Mereka berempat duduk di kerusi meja makan setelah siap menyusun atur ke semua hidangan untuk tetamu di atas meja .
" Wahhh ada donutlah ... " Wawa ingin mencapai sebijik donut di dalam piring namun ..
PAP ! " Janganlah ini untuk tetamu tu nantilah ! " Marah B . Dia memukul tangan Wawa yang ingin mencapai kuih itu . Tetapi Wawa tidak makan saman bukan nak dengar cakap !
" Suka hatilah ! " Sekali lagi Wawa mencapai kuih itu . Kali ini dapat ! Sekali ngap masuk ke dalam mulut tanpa sempat B menahan . B mengetap bibir . Budak nii .. 😑
" Sedap tak , Waa ? " Tanya Fara . Wawa mengangguk . Cepat cepat dia mencapai sebiji donut ketika B sedang bermain fon .
" Nyum ~ Sedaplah . Tak sangka kau pandai buad donut , B " Puji Fara . Mendengar ayat Fara , segera B mengangkat kepala .
" Woi kan aku cakap jangan makan donut ni ! Ini untuk tetamu tu nantilah !! Kalau nak , pergi amek kat dalam oven tu sanalah ! "
" Leklah , B . Ha ada lagikan ? Nanti topup la yang baru . Sekarang , yang ada depan matalah kita makan . Nyum ! " Kali ini Atul pulak memakan sebijik donut di hadapan B . Apa nasib dapat adik macam diaorang nii eii .
B menjeling . Segera dia bangun membawa piring tadi dan mengisikan donut yang baru .
" Amboi anak anak dara mama ni . Sedapnya melepak kat dapur ni . Ha lawa sangatlah tu masing masing duduk macam tu . Nanti bakal mak mertua nampak ni tak tahu nak cakap apa . " Tegur Puan Salwa yang datang menjengah dapur untuk melihat anak anaknya .
Cepat cepat Wawa dan Fara meletakkan kaki masing masing yang di letakkan di atas kerusi sambil terkangkang ke lantai . Sedikit sopan . Sikit jelah tak boleh banyak sebab diaorang walaupun dah letak kat bawah tapi kakinya tetap terkangkang . Oii sedar sikit awak berdua tu anak dara bukan anak teruna .
" Yelah , maa . Dah letak bawah dah nii . " Jawab Fara . Dia meneguk sedikit air oren yang di buad oleh Atul tadi .
" Salwa ! Salwa ! Diaorang dah sampai ni . Cepat cepat ! " Panggil Encik Zafran yang telah bersedia berdiri di muka pintu utama rumah .
Excited sangat nak sambut diaorang . Gumam Wawa perlahan . Dia membuad muka menyampah . Fara ketawa melihat reaksi muka menyampah Wawa itu . Kelakar weh ! 😹
Terkocoh kocoh Puan Salwa pergi ke suaminya . " Korang duduk sini je nanti mama panggil ok ? " Sempat dia berpesan kepada empat orang anak gadis kembarnya itu . Mereka mengangguk serentak .
" Assalamualaikum . Dah lama kita tak jumpa , Ran . Last masa kenduri tu jekan ? " Mereka berpelukkan sekejap . Gayanya macam dah bertahun tak jumpa padahal masa kenduri tu bukan main lama lagi berborak .
" Waalaikumusalam , Danny . Iyalah dah lama . Ahahahaa ye ye ye betullah tu . Itu pon kita berbual sekejap je kan ? " Sekejap ? Seriusly aku rasa lama kot .
" Salwa ? Dah lama kita tak berborak . Hari itu kita tak sempat pon berborak lama yelah aku tengok kau busy sangat layan tetamu . " Haa ni lagi satu drama .
" Ahahahaha yelah , Na . Ramai sangat tetamu datang . Tak ada masa nak berborak . Eh jemputlah masuk . " Mereka semua bergerak masuk ke dalam rumah .
Fara , B dan Atul terjengah jengah di muka pintu daput untuk melihat tetamu yang datang . Oh bukan , mereka sebenarnya mahu melihat bakal tunang masing masing .
Wawa menjulingkan mata . " Korang ni apasal ? Dah macam pencuri dah aku tengok . Terjengah jengah . Macam kura kura pon ada jugak . Dah dahlah tu kejap lagi korang akan jumpa jugak bakal tunang korang tu alahai . "
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
