CHAPTER 3

800 86 7
                                    

Cinta...

Krup! Krap!

Sepanjang aku hidup di atas muka bumi ini, aku tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki. Aku bersendiri.

Krup! Krap! Krup! Krap!

Sepanjang aku hidup jugalah, aku selalu sahaja memerhati sepasang kekasih yang kelihatan sangat mesra dan bersawit-sawit tak ingat dunia. Cemburu? Gila tak cemburu? Aku pun nak juga rasa apa itu erti mencintai antara satu sama lain.

Ngap! Krup! Krap! Krup! Krap!

Aku pun nak bercinta. Tapi, aku perlu cari lelaki. Lelaki yang boleh membahagiakan aku. Sebelum tu, aku kena tahu isi hati dia. Aku kena tahu sifat peribadi dia. Baik ke tidak? Lepas tu, barulah aku nak tahu isi hati dia. Dia ni ikhlas atau tidak untuk mencintai aku. Dan lepas tu, barulah bercinta! Alangkah indahnya bercinta...

Namun, tak semua cinta menemui kebahagiaan di penghujungnya, kan?

"Oh, Rahul! Kenapa engkau tak boleh terima Anjali? Rahul!" Hampir tersembur kerepek kentang yang penuh di dalam mulut Jihyun. Air matanya pula hampir sahaja bercucuran saat menonton filem Hindustan kegemarannya.

"Hoi, tak senonoh betul!" Malang tak berbau, bantal yang tidak mempunyai sayap terbang dengan gahnya dan terhempas betul-betul di muka Jihyun. Nasib baiklah tak terluah segala isi kerepek di dalam mulut Jihyun.

Jihyun menelan kerepeknya lalu menjeling ke arah Puan Choi. Puan Choi menghadiahkan sengihan paling lebar ke arah anak perempuannya. Seronok betul dapat mengusik anaknya.

"Omma ni kan? Jihyun baru je nak menjiwai watak cerita ni. Omma kacau daun pulak."

"Omma tak kacau daun. Omma kacau anak omma."

"Omma!"

Puan Choi tergelak. Dia mengambil segenggam snek lalu dimakannya satu per satu. Tak terlalu gelojoh seperti Jihyun yang menyumbat segenggam snek ke dalam mulutnya seperti tupai tanah yang ingin menyembunyikan kacang tanah.

"Rahul!" Punyalah mendalam Jihyun menghayati filem Kuch Kuch Hota Hai seperti dia memahami perasaan Anjali ketika ini. Betapa sedihnya apabila sahabat baiknya, Rahul meninggalkan Anjali dan paling Anjali sakit hati apabila Rahul ingin meluahkan perasaan cinta terhadap gadis lain. Effect petir berdentum pun dahsyat bak hang!

"Anjali!" Puan Choi pun turut serta menghayati filem Hindustan yang dilakonkan oleh Kajol dan Shah Rukh Khan.

"Rahul!"

"Anjali!"

"Rahul!"

"Mangkuk hayun!"

Tidak semena-mena kepala Jihyun diketuk dengan mangkuk oleh Puan Choi. Wajah Puan Choi kelihatan bengis mengalahkan singa betina mandul. -_-"

"Engkau habiskan kerepek ni? Aku baru je dapat makan segenggam."

"Omma ni kacau la. Hal kecil pun nak kecoh."

"Jihyun..."

Jihyun meletakkan jari telunjuknya di bibir. Puan Choi mencebik. Amboi, nak ajar aku pulak!

Puan Choi mengambil alat kawalan jauh lalu membuka siaran lain. Jihyun yang baru sahaja ingin melelehkan hingus terpaksa menyedut masuk ke dalam rongga hidung. Air matanya diseka.

"Omma!"

"Tak payah. Layan Barney and Friends ni."

Jihyun memuncungkan bibirnya. Nak tak nak, terpaksalah juga dia menghadap si dinosaur berbadan ungu ini. Tangannya pula disilangkan dan begitu juga kakinya.

YEOJAWhere stories live. Discover now