Seperti yang dijanjikan, Jihyun menunggu Wonwoo di hadapan pintu utama sekolah. Jihyun duduk di perhentian bas sambil memerhati setiap pelajar yang keluar dari sekolah. Setiap wajah diteliti untuk mencari kelibat Wonwoo. Lima minit menunggu tetapi Wonwoo belum muncul jua. Tak tahulah apa yang dilakukan lelaki itu sehinggakan Jihyun panas punggung menunggu kehadiran lelaki itu. Walau bagaimanapun, Jihyun tetap menunggu.
Tiba-tiba, seseorang duduk di sebelah Jihyun menyebabkan Jihyun terkejut sehingga terhinjut sedikit tubuhnya. Nasib baik tak tergolek ke belakang. Tidak pasal-pasal buat free show tayang seluar dalamnya bercorak bunga ros.
Jihyun memandang Ara.
"Jihyun, aku tak tahulah engkau tak suka aku tapi bagilah aku peluang. Lagipun, aku percayakan engkau dan yakin yang engkau boleh terima aku seadanya." Suara Ara yang merayu-rayu cukup meruntun hati Jihyun. Sungguh bermakna... la kononnya. *tangan di bahu*
Ara benar-benar inginkan jawapan daripada Jihyun, namun hanya keluhan sahaja dilepaksan dari gadis itu. Jihyun mengalihkan pandangannya ke arah lain untuk menenangkan fikirannya.
"Jihyun!"
Jihyun dan Ara menoleh ke arah seorang lelaki yang baru muncul sambil melambai-lambaikan tangan. Jihyun tersengih lalu bangun menghadap lelaki itu. Begitu juga dengan Ara lalu diberikan jelingan maut kepada lelaki muka blur itu.
"Jom kita pergi."
Jihyun mengangguk dan baru sahaja selangkah berjalan bersama Wonwoo, mereka berdua dihalang oleh Ara.
"Hamboih, habis tu? Engkau nak buat aku macam tunggul ke kat sini?" soal Ara sinis sambil menjeling ke arah dua makhluk yang menunjukkan reaksi tak bersalah. Agaknya mereka tak tahu fakta betapa besarnya saiz kaki Ara sehingga boleh dimuatkan ke dalam lubang hidung King Kong.
"Ara..." Baru sahaja Jihyun ingin bersuara, percakapannya sekali lagi dihentikan oleh Ara.
"Aku ikut sekali," jawab Ara mengejutkan Wonwoo.
"Tapi..." Belum sempat lagi Wonwoo ingin bercakap, mulutnya ditekup kuat oleh Ara.
"Jangan nak bagi banyak alasan. Kalau tak, sorang-sorang aku sepak masuk ke dalam gawang gol. Nak?' Bermulah sesi memeras ugut yang diadakan oleh Ara. Mujurlah di luar sekolah. Mahunya di dalam sekolah, berlari berkejaranlah bersama cikgu disiplin mengelilingi sekolah.
Wonwoo menggaru-garu kepalanya. Nak tak nak, dia perlu mengajak budak tidak cukup nutrisi itu menyertainya.
"Baiklah, jom kita bertiga pergi." Wonwoo berjalan beriringan bersama Jihyun dan meninggalkan Ara di belakang.
Ara menghentakkan kakinya. Ingatkan kalau dia mempelawa dirinya menyertai mereka, Wonwoo tidak akan berjalan bersama Jihyun. Ini tidak, semakin berkepit adalah!
"Ah, tak boleh! Kena ajak sorang lagi!" bantah Ara bagaikan pembangkang. Wonwoo mencekak pinggangnya dengan mimik muka -_-.
"Habis tu? Engkau nak ajak satu kampung ke ikut, hah?"
Ara menggaru-garu kepalanya. Dia pun tidak tahu siapa lagi yang perlu diajak memandangkan Ara tidak mempunyai kawan di sekolah melainkan Jihyun seorang.
Jihyun bersuara, "Aku boleh ajak seseorang ni. Dia boleh teman kita. Deal?"
Ara tersengih lalu mengangkat ibu jari.
*******
Kemesraan yang ditonjolkan oleh Wonwoo dan Jihyun cukup memanaskan hati seseorang yang berdiri betul-betul di belakang Jihyun. Walaupun mereka dapat berjalan bersama, Jihyun tetap melayan makhluk itu seperti tiang elektrik yang boleh berjalan.
YOU ARE READING
YEOJA
FanfictionBoleh ke engkau terima aku? Aku bukanlah apa yang engkau lihat Kalau aku beritahu engkau, engkau nak ke kawan dengan aku? Cast: V BTS sbg KIM TAE HYUNG Yerin GFriend sbg CHOI JI HYUN Irene Red Velvet sbg JANG A REUM Wonwoo Seventeen sbg JEON WON WOO...