" Korang pergilah . ParentSquad dah tak larat nak holiday lagi . Penat ! " Ujar Encik Shahiran sejurus mereka turun daripada kapal terbang .
Kata kata Encik Shahiran mendapat sokongan ParentSquad yang lain .
" Habis tu ParentSquad terus balik rumahlah ni ? " Tanya Harriz .
ParentSquad mengangguk perlahan . " Ya , korang pergilah holiday Alphahaha SquekSquad je . ParentSquad penat sangat ni orang dah tua mana boleh lasak sangat . " Balas Encik Danny .
Jelas diwajah mereka tampak penat dan letih . Perlahan lahan Alphahaha SquekSquad akur . Kasihan melihat wajah penat mereka itu .
" Kalau macam tu , yelah . Kesian pula kat ParentSquad penat . Balik , rehat ya ? Kalau tak sihat , makan ubat tau . " Pesan PrincessSquad .
ParentSquad tersenyum melihat perilaku PrincessSquad yang nampak risau dengan keadaan ibu bapa mereka .
" Iyalah . Kami tahulah jaga diri kami . Kamu semua tu ha jangan asyik nak bergaduh , enjoy je ingat anak anak sikit . Korang bukannya anak bujang , anak dara lagi ! " Pesan ParentSquad .
Alphahaha SquekSquad mencebik .
" Alah babysitter ni semuakan ada . Apa guna bawa diaorang kalau kitaorang juga yang kena jaga . " Balas Wawa .
Puan Salwa terus mencepuk mulut Wawa sambil bercekak pinggang memandang wanita itu . " Amboi sedapnya mulut bercakap . Itu anak kamu ke anak diaorang hah ? "
Wawa tersengih memandang Puan Salwa . " Apa mama ni tanya soalan macam tu , mestilah tu anak Wawaa penat tau Wawa usah- "
" Dah jomlah gerak sekarang nanti taman tema tu tutup . " Cepat Rayyan menyampuk tiba tiba seraya menarik lengan Wawa dan mendahului yang lain menyalami ParentSquad .
Sengaja dia menyampuk . Tak nak dengar Wawa menghabiskan kata katanya . Ini kalau aku tak hentikan sekarang , mahunya cara cara untuk buat anak pun terkeluar dari mulut dia . Minah ni bukan betul pun otak mereng masuk air tak nak kering ! Kutuk Rayyan dalam hati .
" Apa kejadahnya baru pukul 11 pagi taman temanya dah nak tutup ? Taman tema tu dekat satu negeri yang sama je pun lainlah mama papa semua ni nak balik Kluang tapi tu pun setakat 2 jam lebih je . " Bebel Wawa .
Rayyan menjeling isterinya tajam . Terus menunduk kepala Wawa ke lantai dengan bibir tercebik cebik ! Ha tahu takut ! Tulah menjawab je kerjanya padan muka !
Yang lain hanya memerhati sambil mengelengkan kepala melihat telatah pasangan suami isteri itu . Kelakar pun ada juga tapi nak gelak tu yang tak sampai hati menangis Wawa nanti kang kena gelak !
" Dah dah baik korang gerak sekarang nanti jalan sesak lambat pula sampai . " Tegur Puan Alina iaitu ibu kepada Aina untuk meredakan pergaduhan kecil antara Wawa dan Rayyan itu .
" Yelah , betul tu . Kami semua ni pun nak gerak sekarang takut jammed pula nanti susah . "
" Hm iyelah . Jom gerak sama sama . " Ujar Haiqal .
Mereka berjalan keluar dari lapangan terbang dan menuju ke tempat parking kereta . Kereta masing masing yang dihantar oleh pemandu keluarga masing masing di cari .
Setelah jumpa , Alphahaha SquekSquad menghantar ibu bapa mereka memasuki perut kereta sehingga kereta kereta itu bergerak membelahi jalan raya .
" Dah mari Alphahaha SquekSquad' s Holiday !!! " Jerit Ezham dan mendapat cepukan kasih sayang dari Rayzif di kepalanya .
" Sakitlah , bangang ! " Marah Ezham sambil mengosok kepalanya yang sakit .
" Siapa suruh kau jerit macam tu . Malu tahu orang tengok ! "

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Si Kembar .
RomanceBudi Yang Ditabur Ketika Susah Bukanlah Kosong Semata . Ianya Perlu Di Balas Semula Dengan Satu Perjanjian Yang Telah Dipersetujui Oleh Mereka Suatu Ketika Dulu Sebelum Anak Anak Masih Didalam Rahim Ibu Lagi . Akibat Budi , Anak Anak Terpaksa Mengor...