin kuat.

Sebuah treler meluncur laju di atas jalan.

Perlahan-lahan treler itu berhenti. Sedikit demi sedikit, tubuh aku dilenyek tayar yang bersaiz besar. Dari bawah, kaki aku semakin hancur digilisnya sehingga isi dan daging pada tubuh aku terlekat pada tayar hadapan. Tayar itu menggilis lagi sehinggalah bahagian leher aku. Darah tidak henti-henti mengalir keluar dari mulut aku. Mata aku pula tersembul keluar seakan-akan ingin tercabut keluar. Hanya kepala aku sahaja yang tinggal pada masa itu.

Tepat jam 7.46 pm, aku menghembuskan nafas yang terakhir.

Inspektor Jo memejamkan matanya. Langsung dia tidak dapat membayangkan betapa deritanya Sooyeon apabila disakiti sebelum dia kemalangan. Apalah salah budak itu sehingga dibunuh sekejam itu?

*******

Flashback

Hanbo yang merupakan pemandu treler memandu treler dengan berhati-hati melalui jalan yang agak gelap dan hanya diterangi lampu jalan. Hanbo bersiul-siul mengikut rentak lagu yang terputar di radio yang dia pasang.

Tiba-tiba, lampu jalan terpadam dengan sendirinya. Hanbo hampir sahaja hilang kawalan kerana terkejut namun, dia berjaya mengelak daripada terbabas treler ke tepi jalan memandangkan jalan itu sangat kecil dan bahaya untuk dilalui. Tambahan pula kenderaan yang dibawa sangat besar.

Sedang Hanbo memandu, matanya dikecilkan apabila terpandangkan seorang manusia berdiri terpacak di tengah-tengah jalan. Pantas Hanbo menekan brek dan akhirnya, treler berhenti.

"Woi, bahaya betul dia tu berdiri kat tengah jalan!" bebel Hanbo dan ingin sahaja memberi makian percuma kepada makhluk tak takut mati itu. Hanbo turun dari treler dan ingin memaki makhluk itu namun, niatnya terhenti apabila mendapati manusia itu telah pun tiada. Hanbo menggaru-garukan kepalanya kehairanan.

Lampu jalan kembali menyala.

Hanbo ingin berpatah balik ke trelernya tetapi dia terjatuh di atas jalan tar apabila mendapati satu mayat yang hancur di celahan tayar trelernya. Hanbo tergamam dan tak mampu berkata apa-apa. Ditenungnya satu kepala yang tersembul keluar di bawah treler. Hanbo segera mengeluarkan telefonnya lalu mendail satu nombor.

"Anyeonghaseyo! Polis!"

Beberapa minit selepas itu, kawasan kemalangan dikelilingi beberapa orang. Semuanya seakan-akan tidak percaya melihat mangsa kemalangan yang mati dalam keadaan yang sangat mengerikan.

"Macam kain baju sekolah ni. Mungkin dia budak sekolah," teka salah seorang lelaki yang berada di situ.

Hanbo meraup wajahnya. "Macam mana aku nak jawab nanti? Sungguh aku tak perasan budak ni!"

Keadaan menjadi riuh seketika.

Kebetulan, seorang pelajar perempuan melalui jalan itu dan terlihat sebuah treler berhenti di atas jalan. Mujurlah tak ada kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Hanya terdapat dua buah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Mina menghampiri kawasan itu. Sepasang matanya yang sepet menjadi bulat apabila dia dapat mengecam wajah mayat itu.

Mina terdiam seketika.

Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendekati mayat itu. Dengan menggunakan flash, dia menangkap mayat yang mati terkulai di atas jalan...

Sebagai bukti bahawa 'dia' telah membunuh orang...

Dan ini merupakan mangsa keempatnya...

YEOJAWhere stories live. Discover now