Pagi yang indah. Langit yang cerah. Jihyun yang bosan.
Jihyun termenung ke luar tingkap. Nak siapkan kerja sekolah, kesemuanya telah pun dia siapkan. Nak diajak berbual, dia mana ada kawan. Kalau diikutkan sahaja, ingin saja dia membawa Teddy dan bercakap kononnya Teddy faham akan perasaannya. Namun, dia bukanlah Mr. Bean. Mr. Bean tu atau nama sebenarnya Rowan Atkinson seorang profesor dan orang tetap anggap dia bijak walaupun dia hanya bercakap dengan Teddy. Kalau Jihyun buat macam tu, jadi salah seorang penghuni Hospital Tanjung Rambutan la.
Sekiranya ada penulis novel yang ingin menjadikan kisah hidup Jihyun sebagai satu novel, lupakan sajalah. Hidupnya sangat membosankan seperti hidup author.
Bosan.
Bosan...
"Ok, semua!"
Bosan........
"Hari ini kita ada pelajar baru yang akan masuk ke kelas kita. Kamu perkenalkan diri kamu di hadapan kawan baru kamu."
Bosan..........................................
"Anyeonghaseyo. Jang A Ra imnida. Sila tunjuk ajar saya." Ara menunduk hormat.
Jihyun mengalihkan pandangan ke hadapan kelas. Sepasang matanya yang kuyu menjadi bulat apabila terpandangkan seorang gadis tinggi sedang meleretkan senyuman segaris kepada pelajar-pelajar kelas itu.
"Kyeopta!"
"Omo! Tingginya dia!"
Dan pelbagai lagi pujian diberikan kepada gadis tinggi itu. Kesemua pujian itu pula keluar dari bibir-bibir jantan miang di dalam kelas itu. Pelajar perempuan di dalam kelas pula mula berbisik sambil menjeling-jeling ke arah Ara lagak juri.
"Aigoo! Duduklah sebelah abang ni. Sebelah abang kosong..."
"Atuk engkau. Aku nak duduk mana?" Wonwoo mengetuk kepala rakannya. Rakan sebelahnya tersengih-sengih.
"Ara, kamu boleh ambil tempat di sebelah Jihyun di belakang tu," arah Puan Choi kepada Ara. Ara mengangguk mengerti lalu mengambil tempatnya.
Jihyun segera mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Dia langsung tidak menjangka pelajar baru kelasnya ialah seorang gadis comel dan tinggi. Jika diletakkan Woozi di sebelah Ara, bagai kakak dan adik. Kesian Woozi aku. Jangan marah... XD
"Puan Bo tak dapat datang disebabkan kesihatan dia yang agak memudaratkan. Jadi, dia pesan kepada kamu semua untuk siapkan kerja sekolah yang dia beri minggu lepas. Kalau dah siap, sambung muka surat yang seterusnya. Saya harap kamu semua diam dan tak buat bising." Puan Choi memberi pesanan kepada anak muridnya sebelum beredar menuju ke pejabat.
Pelajar-pelajar lelaki mula mengerumuni Ara dan mengajukan pelbagai soalan. Ara pula malas melayan soalan tidak berasas dan hanya menjawab sepatah sahaja bagi setiap soalan seperti 'Ya', 'Tak', 'Hmmm', 'Ah'.
Tak faham betul masalah author yang suka main copy paste ni.
Jihyun mengeluh. Hanya disebabkan ingin menemu ramah seorang gadis yang entahlah datang dari ceruk mana, Jihyun telah dipinggirkan oleh masyarakat sekeliling dan hampir tertolak jatuh dari kerusi. Budak-budak ni memang melampau.
"Woi, korang jangan buat bising boleh tak? Kan Puan Choi dah pesan buat kerja sekolah?" penolong ketua kelas mula bersuara dan disokong oleh pelajar-pelajar kelas itu.
"Kecoh ah? Nak tanya ja pun. Dia kan budak baru?"
"Yalah, jom duduk! Aku pun malas dengar mak nenek bebel."
Pelajar-pelajar perempuan mencebik dan sempat menjeling ke arah Ara. Hanya disebabkan Ara baru sahaja berpindah ke sekolah itu, Ara telah menjadi perhatian ramai lelaki.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...