CHAPTER 19

443 43 14
                                    

Puan Choi mengalihkan pandangannya daripada memandang skrin komputer. Dia mengetap bibirnya.

Siapa pulak yang hantar gambar ni kat e-mel aku?

Puan Choi melihat nama pengirim misteri yang menghantar gambar seorang mayat yang digilis sebuah treler. Sekali lagi Puan Choi menggigit bibir. Dia amat mengenali mangsa kemalangan ngeri itu dan mangsa itu merupakan salah seorang daripada anak muridnya.

Puan Choi meraup wajahnya. Keluhan berat dilepaskan. Apa pula motif pengirim ni menghantarkan gambar kepadanya?

"Puan Choi?"

"Ya, saya." Puan Choi memandang kerani muda yang berdiri di sebelahnya. Kebetulan, kerani itu melihat skrin komputernya.

"Kejap... itu bukan ke..."

"Ya ya. Sekarang saya pening. Parents Sooyeon hubungi saya pagi tadi dan beritahu berita ni..." Puan Choi menundukkan kepalanya.

"Nak buat macam mana? Ajal dia," jawab kerani itu.

*******

Seperti biasa, Jihyun pergi ke sekolah seorang diri. Ommanya pula sudah bertolak ke sekolah sepuluh minit yang lepas. Jihyun menutup pintu pagar sebelum berjalan melalui lorong di kawasan perumahan.

Kebetulan, Namjoon keluar dari rumahnya dan terserempak dengan Jihyun. Dia mengukir senyuman ke arah gadis itu.

Jihyun turut membalas senyuman itu dengan senyuman.

*******

Jihyun...

Saya akan sentiasa berada di sisi awak. Saya janji.

Saya janji.

Saya janji...

*******

Namjoon dan Jihyun berjalan beriringin menuju ke sekolah. Masih berbaki 20 minit lagi sebelum sekolah bermula. Jadi, mereka berdua tidaklah terlalu kalut dan berjalan seperti bersiar-siar di tepi pantai.

Jihyun: Hei, orang tengah dating! Jangan kacau boleh tak?

Author: Habis tu? Siapa yang nak sambung cerita ni?

Jihyun: -_-" ye tak ye jugak... hah, sambunglah cepat!

Maka, author pun menaip dengan penuh ketidakikhlasan sambil lagu GFriend menemani author. Menyusul pula lagu BTS Run.

"Err... Jihyun?"

Jihyun memandang Namjoon.

Namjoon menunduk ke bawah. Tiba-tiba sahaja dia berhenti di tengah-tengah jalan. Jihyun kepelikan.

"Kenapa oppa?"

Namjoon memusingkan badannya menghadap Jihyun. Jihyun mula berdebar-debar. Mungkinkah... dia akan meluahkan...

"Jihyun... harap-harap sangat Jihyun tak cakap 'tidak' untuk permintaan oppa..."

Semakin berdebar-debar Jihyun apabila berdiri di hadapan Namjoon. Kepalanya pula didongak memandang wajah Namjoon memandangkan lelaki itu lebih tinggi daripadanya.

Tiba-tiba sahaja Namjoon menggenggam erat tangan Jihyun.

"Oppa dah lama suka kat Jihyun. Sudi tak Jihyun jadi teman wanita oppa?"

Jihyun tergamam. Tak mampu terkeluar sepatah perkataan dari bibirnya kerana terkejut ya amat.

Author lagi la terkejut sebab dialog ni di luar skrip.

"Jihyun... Jihyun..."

Jihyun ingin sahaja berkata 'ya' tetapi lidahnya seakan-akan kelu. Tidak dinafikan, Namjoon pernah membuatkan Jihyun hampir terjatuh cinta terhadapnya. Terutamanya lesung pipit lelaki itu.

YEOJAWhere stories live. Discover now