Wawa duduk di buaian halaman rumahnya . Ya halaman rumah Encik Zafran dan Puan Salwa .
Bila dia sampai ? Pagi tadi . Setelah 3 hari dia berfikir masak masak , akhirnya dia mengambil keputusan untuk bercuti . Encik Mansur sekeluarga turut gembira mendengar keputusan Wawa . Yelah , sepanjang dia mula bekerja sebagai pramugari , dia belum pernah mengambil cutinya . Dia sentiasa bekerja mengikut jadual dan cuti juga mengikut jadual yang telah di sediakan . Boleh dikira sebagai cuti tahun ? Ahh whatever .
B , Atul dan Fara tidak lagi duduk di rumah ini . Mereka berpindah ke rumah masing masing yang dibelikan oleh bakal suami . Oh ya mereka sekarang sedang sambung belajar . Lagi beberapa bulan nak habis . Yelah bakal suami anak ongkayo takkan nak duduk rumah parents lagikan ? Tak berbaloi pun beli rumah banglo sebijik even beli apartmen 1 bangunan pun takkan habis di makan 7 keturunan punya . Lagipun rumah ini dengan kolej mereka teramat jauh . Itu yang tunang masing masing dengan baik hatinya membelikan sebuah rumah untuk tiga orang gadis itu .
Wawa termenung memandang langit . Rindunya pada mama dan papa sedikit terubat setelah melihat muka kedua orang tua itu . Sampai sampai saja di airport tadi , dia terus menelefon Aqilah menyuruh Aqilah menghantar keretanya .
Selepas itu dia terus memecut laju keretanya untuk pulangke rumah . Rindu membuak buak pada ke dua ibu bapanya . Rasa bersalah bersarang dalam hati . Dia perlu meminta maaf kepada ibu bapanya .
Pada mulanya Encik Zafran dan Puan Salwa kelihat terkejut melihat Wawa berdiri di muka pintu . Tak percaya anaknya sudah pulang . Seminit selepas itu , tubuhnya sudah berada di dalam dakapan hangat Puan Salwa . Wawa apa lagi meraung minta ampun , bukan saja air mata yang meleleh , hingus , air liur pun meleleh sekali . Okay drama semata .
Tak lama selepas itu , dia mendapat piatan ' kasih sayang ' daripada seorang insan bergelar ibu . Merah habis telinganya . Itu belum masuk soalan soalan mama yang bagai hujan turun . Lajuu jee soalannya di tanya lambat jawab telinga di piat . Okay mama jahat . Sakit telinga kita tau . Dia juga menerangankan segala sebab dia memilih untuk menyambung belajar di UK namun dia tidak memberitahu tentang berita putus tunang secara senyap dan masalahnya bersama Rayyan .
Puan Salwa hanya mengangguk mendengar cerita anaknya . Dia tahu anaknya itu pasti ada sebab tersendiri yang disembunyikan . Lalu dia mula bercerita tentang perkembangan terkini kawan kawan anaknya . Yang membuatkan Wawa terkejut gila babi , maaf bukan carut tapi memang ayat dia . Kisah Alphaha SquekSquad iaitu dia tak sangka hampir ke semua kawan kawannya telah berkahwin . Dan paling hebat sekarang , Fatin berjaya mendapat tiga orang anak . Fuh hebat kau , Ten . Kerja keras heh . Kecuali Aina , dia masih lagi bertunang dengan Saufi . Bila tah nak langsungnya . Lambat betul proses diaorang ni .
Ada juga dia bertanya tentang kembar kembarnya bersama tunang masing masing . Tidak terfikir ke untuk meneruskan hubungan mereka berenam untuk ke peringkat seterusnya ? Balas Puan Salwa , katanya mereka mahu menunggu Wawa , mahu naik pelamin bersama sama . Oh please jangan cakap nak kahwin serentak ? Bisik hati Wawa .
Cakap pasal tunang , Rayyan macam mana eh ? Tadi masa Puan Salwa mahu membuka mulut pasal Rayyan , cepat cepat Wawa bangun meminta diri untuk ke atas . Tak mahu dengar berita pasal lelaki itu . Hm .
Wawa mengeluh . " Alahai bosannya . Nak buat apa eh esok ? Kalau kat Uk ni dah lama aku ajak Mai , Alice and Edward shopping esok . "
Walaupun Wawa duduk jauh di Uk , Encik Zafran tidak pernah lupa untuk memasukkan duit belanja setiap bulan di akaun bank anaknya itu . Dia tahu anaknya pasti memerlukan duit walau di mana dia berada . Dan akhirnya , dengan bekalan duit duit tersebut Wawa berjaya menghabiskan pelajarannya dengan cemerlang . Dan berjaya capai cita citanya untuk menjadi stewardess . Proud of you .
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomantikBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
