Alarm berbunyi di setiap meja lampu milik empat orang kembar . Atul , B dan Fara bangun sebaik sahaja alarm berbunyi .
Wawa ? Tu haa masih terbongkang atas katil macam biawak . Biasalah , dia adalah orang terakhir yang akan bangun . Alarm yang di set sehingga volume yang paling tinggi pun tak dapat membangunkan dia tidur . Bom meletup , rumah terbakar , gempa bumi gunung berapi meletup , perang dunia keempat lima enam sepuluh pun belum tentu dia bangun . Teruk punya anak dara . Ish ish ish .
Atul memberikan isyarat kepada B dan Fara yang baru keluar daripada bilik air . B mengangkat kening dan tersenyum . Fara mengangguk sebelum berlalu ke almari di mana tempat baju sekolahnya yang telah di iron di simpan .
" Okehh jom kejut alien ni . Satu dua tiga ! " Kata B .
" Wawaa hari inikan budak budak korea tu nak datang !! Bangunlah !! Nanti kita lambat !! " Jerit mereka bertiga sambil mengeletek badan Wawa .
" Haa ?! Huwaaaa lambat !!!! " Bagai lipas kudung dia berlari masuk ke bilik air untuk mandi .
Tahu pun bangun . Ketiga tiga kembar itu ketawa terbahak bahak kerana berjaya menipu Wawa . Tipu sunat okay supaya dia bangun .
" Tahu pula dah lambat , siapa suruh tak bangun awal " Kata Atul selepas ketawanya reda .
" Ahahahaa macam kau tak biasa pula dengan si Wawa tuu . Dahlah jom turun tolong mama buat sarapan . Fara , tunggu your lovely twin sampai siap macam biasa okay ? " Arah B sebagai kakak sulung .
" Orite sos ! Eah typo sis la ! " Fara meletakkan tangannya di dahi , tabik .
Beberapa minit kemudian ..
" Finally ! Siap . Jom bby turun bawah ! " Wawa menarik tangan Fara yang sedang berchatting dengan pakwenya .
" Eah eah sabarlahh " Tergopoh gapah Fara menutup telefonnya dan mencampakkan ke atas katil . Tak tahu sabar betul minah ni . Omel Fara dalam hati .
" Good morning mama , papa . Morning girls . " Ucap Wawa di hadapan meja makan .
" Morning my dears , Zaffawa and Zaffara . " Fara dan Wawa memberikan morning kiss seperti biasa kepada ke ibu dan ayahnya .
" Hi babe . Morning my lovely and sweetheart . " Balas B dan Atul , saing . How sweet their siblings .
" Duduklah makan . " Sebelum di pelawa lagi Wawa dah duduk dan mencedok sarapan ke dalam pinggannya . Gelojoh .
Bangun bukan main susah , bila bab makan dialah orang pertama . Anak siapalah ni .
" Eah hari ni hari apa ? " Tanya Wawa selepas menelan nasi goreng yang di masak oleh mamanya . Tiba tiba dia teringat hari yang di beritahu oleh tuan pengetua tentang budak budak itu datang . Bukan esok ke Rabu ?
" Hari Selasa . Kenapa ? " Jawab Encik Zafran . Dia memandang anaknya nan seorang itu .
" Hari selasa ? So esoklah budak budak korea tu baru datang ? bukan hari ni " Halamakk Wawa boleh ingat pulak . Fikirkan dia dah lupa pasal tadi .
" Hmm diaorang datang hari rabukan korang cakap hari tu ? " Puan Salwa menyampuk .
Wawa berfikir sejenak . Okay dia dapat menangkap sesuatu . Dia memandang tajam muka ketiga tiga kembarnya memberi isyarat ' You Will Die , Girls ' .
B , Atul dan Fara menelan air liur , kesat . Paling takut bila Wawa mengamuk . Bab kata Adrian , Magma dah sampai !
Puan Salwa dan Encik Zafran memandang pelik pada keempat empat anak daranya . Seorang kelihatan bagai mahu memakan orang dan lagi tiga seperti ayam berak kapur . Hm , mesti ada perkara yang telah di buat oleh tiga kembar kepada Wawa .
###
Twins berjalan bersama sama menuju ke tandas selepas meletakkan beg di dalam kelas .
" Err . Wawaa .. sorrylahh . " Ucap B sambil membuat muka bersalah .
Wawa hanya diam memandang ke depan . Dari di meja makan tadi Wawa diam sehinggalah sekarang . Dahlah susah nak pujuk dia . Hailah rindu nak dengar mulut kepoh minah seorang ni .
" Waaa .. sorrylah . Kitaorang cuma nak kejut kau je . Bukan apa , kau tu tidur dahlah tidur mati bom meletup pun kau tak dengar " Kata Atul selamba . Fara memukul bahunya . Suka hati kau je cakap macam tu !
Patutlah masa dia masuk ke dalam bilik mandinya , dia terdengar bunyi orang ketawa berdekah dekah . Dia ingat mereka berbincangkan sesuatu rupanya mengertawakan dirinya . Sakit hati mak ! Wawa bercakap di dalam hati .
" Kakak kembar kakak kembar ! " Tiba Tiba mereka di panggil oleh seorang pelajar perempuan yang sedang berlari ke arah mereka bertiga .
Twins itu menoleh ke arah suara tersebut . Oh , Nurmaya rupanya . Junior tingkatan satu di sekolahnya .
" Ya ? Maya ? Kenapa ? " Tanya B .
" Uhh uhh jap . Uhh " Dia mengambil nafas seketika .
" Haa cikgu .. cikgu Niza panggil . Dia kata Kak Wawa dah boleh try untuk jadi pengacara dan akak yang lain cikgu ada benda nak mintak tolong . " Terang Maya selepas nafasnya kembali teratur .
Twins kecuali Wawa menganggukan kepala dan membuat mulut bentuk ' o ' . Eah kejap apa Maya kata ? Wawa pengacara majlis ?
" Apa ?! Wawa , kau jadi pengacara majlis ? " Mulut mereka ternganga semakin besar . Terkejut .
Wawa membuat muka pelik tetapi masih lagi dingin . Dah kenapa diaorang ni ?
" Dah kenapa ? Tak boleh ke aku jadi pengacara ? "
" Sejak bila kau pandai jadi pengacara ni ? " Tanya Fara musykil dengan kembarnya seorang ni .
" hm ? Whateverlah . Dahlah aku malas nak layan korang baik aku pergi dewan . Aish . Jom Maya ? "
Wawa berjalan meninggalkan mereka bertiga . Kembar bertiga itu mengeluh . Itulah siapa suruh cari pasal dengan Wawa haa sekarang tanggunglah sendiri !
Nurmaya memandang muka ketiga tiga seniornya itu dan memandang Wawa yang sudah berjalan meninggalkannya . ' Kenapa diaorang ni ? Bergaduh ke ? '
###
" Cikgu ! " Panggil Atul .
" Haa akhirnya awak semua sampai pon . " Kata Cikgu Niza sambil tarik nafas lega . Tak boleh jika tiada kembar itu ketika ada sebarang majlis .
" Hee sorry cikgu . " Jawab B .
" Okayy awak bertiga pergi tolong tengokkan Maya tengok bunga bunga tu dan tengok sekeliling dewan ni . Wawa awak boleh berlatih sekejap jadi pengacara majlis . Jom . " Wawa mengikut belakang Cikgu Niza .
Pelbagai Persiapan yang tidak siap lagi telah di buat oleh mereka sebelum pelawat pelawat itu datang esok .
Wawa juga sempat menjalani raptai menjadi pengacara untuk acara majlis itu nanti . Walaupun baru pertama kali dan masih lagi malu malu , dia tetap cuba untuk menjadi pengacara majlis .
" Wehh jom jalan jalan sekejap . Aku bosan ni dah tak ada kerja . " Kata B . Dia sebenarnya ke bosanan dari tadi .
" Jom ! "
" Tak nak . Aku nak pergi cafe lah . Lapar . " Akhirnya bersuara juga si Wawa ni . Dia memang kelaparan dari tadi . Apabila nervous semua serba tak kena tiba tiba perut lapar pula .
" Ish kan dan sarapan kat rumah tadi . " Marah B .
" Itu kat rumah punya lain cerita . Ni kat sekolah . "
" Iyy kau nii perut ke tong do ? " Tanya Fara . Tadi bukan ke diaorang dah makan bersama sama di rumah ? Tak sampai dua jam dah lapar ? Ya Allah , alien ke ni ? Dahlah dia makan banyak kat rumah tadi .
" Jangan banyak songeh boleh tak ? Tak nak teman aku , cakap . Aku boleh pergi seoranglah . "
" Aish yelah yelah . Jom pergi kafe jap . " Nak tak nak terpaksalah mereka ikut . Takut Wawa merajuk lagi sekali pula .

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...