Tok tok tok !!
" Hoi lebah ! Bangunla ! " Jerit seseorang diluar bilik tidur Princess Squad .
" Hmmmm . "
" B ! Bangun !! Jangan sampai aku masuk dalam ! " Ugut seseorang .
" Ish memekaklah ei ! Nak masuk masuk jelah ! " Marah B . Mamai .
" Kau jangan cabar aku eh ?! Kawan kawan kau tak kunci pintu ni kang aku masuk naya kau ! "
" .... " B menyambung tidurnya kembali .
" Ya Allah nenek lebah ni memang sengaja nak aku redah bilik dia ni . Kalau jadi pape jangan salahkan aku eh nenek lebah ! " Rayziq memulas tombol pintu bilik .
Dia ternganga tengok keadaan bilik mereka . Ya Allah serupa sarang tenuk ! Bersepah sepah ini bilik ke disco ?! Haa lagi teruk ini bilik anak dara ke bilik beranak haiwan ?! Bilik aku pon lagi bersih dari bilik diaorang . Harap je muka cantik tapi hampeh !
" Hoi nenek lebah bangun ! Bangun ! Orang semua dah keluar tinggal kau je tahu tak ? " Kejut Rayziq dari penjuru katil . B masih lagu berselubung dengan selimut . Sejuk . Mana taknya , air - cord 18 darjah .
" Woii bangunlah !!!! " Jerit Rayziq lagi kuat apabila B tidak memberikan apa apa respon . Ya Allah minah ni kalau aku ngap kau memang sia sia dahlah tinggal aku dengan kau je dalam rumah ni aish astagfirullah , Ziq apa kau fikir nii aigoo !
Ini manusia ke alien tidur ?! Orang kejut tak bangun bangun . Susahnya ! Memang macam ini ke dia hari hari ? Susah aku nak hidup dengan dia ni nanti orang biasanya isteri yang kejut suami bangun sampai aku , aku yang kena kejut isteri bangun . Aduh .
" B !!!!!!! " Kali ini Rayziq menolak badan B yang berselimut . Tidak sengaja , Rayziq tertolak kuat dan ...
PAP !!
" Aduhhhhhh !!! " B mengaduh sakit . Terus segar matanya .
Rayziq terkebil kebil . Aduh kuat sangat ke aku tolak minah ni ?
" Errrr hoi ! Bangun cepat siap siap aku tunggu kat luar ! " Segera Rayziq keluar dari bilik .
B terkebil kebil . Apa malaun ni buad dalam bilik aku ? Hahh ?! Kau mencabul aku ?! Mama !!!!!! B meraba seluruh badannya . Eh ada baju lagi . Omg dia buad apa kat aku tadi ? Arghh . B segera bangun dan berlalu masuk bilik air untuk membersihkan diri .
###
" Baru sampai ke anak , mama ni ? " Tegur Puan Salwa apabila B duduk di atas tikar yang di bentang oleh mereka semua menghadap ke arah pantai . Cantiknya .
" Hm kenapa mama tak kejut B tadi ? Kenapa suruh Ziq yang kejut ? Mati mati B ingat dia buad apa dalam bilik kitaorang ei mama ni kan ! " Marah B . Puan Salwa dan Puan Rayna ketawa mendengar rungutan B . Encik Zafran dan Encik Danny telah lama menghilang mandi di pantai katanya mahu lumba berenang siapa yang berenang macam ikan duyung , dia akan menang . Ishishish apalah diaorang ni dah tua tua pon macam budak budak lagi .
" Mama dengan omma tadi keluar awal dari diaorang semua sebab nak beli barang barang . Papa decided kita stay sini lama sikig , papa dah tambah cuti lagi so tu yang kitaorang keluar pergi supermarket sebelum keluar mama sempat pesan pada Rayziq kalau nak keluar jangan lupa kejut B dan Wawa tapi katanya Wawa dah bangun dulu then tu yang Ziq kejut B . " Terang Puan Salwa panjang lebar . B mengangguk . Hm .
" Eh tak nak mandi ke ? Tengok diaorang tu seronok main air macam budak 8 tahun dah omma tengok . " Tegur Puan Rayna yang duduk di sebelah Puan Salwa .
" Nanti kejaplah , omma . Nak amek angin dulu . " Kelihatan mereka semua sedang bergembira bermain air . Nampaknya Ray Ray itu pon sudah mula berkawan dengan jejaka jejaka alphahasqueksquad . Bagusla .
" B !!! Palli ! Sinilah ! Kitaorang nak main jetski ni ! Pat pat !! " Panggil Wawa . Dia berlari ke arah B dan menarik narik tangan B .
" Yeyeye jom jom . " B segera meletakkan begnya disebelah Puan Salwa lalu mengikut Wawa berlari ke arah pantai .
" Gais !! B dah datang yeah !! " Jerit Wawa pada kawan kawannya dan disambut oleh Alphaha SquekSquad . Riuh keadaan pantai itu jadinya .
" Gais naik ikut pasangan masing masing ok ? Example aku dengan Aleya . " Kata Khiril . Tangan Aleya ditarik lembut dan mereka berjalan ke arah jetski yang telah disewa . Yelah disewa takkan nak bawak dari rumahkan ?
" Okay ! Aku dengan Fatin ! " . " Aku dengan Ezzah yeay ! " . " Yes ! Naik dengan Aina ! " . " Aku sorang yey ! " Jerit Haiqal . " Hm Nadia ? " Nadzril teragak agak . " Hala kan nanti pakai baju warna oren tu apa ek baju kelemahan eh bukan baju lawo ? Lagi bukan ha ! Jaket keselamatan ! " Pujuk Farriz . Nadzril berfikir sekejap sebelum mengangguk .
" Weh aku ? Takkan nak naik dengan minah beruang ni ? " Tanya Harriz dengan mata bulat .
" Yelah naik jelah . " Balas Haiqal .
" Tapi .. "
" Gais ! Cepatlah ! Aku dengan Aleya dah siap dah ni ! " Jerit Khiril .
" Haa yeyeye ! " Mereka semua berlari ke sana kecuali gadis kembar itu . Aku nak naik siapa ni ?
" Awak naik saya jelah . " Kata Afiq , Akil , Alif , Adib serentak . Kembar itu serba salah . Kalau naik diaorang , nanti tunang aku fikir apa pulak . Aku nak naik dengan Raykal ! Kata hati Fara .
" Girls , mama awak semua panggil . " Panggil Ecah . Dia memberikan isyarat mata . Kembar itu mengangguk .
" Tak apalah . Korang main dulu nanti kitaorang main kemudian . " Kembar itu berlalu pergi ke mama mereka . Empat jejaka itu mengeluh dan berlalu ke jetski masing masing .
" Yaa , mama omma ? "
" Nii haa Rayziq , Rayzif , Raykal dengan Rayyan ajak korang naik jetski dengan diaorang . " Kata Puan Rayna . Kembar kembar itu membeliakkan mata . Gila apa aku nak naik dengan diaorang ?! Gila ke bila masa aku kata nak naik jetski dengan diaorang ni ?! Kata mereka dalam hati kecuali Fara dan Raykal yang dah senyum mekar bak bunga haa seronok ah tu .
" Tapi , ma ... "
" Takde takde . Dah pergi main sana tadi excited sangat . Girls , korang jangan naik dengan kawan kawan lelaki korang yang lain . Ingat korang dah bertunang . " Pesan Puan Salwa tegas . Gadis kembar itu mengeluh . Hm . Mengalah . Wawa menghentakkan kakinya sebelum berlalu pergi ke pantai dengan geram habis pasir di sepak sepaknya . Fara dan Raykal pula segera pergi ke jetski mereka , excited nak main ei untung bahagia !
" May i ? " Tanya Rayzif . Atul mengangguk .
" Weh nenek lebah pat ah nak main jetski tak ? Kalau taknak aku main sorang. " B mendengus sebelum memakai jaket keselamatan dan naik ke atas jetski itu . Mereka semua mula bermain .
" Kau .. nak main benda tu tak ? " Tanya Rayyan . Dia berdiri disebelah Wawa yang sedang menghadap laut .
" Uh ? Kenapa ? Kalau aku nak main pon aku kena naik dengan kaukan ? " Tanya Wawa dingin .
" Aku tahu kau teringin nak main jetski tu tapi tak pandaikan ? " Wawa diam . Malas layan .
" Aku nak main ni , kau nak ke tak ? Kalau taknak aku nak pergi main dulu . " Rayyan bergerak ke arah jetskinya . Wawa masih membatu . Ego ! Keras kepala ! Aku junam kepala kau dalam pasir ni kang !
" Pergilah , Wawa . Rayyan cuba berbaik dengan awak tu . Dia okay . " Pujuk Ecah yang datang dari belakang bersama suaminya , Fariq . Mereka juga mahu bermain jetski bersama . Wawa mengeluh . Dia berjalan ke arah Rayyan . Aish tak pasal pasal kena naik dengan mamat ni ei !
###
" Wahhhhh daebak !!! Best gila do ! Omg aku nak naik lagiiiii ! Lagi best Wawa , B , Atul dengan Fara naik dengan mamat Korea tu . Untungla . " Wawa dan B mencebik mendengar celoteh Aina . Fara dan Atul tersenyum bahagia ei minah ni .
" Dah ah weh jom naik banana boat pulak ! " Ajak Nadia . Mereka semua excited kembali . " Jom ! " Mereka menyerbu banana boat pulak . Princess Squad satu , Princee Squad satu . Jejaka kembar itu tidak join mereka duduk bersama omma mereka .
Sedang mereka bergembira bermain tergolek jatuh , bangun , kena sondol dengan babi laut , bergurau , main banana boat agi , jatuh lagi dan lagi tiba tiba ....
ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomansaBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...
