CHAPTER 40

418 43 1
                                    

Puan Choi tidak dapat mengajar kerana terlibat dalam mesyuarat guru-guru di Incheon dan waktu mengajarnya diganti oleh Encik Ha. Seperti biasa, rotan kesayangannya akan dibawa ke mana-mana dan kali ini dia membawa kekasih abadinya ke kelas Puan Choi.

"Disebabkan Puan Choi tidak dapat mengajar kelas kamu hari ni, saya akan ganti tempat dia dan mengajar subjek sains. Semua keluarkan buku teks masing-masing." Arahan Encik Ha membuatkan pelajar-pelajar kelas itu merungut. Sepatutnya waktu itu diisi dengan pembelajaran matematik tetapi kali ini perlu menepukan otak mereka dengan pelbagai istilah sains.

Encik Ha meletakkan bukunya di atas meja lalu sepasang matanya meliar ke sekeliling untuk memastikan pelajar-pelajar kelas itu berada di dalam kelas dan tidak merayau ke mana-mana atau rotan itu juga akan melekap di punggung mereka kerana sudah seminggu rotan itu tidak melekap ke punggung mangsa.

Encik Ha memerhati dua tempat duduk yang kosong lalu dia memerhatikan rekod kelas itu. Setahunya hanya seorang sahaja yang tiada di dalam kelas. Itupun sudah dimaklumkan akan berpindah ke Amerika. Siapa pula gerangan yang menghilangkan diri secara tiba-tiba ni?

"Kejap, mana Jihyun?"

*******

Tercungap-cungap Jihyun setelah melarikan diri sejauh 500m dari kawasan sekolah. Mujurlah cikgu disiplin tidak tahu akan tindakan Jihyun yang curi-curi keluar dari sekolah.

Jihyun berhenti berlari lalu menarik nafas sedalam-dalamnya. Nak pengsan pun ada.

Jihyun mengesat peluhnya yang bertitis di dahi. Dia berjalan melalui kaki lima menuju ke satu destinasi.

Setibanya di hadapan rumah, Jihyun menekan loceng rumah banglo tersebut. Ditekannya beberapa kali tetapi tiada seseorang pun yang sudi membuka pintu pagar rumah tersebut. Harap sahaja rumah besar, tapi rumah krik krik.

Dengan malasnya, Jihyun berjalan pulang ke rumah. Ternyata sia-sia dia memonteng sekolah semata-mata untuk melaksanakan misi mencari Ara. Namun, misinya gagal begitu sahaja. Sungguh tak berbaloi.

Kakinya lemah-longlai melalui kaki lima. Hendak tercabut kepala lututnya setelah berjalan bagaikan tak cukup tanah. Sedang dia berjalan, matanya menangkap satu manusia yang berjalan jauh di hadapannya.

Kalau diikutkan fizikal manusia itu dari belakang, manusia itu ialah...

"Ara!" panggil Jihyun dengan kuat namun, panggilannya tidak terjawab. Ara bagaikan terperangkap dalam lamunannya. Siap ada awan mendung lagi terpacak atas kepala dan petir berdentum kuat di sekelilingnya. Nasiblah tiada hujan membasahi manusia itu. Alamatnya kenalah pulang ke rumah dan menukar pakaian semula.

Jihyun mencebik. Mengelamun tak ingat dunia betul. Dah nak semput aku panggil budak ni tapi dia buat-buat pekak juga.

"Jang A Ra!!!!" jerit Jihyun lagi. Walau bagaimanapun, jeritannya tidak diendahkan manusia itu. Jihyun mengejar manusia itu secepat yang mungkin dan tak henti-henti memanggil nama manusia itu.

"Ara-ssi!"

"Ara!!!!"

"Jang A Ra!!!"

Entah kali keberapa Jihyun memanggil manusia itu dan kesekian kalinya manusia itu buat tidak heran. Jihyun memberhentikan lariannya dan matanya mencerlung ke arah manusia itu yang jauh di hadapan.

"Kim Tae Hyung!"

Ara berhenti mengelamun. Serta-merta jantungnya berdegup kencang lantas menoleh ke belakang apabila seseorang memanggil namanya. Ara terkejut saat melihat Jihyun yang entah muncul dari ceruk mana menghampirinya.

"Yah! Kenapa aku panggil engkau buat-buat tak dengar?" soal Jihyun dengan geram. Hendak sahaja dia menumbuk wajah manusia itu.

Ara merenung Jihyun lama. Begitu juga dengan Jihyun.

YEOJAWhere stories live. Discover now