SB ;; 09

755 30 1
                                    

Sorry author edit balik sebab partnya agak hambar . Am i right ? Bukan author sorang nak cakap but my lovely partner in making this story pun cakap benda yang sama . So , here we go . Just skip it bagi yang korang tak nak baca cause author amek story yang sama but dalam situation yang lain . Thankyou . 🌸

---

Flashback .

Dua orang pelajar perempuan berjalan turun bersama selepas dibenarkan keluar oleh guru wanita yang mengajar mereka subjek matematik tambahan .

Jam menunjukkan lagi sepuluh minit pukul 5 petang . Sepatutnya kelas tambahan itu akan tamat tepat jam 5 petang tetapi mereka boleh pulang awal sekiranya dapat menyiapkan kerja yang diberikan oleh guru itu awal .

" Wa , jom baliklah . "

" Tak nak tunggu diaorang ke ? " Soal Wawa semasa mereka sedang menuruni tangga .

Ezzah mengeleng . " Tak payahlah . Jom cepat dah nak pukul 5 ni . "

Wawa mengangguk dan mereka berdua lekas berjalan menuju ke tempat parking motor .

" Weh tinggal kita je sia . Pakguard pun dah tutup pagar . Macam mana nak keluar ni ? "

" Kena keluar lalu pagar besar depan duh . Ha sudah . " Wawa menepuk dahinya .

Terus tersengih Ezzah apabila sampai di motor . Terdapat sebuah helmet berwarna merah terletak elok di dalam bakul motornya .

" Bal dengan Wan belum amek helmet lagi weh . Suruh diaorang keluarkan motor aku sekalilah . " Cadang Ezzah dan Wawa pantas mengangguk cepat bersetuju .

" Haah ! Bak sini . Kalau diaorang nak helmet ni , kena keluarkan motor kau dulu , onxon ? " Helmet berwarna merah itu diambil dari bakul motor .

Ezzah angguk . Mereka memakai helmet masing masing sambil Wawa masih lagi memeluk helmet merah itu .

" Mana dua ekor tu ? Memang tak nak helmet dia ke ? " Soal Wawa setelah beberapa minit menunggu . Dia duduk mencangkung .

Ezzah pula sempat memusingkan motornya agar senang untuk keluar nanti dan dia turut meletakkan motornya di tengah tengah jalan itu memandangkan tiada lagi motor yang akan keluar di hadapan pintu pagar .

" Entah . Jomlah cari . " Putus Ezzah . Dia turun dari motor dan menarik Wawa untuk mencari dua orang rakan sekelas mereka itu .

Mereka bergerak semula ke kelas . Segera ditanya Haikal yang sedang bermain mobile legend di hadapan pintu kelas sebelah sementara menunggu Ariss .

" Bal dengan Wan mana ? "

Haikal hanya mengangkat bahu tanda tak tahu .

" Weh seriuslah mana diaorang ? Ni helmet Bal kat kitaorang . " Kata Ezzah sambil menunjukkan helmet Iqbal kepada Haikal .

" Diaorang dah turunlah tadi . " Sampuk salah seorang rakan sekelas mereka yang berbadan agak ' sado euw tapi comel euw ' seperti kartun robot comel nama Baymax yang baru keluar dari kelas iaitu Naqib .

" Entah kau . Tadikan diaorang dah turun dulu . " Haikal bersuara tetapi tumpuannya masih lagi di skrin telefon sepenuhnya .

Cinta Si Kembar . Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang