Bab Sembilanbelas .

1K 63 0
                                        

Hari ini mereka akan berangkat pulang balik ke rumah di Kluang . Selepas bersarapan , Wawa , B , Atul dan Fara sebok mengangkat beg baju yang dah di packing malam tadi masuk ke dalam but kereta dengan muka separuh mati merindu eh bukan , separuh rela . Sedih mahu meninggalkan kampung halaman . Paling sedih nak tinggalkan Tokmak dan Tokbak !

" Maaa , balik lambat sikit tak boleh ke ? " pujuk Fara . Dia menghentak hentak kaki di tanah . Yang lain mengangguk setuju .

" Tak boleh , sayang . Papa kena kerja . Nanti siapa nak hantar korang balik sana ? Papa cuti lagi nanti kita balik ok ? " Puan Salwa mengusap lembut kepala anaknya .

Fara mendengus geram . Rindunya pada tokmak dan tokbak masih lagi belum habis . Dah nak kena balik . Kan cuti sekolah lama lagipun lepas ni kitaorang cuma kena tunggu mana mana Universiti panggil je ! Bentaknya dalam hati . Malas mahu cakap depan depan , nanti dia pula akan di marahi semula . Lagipun tak baik membantah kata kata ibu bapa . Berdosa . Nak tak nak terpaksa dia mengikut .

" Dah . Pergi salam tokmak dan tokbak . Nak gerak dah ni . " Arah Puan Salwa sedikit tegas . Empat kembar itu memuncung .

Mereka segera bergerak ke arah kedua orang atuk dan nenek mereka setelah merasa aura ' hulk ' ibu mereka bakal keluar .

" Tokmak Tokbak , kitaorang balik dulu . " Ucap B selaku kakak seraya mengucup tangan Hajah Fatimah dan Haji Zakaria . Atul , Fara dan Wawa yang terakhir hanya mengikut dari belakang menunggu giliran untuk bersalaman . Mereka berempat di peluk dan di cium oleh Hajah Fatimah .

" Wawa , dengar cakap mama dan papa tau ? Apa yang mereka buat bermaksud itulah yang terbaik untuk kamu semua . Sebagai anak , kita wajib membahagiakan kedua ibu bapa kita . Kamu tahu itu , kan ? Jadi jangan selalu ikut kepala batu kamu saja . Sekali sekala cuba untuk dengar arahan papa mama kamu . Boleh ? Janji dengan tokmak ? " Hajah Fatimah menasihati Wawa untuk kali terakhir . Bukan dia tak tahu sikap keras kepala cucunya nan seorang itu . Asyik nak menang je !

Wawa menghembus nafas perlahan . Dia tersenyum sebelum menganggukkan kepala . Tokmak membalas senyuman dan menariknya masuk ke dalam pelukkan hangat seorang nenek .

" Okay girls ! Masuk kereta sekarang kejap lagi kita gerak . " Encik Zafran menghidupkan enjin kereta untuk anak anaknya dan berjalan ke ibu bapanya untuk bersalaman di ikuti dengan isterinya , Puan Salwa .

" Kami balik dulu mak , abah . Nanti ada apa apa kami bagitahu . " ucap Encik Zafran . Dia mencium tangan dan memeluk kedua ibu bapanya .

" Ada masa nanti kami balik lagi ya mak , abah ? " Puan Salwa pula mengambil giliran bersalaman dengan ibu bapa mertuanya .

" Iyalah . Ni mak nak nasihat , tegur anak anak hang tu baik baik . Mereka tu tengah dalam proses membesaran walaupun nampak kasar , keras kepala , degil tapi dalam diam dia ada sifat dia yang tersendiri . Jadi , hang janganlah terlalu memaksa dia . Makin hang paksa , makin menjadi keras kepala dia . Jadi , hang kena tunggu dengan sabar . Boleh ? " Nasihat Hajah Fatimah panjang lebar sebelum memeluk anak menantunya .

Puan Salwa mengangguk dan membalas pelukkan Hajah Fatimah . Haji Zakaria menepuk perlahan bahu anak lelakinya memberi semangat . Dia tahu anaknya tertekan dengan perkara ini .

Selepas sesi nasihat menasihati , mereka bergerak pulang ke Kluang . Encik Zafran memandu kereta dengan berhati hati dan bertemankan isterinya yang tersayang . Manakala empat orang gadis kembar itu lena di buai mimpi di seat belakang . Siap berdengkor lagi apa punga anak daralah korang ni . Ish ish ish .

###

" Girls , bangun . Dah sampai . " Kejut Puan Salwa . Encik Zafran sudah mula mengangkut beg beg baju mereka masuk ke dalam rumah .

" Hurmmm " Itu saja balasan mereka . Ada sedikit ura ura untuk bangun namun hanya ura ura bukan betul betul untuk mereka bangun . Mereka menyambung tidur kembali . Macam dia yang memandu , tidur tak bangun bangun . Tah apa yang di buadnya sampai penat sangat .

" Girls ! Mama kata bangun . Kita dah sampai ! " Naik sedikit suara Puan Salwa . Kali ini dia berjaya mengejut dua orang anaknya , B dan Atul . Dua ekor makhluk asing semestinya jangan cakap , memang taklah nak bangun .

B dan Atul mengeliat malas dan mengosok mata . Sedapnya tidur . Gumam mereka perlahan . Puan Salwa mengelengkan kepala . Dia memandang dua orang anaknya yang masih belum bangun lagi itu . " Hey akak berdua , tolong kejutkan adik kesayangan awak berdua ni . Mama penat nak kejut dari tadi . Cepat . Mama nak masuk . " Arah Puan Salwa .

Tanpa sempat B dan Atul membalas , Puan Salwa segera berjalan masuk ke dalam rumah . Dua orang gadis itu terkebil kebil . What ? Aduh kena kejut aliens tidur lagi aih apalah nasib dapat adik aliens sadlife betullah . B mengaru kepalanya .

Atul menjulingkan mata . Dia menolak perlahan bahu Fara . " Woi Fara . Bangun ah dah sampai ni . "

B turun dari kereta dan gerak menuju ke pintu sebelah kanan . Tempat duduk Wawa . Dia membuka pintu dan ...

Bushhh .

" Oh your mother green , hulk ultraman power ranger batman superman ! Adoiii !!!! " Jerit Wawa nyaring . B tercengang .

" Ops . Maaf Wawa ! Aku tak sengaja ! Aku tak perasan kau sandar kat pintu !! " Cepat cepat B menolong Wawa yang jatuh tergolek di tanah untuk berdiri .

" Aish ! Sakit ngok kau tahu tak ?! Lain kali nak bukak pintu tu jengah dulu . Macam tak tahu aku memang suka tidur sandar kat pintu . Eii ! " Marah Wawa . Dia mengosok kepalanya yang sakit .

" Ala maaflah aku tak sengajakan . Aku lupa . Masih mamai lagi . Aku pon baru bangun tidur . " Wawa menjeling . Dia menghempas pintu dan berlalu masuk rumah . Lepaskan geram ! B memuncungkan bibir . Sedih doh kena marah !

" Oh nenek nenek nenek kau panggang kambing bek bek bek bokkkk . " Fara yang sedang tidur itu tiba tiba terbangun dan melatah akibat Wawa menghempas pintu dengan kuat .

" ..... "

" Erkkk . Dah sampai rumah eh ? Asal tak kejut aku ? Aduh korang ni tak guna ah ! " Marah Fara Sejurus itu dia terus masuk ke dalam rumah .

" Apa salah aku ? " Kata B dan Atul saing . Pelik dengan perangai adik adiknya . Memang aliens tersesat ah !

" Dah ah jom masuk . Biar jelah diaorang tu . Diaorangkan memang alien dari kecik . Biasa ah . " Kata Atul . Dia mengambil telefon bimbitnya dan berjalan masuk ke rumah di ikuti B yang bingung . Aih umur dah nak lapas belas tahun pon still macam budak darjah dua . Apalah nak jadi dengan adik adik aku ni . Bisik B dalam hati . Tak sanggup nak cakap kuat kuat kang muncul pulak dua ekor alien sesat tu . Diaorang bukan betul nampak macam kat dalam lepastu tiba tiba boleh ada depan mata . So kalau nak mengumpat diaorang , sila pandang kiri kanan depan belakang atas bawah ok ?

Cinta Si Kembar . Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang