Bermulalah babak paling hambar abad ini. Pesanan terakhir daripada author paling swag di atas muka bumi ini, janganlah baca bab ini kalau anda seorang yang cepat bosan.
Pada waktu petang yang tenang dan mendamaikan, duduklah dua orang gadis di bawah pokok rendang. Angin petang yang sepoi-sepoi meredakan kehangatan akibat sang matahari yang menerangi langit yang cerah membiru. Kicauan burung meriuhkan kesunyian. Bosankan dengan ayat skema ini?
Sepuluh minit bertapa di tepi gelanggang, sepuluh minit juga tiada sepatah kata yang terbit keluar dari mulut masing-masing. Kedua-duanya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.
Jihyun menjeling ke arah Ara yang sedang merenung ke ruang gelanggang.
"Ara, kita ni boleh la dikatakan agak lama berkawan." Jihyun memulakan bicara. Ara mengangguk mengiakannya. Dia menoleh kepala memandang Jihyun.
"Jadi?"
"Jadi... Aku rasa engkau patut tahu satu perkara ni."
Ara berminat mendengar cerita daripada Jihyun. Jihyun telah pun merenung langit yang membiru.
"Aku tahu kau tahu..."
"Maksud engkau?" Ara terpinga-pinga.
"Engkau mesti dah jumpa gambar tu kat bawah meja engkau kan?"
Ara terkejut. Dia tidak percaya bahawa perbuatan Ara mencuri foto yang dijumpainya telah dikesani Jihyun.
"Engkau mesti tertanya-tanya siapa Jisoo tu." Bibir Jihyun tidak lekang dengan senyuman. Di dalam fikirannya, terbayangkan wajah Jisoo yang pernah muncul dalam hidup Jihyun bertahun-tahun lamanya.
Ara menunduk ke bawah. Fikirannya ligat berputar. Siapa Jisoo dalam hidup Jihyun?
Adakah mereka bercinta?
"Kalau engkau nak tahu, tempat yang engkau duduk di dalam kelas ialah tempat Jisoo dulu."
Ara memandang Jihyun yang masih lagi mendongak ke langit.
"Kitorang memang rapat. Macam beluncas. Jisoo tu kawan baik Wonwoo. Mereka berdua best buddies la katakan. Selalu lepak sama-sama. Tapi tak macam hubungan aku dengan Jisoo. Kitorang... lebih dari seorang kawan."
Ara pula menjadi cemburu. Selama ni Jihyun dan Jisoo saling mencintai antara satu sama lain ke? Pelbagai spekulasi bermain-main di minda Ara tika ini.
"Sebenarnya... aku dengan Jisoo..."
Ara tertunggu-tunggu jawapan dari Jihyun. Dia sedar yang Jihyun mengeluarkan sesuatu dari beg sekolahnya iaitu sekeping gambar. Gambar itu berkemungkinan diambil tiga tahun yang lepas di tepi pantai. Kelihatan Jisoo dan Jihyun berpelukan sambil membuat peace. Mak aih! Itukah Jisoo? Hensem hihihi....
Cemburu Ara meluap-luap. Maksudnya, Jihyun pernah kapel ka?
Author: Ara, engkau dengar la dulu apa Jihyun nak cakap. Jangan nak cemburu buta sangat.
Ara: Amboi, dia yang bagi skrip ni! Aku ikut je la.
Jihyun tersenyum-senyum. Dia masih ingat lagi kenangan dia bersama Jisoo di tepi pantai. Gambar ini ditangkap oleh Puan Choi.
"Jisoo tu kembar aku."
WHAT?
Ara terkejut. What the... muka tak sama, beb! Tang mana kembarnya.
Jihyun tergelak kecil. "Aku rasa aku dah agak apa yang engkau fikir sekarang ni. Muka kitorang memang tak seiras. Kembar tak seiras. Dia abang kembar aku. Kitorang memang rapat sejak kitorang lahir lagi. Orang yang tak kenal kitorang mesti ingat kitorang kapel."
Tahu pun, getus hati Ara.
"Seperti yang aku cakap kat engkau, aku tak ada kawan melainkan Jisoo seorang. Apa-apa aktiviti kelas pun, aku selalu satu grup dengan Jisoo. Jisoo ni hensem, ramai fans. Tak pula macam aku. Siapa la berkenan?"
V: Aku ada. Haiyya, jangan sedih ma. Nanti abe muncul.
"Ada la budak perempuan termasuk si Jaekyung sendiri ajak Jisoo kapel tapi Jisoo tolak. Dia tahu kalau dia kapel dengan mana-mana perempuan, dia akan tinggalkan aku. Dia sayang gila kat aku sebab aku adik dia. Apa-apa yang aku buat, dia akan pantau. Omma cakap Jisoo dah macam arwah appa aku pula. Arwah appa aku tu dah lama pergi masa umur kitorang 2 tahun. Dia tu tegas. Jisoo pun sama. Dan aku ni terlalu manja dengan Jisoo sehinggalah satu hari..."
Jihyun seperti ingin menangis mengenangkan kejadian di mana Jisoo pergi buat selama-lamanya.
"Jisoo... Jisoo demam. Jadi, aku suruhlah dia duduk rumah ja tapi dia tak nak. Dia nak jaga aku. Dia tak nak aku pergi sorang-sorang. Puas aku pujuk tapi dia berkeras jugak. Akhirnya, dia mengalah. Aku pun pergilah. Habis sekolah dan masa tu aku kat tepi jalan, aku ternampak Jisoo kat seberang. Masa tu aku happy sangat. Jisoo pun lintas jalan tapi tiba-tiba... ada sebuah kereta langgar Jisoo. Langgar lari. Dia tinggalkan Jisoo terkulai macam tu ja. Aku pergi kat dia dan letak kepala dia atas riba aku. Puas aku suruh dia bertahan sementara ambulans sampai. Dia pula masih tersenyum dan dia tinggalkan pesanan untuk aku. Dia pesan tolong jagakan omma dan jangan sedih meratapi pemergian dia. Tak lama lepas tu, dia hembus nafas terakhir dia. Aku langsung tak jangka ajal dia dah sampai masa tu. Dah dua bulan aku... aku jadi tak tentu hala dan tak ada arah tuju tapi aku tahu Jisoo akan kecewa kalau aku bersedih. Selama dua bulan aku pergi ke kubur dia, melawat dia. Selepas tu, aku tak pergi dah ke sana sebab aku akan sedih. Setahun lepas tu, barulah aku lawat semula. Aku dah boleh terima hakikat. Tapi, aku tetap tak akan lupakan dia. Aku rindu dia."
Akhirnya, Jihyun menangis teresak-esak. Hidung mancungnya pun merah-merah. Dia pun sudah tidak sanggup menyambung ceritanya kerana ceritanya akan membuatkan dia kembali bersedih. Dia pun tidak mahu Jisoo bersedih melihat dia menangis disebabkan Jisoo tetapi apakan daya? Dia tidak berdaya untuk melawan. Tidak berdaya untuk bertahan. Dia insan yang lemah. Dia ada kelemahan. Tak mungkin dia mampu bertahan.
Ara turut berasa sedih. Dia faham akan kesedihan yang dialami Jihyun apabila kehilangan orang yang tersayang. Mula-mula si ayah dan selepas itu, kembarnya sendiri. Betapa peritnya Jihyun menanggung penderitaan tetapi dia cuba untuk menyembunyikan kesakitannya di hadapan orang. Langsung Ara tidak jangka bahawa Jihyun turut mengalami kehilangan insan tercinta.
Begitu juga dengan Ara. Dia juga kehilangan appanya ketika dia umur 10 tahun...
Patutkah aku bagitahu dia?
Tapi...
Boleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat. Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku?
"Jihyun-ah, aku faham perasaan engkau. Aku pun sebenarnya tak paksa engkau ungkit kisah lalu..." Ara cuba memujuk Jihyun. Dia mengusap belakang Jihyun lembut.
Jihyun mengesat air matanya lalu sedaya-upaya melebarkan senyumannya seakan-akan tiada apa yang perlu dirisaukan.
"Tak apa, Ara. Tiada sesiapa yang salah soal ini," ucap Jihyun.
Ara menarik nafas dalam-dalam.
Adakalanya, dia harus bercakap perkara yang sebenar agar tiada salah faham berlaku. Lagipun, lambat-laun Jihyun akan tahu juga.
Lebih baik dia beritahu sekarang...
"Park Chae Lin, dia pernah buli engkau ke kat sekolah lama?"
Soalan Jihyun mengejutkan Ara. Bagaimana pula Jihyun kenal gadis itu.
"Chaelin... Chaelin tu..." Ara tergagap-gagap.
Ara meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan.
Nampaknya banyak juga benda dia perlu jelaskan kepada Jihyun.
Ara memandang Jihyun. Ara tahu bahawa Jihyun betul-betul hendak tahu pasal Chaelin. Tapi, Jihyun perlu tahu kisah lalu Ara kerana kisah Ara itu yang menyebabkan Chaelin mati.
"Jihyun-ah, aku ada satu cerita kat engkau. Tu pun kalau engkau nak dengar."
Terangkat-angkat kening Jihyun. Amboi, nak berdalih ke?
Jihyun mengangguk laju.
Ara tersengih-sengih.
"Tentang satu keluarga ni. Ceritanya begini..."
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...